20170205

AKU, DIA, KERJA & KEHIDUPAN 3


Bismillah. Cerita ini berlaku sekitar hujung tahun 1987 & awal 1988. Setelah berhenti kerja & duit pun habis dibelanjakan, aku tidak menunggu lama untuk dapat kerja yang baru.

Nikmat mempunyai duit sendiri menjadikan aku benar-benar mata duitan. Masalah yang menimpa ketika itu adalah kegilaan hendak mempunyai sebuah motor idaman.

Sebuah jentera 2 roda yang menjadi kegilaan anak muda ketika itu. Yahama RX-Z. Wow! Aku dah terbayangkan mesti ramai awek minat kat aku jika aku yang menunggangnya. Fikiran aku melayang-layang ketika itu.

Yes,aku nak Rxz,duit,Rxz,duit, Rxz,duit.

Pekerjaan yang aku pilih ketika itu adalah kerja kontrak bersama syarikat kecil dikawasan tempat tinggal aku. Aku tak kisah,janji masyuk.

Syarikat tersebut menjanjikan gaji rm15 sehari & makan minum ditanggung sepenuhnya. Wow! Boleh tahan jugak. Iyalah masa tu dah kira ok la jugak.

Aku diberi tugas pertama untuk mesin rumput ditaman perumahan Selayang Baru. Sebab tak bagus dalam mesin rumput yg sandang aku layak untuk guna yang tolak aje. He2

Tugas semakin bertambah. Boss tambah gaji Rm100 sebulan tapi aku kena angkat sampah kawasan yg sama. Rutin ini dilakukkan pada hari isnin,rabu & jumaat.

Cabaran yang paling hebat adalah pada hari isnin. Ada sisa makanan yg sudah berulat & sangat bau busuk. Tapi sebab duit & Rxz punya pasal aku rela.

Ketika bekerja, aku cover muka aku. Malu beb. Muka cute tapi kerja angkat sampah. Mana tahu terjumpa orang kenal aku, malulah. Di viralkan kat orang kampung. Jatuh saham aku.

Angau aku kat jentera 135cc itu semakin menjadi jadi. Setiap Rxz yang lalu memukau mataku. Rasa cemburu je tengok penunggangnya. Apatah lagi yang ride bawak awek di belakangnya.
Wow! Aku nak jadi macam di orang.

Kisah ini ada sambungannya. Kita iklan jap. Aku nak mengopi dahulu. Sabar ya.
       

No comments:

Post a Comment