20170202

AKU, DIA, KERJA & KEHIDUPAN 1


Bismillah. Aku menduduki peperiksaan SPM penghujung tahun 1987. Sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM tu, aku dipelawa oleh kawan Aku untuk bekerja bersama beliau di Kantin sebuah Universiti di Kuala Lumpur.

Ini adalah pekerjaan Aku yg pertama. Tugas Aku tak susah. Cuci pinggan, cuci gelas, ambik order, bungkus order, kira order, lap meja, mop lantai & bermacam-macam lagi.

Lebih kurang macam tugas penanggah orang kahwin. Kerja pun tak lah lama sangat. Aku mesti bangun jam 5pagi & habis sampai kantin tutup. Biasa tutup jam 11 malam. He2 Senang & kejap aje kan.

Aku bekerja dengan tekun selama 9 hari sahaja. Akibat kerinduaan dgn keluarga walaupun bukan jauh sangat pun. Iyalah, aku mana pernah berpisah dengan Abah, emak & adik heradik yang lain.

Aku ambik keputusan untuk berhenti. Sebelum balik, Boss Aku bagi gaji 9hari bekerja. Yahoo! Aku kaya! Aku kaya! Kata aku dalam hati. Aku bersalam & terus keluar.

Aku tak sabar nak tengok gaji yg tersebut. Almaklum lah gaji pertama. Setelah dihitung berkali-kali jumlah gaji pertama aku adalah Rm36 sahaja. Tunai.

Aku agak mesti boss salah bagi. Aku call dia & bertanya. Dia cakap memang itulah jumlahnya. Rupanya gaji aku sehari rm4 aje. Aku tak salahkan beliau & kawan aku sebab aku yang tak tanya pada awalnya.

Aku belajar sesuatu disini. Lain kali tanya gaji sebelum bekerja. Kerana aku sudah kaya dari sebelum ini,aku balik rumah naik teksi & duduk belakang. Wow! Best. Macam boss lak. Kisah ini akan bersambung.Tunggu ya.

No comments:

Post a Comment