20170206

AKU, DIA, KERJA & KEHIDUPAN 4


Bismillah. Selepas gagal bertahan dalam pekerjaan pertama & kedua, kali ini aku bekerja lebih lama lagi. Aku berhenti pun seminggu dari tarikh keputusan SPM aku keluar.

Kali ini aku berjaya bekerja lebih kurang 2 bulan lebih.Selepas beberapa minggu diselayang, aku juga dibawa bertugas di Bangi. Aku kena mesin seluruh rumput yg berada dikawasan tersebut.

Seingat aku, bangunan tu betul-betul sebelah komplek sukan Maybank. Luas juga kawasan tu. Peluh & bau badan dah jadi peneman aku semasa tugas. Pakaian rasmi masa itu ala-ala topeng ninja.

Nasib baik tak jumpa orang yang aku kenal kat sana. Jika tak, malu beb! Macho kena kontrol juga. Aku juga pernah dibagi tugasan untuk menebas paya yg airnya setinggi pinggang. Berbekalkan parang panjang, aku & geng melakukannya tanpa sebarang komplen.

Kadang-kadang ketika menebas, muncul haiwan yang tak diundang muncul. Katak besar, ular air, biawak pun ada. Goyang jugak iman masa tu.Tapi aura duit & RXZ lagi kuat. Bagi aku ketika itu, ini lah satu-satunya cari untuk mencari rezeki halal.

Selain kerja-kerja diatas, aku juga diminta untuk menanam pokok. Kerja menanam tak lama tapi kerja korek lubang yang ambil masa. Tangan melecet & berdarah adalah permainan biasa.Demi RXZ idaman, aku sanggup lakukan.

Aku masih ingat lagi, pokok disekitar pasar besar Taman Tun Dr. Ismail, kami yang menanamnya. Masih ada lagi hingga sekarang. Disini aku belajar sesuatu.

Matlamat yang melekat dikepala akan membuat kita buat apa sahaja untuk mencapainya. Dulu aku tak tahu, sekarang baru faham. Apa yg kita fikir itu adalah doa & mempunyai kuasa tindakan. In Sha ALLAH.

Yang paling best dari kerja ini, aku buat pertama kalinya berjaya memberi Emak aku sejumlah wang hasil darinya. Jika tak silap jumlah tersebut rm30 sahaja tunai.

He2. Ok apa. Aku tahu, jumlah itu sangat sedikit dibandingkan pertolongan Mak. Beliau kejut aku bangun pagi, buat sarapan, basuhkan baju & seluar yang kotor. Dulu, keluarga aku tak mampu beli mesin basuh. Semua yang beliau lakukan tidak terbalas jasanya.

Dalam tempoh dua bulan lebih itu, banyak juga susah senang yg aku lalui. Gaji pulak dapat sikit-sikit. Ada kerja,ada gaji.

Tapi aku tak salahkan boss, aku yang bersalah dalam hal ini. Kenapa aku nak kerja dengan dia. Kan.

Hidup ini mesti bertanggungjawab kepada diri sendiri. Walaupun akhirnya, aku gagal mencapai motor RXZ idamanku tetapi aku ada sejumlah wang untuk bernafas beberapa minggu.

Aku beritahu Boss, aku nak berhenti seminggu sebelum result SPM aku keluar sebab nak bersedia untuk pergi lebih jauh lagi. Aku berasa enjoy seketika & semakin berdebar bila hari yg ditunggu semakin hampir.

Masa depan aku terletak kepada keputusan yg bakal diterima kelak kata aku kepada aku sendiri.

Setiap kejadian, belajar cari ilmu di dalamnya. Pasti ada yang boleh kita pelajari. Orang biasa belajar di sekolah tapi orang hebat belajar sepanjang hayat.

Apa terjadi esok? Jeng jeng jeng. Tunggu sambungannya ya. Sabar. Kita minum dulu.
          

No comments:

Post a Comment