PROFIL CEO SAMAD KINTO.


Nama saya Abdul Samad Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Samad Kinto. Saya merupakan pengasas merangkap CEO bagi Truetech Men Solutions SDN BHD yang hanya beroperasi dari rumah tanpa kedai dan pekerja. Truetech Men Solutions merupakan perniagaan yang menjual pelbagai jenis produk seperti makanan kesihatan untuk lelaki dan wanita.

Saya tiada sijil pelajaran yang melayakkan saya untuk bekerja dengan jawatan besar dan bergaji besar. Saya tidak layak untuk melanjutkan pelajaran kerana gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Saya bermula dengan menjadi budak pejabat selama sepuluh tahun dan kemudian menjadi pemandu selama sepuluh tahun. Gaji pokok yang paling tinggi pernah saya dapat adalah sebanyak RM1500.

Saya bermula dengan dengan apa yang ada pada tahun 2009. Modal paling hebat yang saya miliki pada ketika itu adalah RM53 dalam akaun bank dan keinginan yang membara untuk mengubah kehidupan saya dan keluarga. Saya mencari pengalaman dengan menjual jagung kukus dan air di pasar malam. Kemudian, saya nekad untuk berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa. 

Alhamdulillah, usaha saya membuahkan hasil. Namun, untuk lebih berjaya, saya tahu saya perlu menuntut ilmu. Saya mula membaca buku-buku perniagaan, namun itu semua tidak cukup jika tiada guru yang boleh tunjuk ajar. Maka saya telah kesana kemari menuntut ilmu dari orang-orang yang telah berjaya seperti Dr. Irfan Khairi, Dato Chef Li, Dr. Azizan, Azizi Ali dan lain-lain.

Saya hanya ikut sahaja apa yang mentor ajar dan saya telah merasai sendiri hasil daripada tindakan saya. Ilmu tidak datang dengan sendiri, ilmu datang pada yang mencari. Carilah ilmu untuk merubah hidup anda ke arah yang lebih baik. 

Do Your Best & ALLAH Will Do The Rest. Salam Kejayaan dari saya.