20170207

UNIVERSITI JALANAN 1


Bismillah. Aku dilahirkan 15 Jun 1970 di Hospital Teluk Intan, Perak. Tetapi dibesarkan disebuah kampung setinggan bernama Bukit Lanjan,Damansara,Kuala Lumpur.

Aku membesar disana selama hampir 30 tahun. Persekolahan rendah pula aku belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala.

Sekolah menengah pula aku berjaya tamatkan pelajaran hingga tingkatan lima di Sekolah Menangah Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Itulah taraf pendidikan tertinggi yang aku ada.

Aku tamatkan pelajaran dengan menduduki peperiksaan Spm tahun 1987.Apabila keputusan Spm diumumkan pada awal 1988, result yang aku terima sangat best.

Aku berjaya mendapat A1 dalam subjek perdagangan, A2 dalam Agama, C3 dalam Sejarah. Itu aje yang best. Tetapi aku gagal dalam subjek Inggeris,matematik & P7 dalam Bahasa Malaysia.

Pembaca yang pernah melalui zaman ini tahu apa aku tulis ini. Keseluruhannya, aku gagal untuk melanjutkan pelajaran akedemik keperingkat seterusnya dengan result tersebut.

Sedih tetapi happy sebab aku tak payah lagi pergi ulang alik kesekolah lagi. Fikir aku masa itu, aku dah merdeka. Yahoo!

Apabila tamat sahaja sekolah automatik duit kocek juga ditamatkan oleh Emak. Adoi. Sepanjang menunggu keputusan peperiksaan keluar, aku bermain sepuasnya setiap hari.

Aku tak terpikir langsung untuk sambung pelajaran lagi. Sebab dari awal lagi aku tahu aku tidak yakin boleh teruskan pelajaran. Cukup apa yang ada.

Apa yang aku nak kongsi kisah motivasi ini adalah apa pekerjaan yang pernah aku lakukan dahulu. Apa pelajaran & ilmu yang aku kutip sepanjang dalam pekerjaan itu. Ada pelajaran disebalik kesusahan-kesusahan yang dialami.

Inilah Universiti yang mendidik aku menjadi pelajar sepanjang hayat. Stop kejap. Ini baru intro. Jom kopi dahulu.
  

No comments:

Post a Comment