20170202

AKU, DIA, KERJA & KEHIDUPAN 2


Bismillah. Setelah berhenti kerja yg pertama, pandanganku tentang duit sudah berbeza. Aku sudah tidak boleh meminta duit dari kedua Ibubapa lagi.

Aku berazam tidak mahu menyusahkan mereka lagi. Azam itu kekal hingga sekarang. Untuk mendapatkannya, aku mesti bekerja.

Kerja kedua yang aku dapat adalah mengecat sebuah rumah di Kelana Jaya iaitu rumah teres setingkat lot tepi. Pemilik inginkan seluruh rumah tersebut dicat warna putih.

Boss kali ini adalah kawan kepada arwah Abah aku.Kali ini aku dah bijak sedikit & terus bertanyakan gaji. Beliau beritahu gaji sehari rm8 & makan minum beliau tanggung.

Gaji akan dibayar sebulan 2 kali. Aku pun terus menghitung berapa yg akan aku dapat jika bekerja selama 30hari. Wow! Sikap mata duitan aku dah mula subur. He2 Kaya,kaya,kaya.

Hari pertama bekerja, aku dijemput dengan lori kecil beliau. Kali ini abang kandung aku pun turut serta. Aku kira dia pun mata duitan juga kot. Aku agak aje. He2.

Kami bekerjasama dengan Boss untuk lakukan tugas mengecat ini. Semuanya berjalan lancar walaupun agak kekok 15minit yang pertama. Mengecat dinding menggunakan cat air agak mudah.

Lagi pun mengecat rumah kosong lebih cepat. Masa berjalan pantas tanpa disedari.

Hari gaji aku tiba. Aku dibayar rm112 setelah 14hari bekerja kuat ( kadang-kadang mengular juga jika boss takde) seperti dijanjikan.

Tiba-tiba mood aku bekerja hilang setelah terima duit tersebut. Aku memberi alasan kenapa Abang aku dibayar rm15 sehari sedangkan kerja hasil pun sama & aku tak reti cat grill.

Dua alasan ini cukup kuat untuk berhenti kerja. Aku belajar sesuatu disini. Setiap orang dinilai dari sudut yg berbeza & jangan buat kerja separuh jalan. Sebenarnya aku tak sabar untuk menikmati hasil kerja ini.

Setiap pekerjaan yang aku buat, pasti ada pelajaran disitu. Aku kutip pengalaman dari bawah. Nak jadi boss yang berjaya mesti menjadi kuli yang hebat dahulu.

Kisah ini ada sambungannya. Mohon bersabar dalam iman. Tunggu ya. 

No comments:

Post a Comment