20170207

UNIVERSITI JALANAN 1


Bismillah. Aku dilahirkan 15 Jun 1970 di Hospital Teluk Intan, Perak. Tetapi dibesarkan disebuah kampung setinggan bernama Bukit Lanjan,Damansara,Kuala Lumpur.

Aku membesar disana selama hampir 30 tahun. Persekolahan rendah pula aku belajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Penchala.

Sekolah menengah pula aku berjaya tamatkan pelajaran hingga tingkatan lima di Sekolah Menangah Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Itulah taraf pendidikan tertinggi yang aku ada.

Aku tamatkan pelajaran dengan menduduki peperiksaan Spm tahun 1987.Apabila keputusan Spm diumumkan pada awal 1988, result yang aku terima sangat best.

Aku berjaya mendapat A1 dalam subjek perdagangan, A2 dalam Agama, C3 dalam Sejarah. Itu aje yang best. Tetapi aku gagal dalam subjek Inggeris,matematik & P7 dalam Bahasa Malaysia.

Pembaca yang pernah melalui zaman ini tahu apa aku tulis ini. Keseluruhannya, aku gagal untuk melanjutkan pelajaran akedemik keperingkat seterusnya dengan result tersebut.

Sedih tetapi happy sebab aku tak payah lagi pergi ulang alik kesekolah lagi. Fikir aku masa itu, aku dah merdeka. Yahoo!

Apabila tamat sahaja sekolah automatik duit kocek juga ditamatkan oleh Emak. Adoi. Sepanjang menunggu keputusan peperiksaan keluar, aku bermain sepuasnya setiap hari.

Aku tak terpikir langsung untuk sambung pelajaran lagi. Sebab dari awal lagi aku tahu aku tidak yakin boleh teruskan pelajaran. Cukup apa yang ada.

Apa yang aku nak kongsi kisah motivasi ini adalah apa pekerjaan yang pernah aku lakukan dahulu. Apa pelajaran & ilmu yang aku kutip sepanjang dalam pekerjaan itu. Ada pelajaran disebalik kesusahan-kesusahan yang dialami.

Inilah Universiti yang mendidik aku menjadi pelajar sepanjang hayat. Stop kejap. Ini baru intro. Jom kopi dahulu.
  

OTOKO DRINKS AKAN BERADA DI PASARAN

20170206

AKU, DIA, KERJA & KEHIDUPAN 4


Bismillah. Selepas gagal bertahan dalam pekerjaan pertama & kedua, kali ini aku bekerja lebih lama lagi. Aku berhenti pun seminggu dari tarikh keputusan SPM aku keluar.

Kali ini aku berjaya bekerja lebih kurang 2 bulan lebih.Selepas beberapa minggu diselayang, aku juga dibawa bertugas di Bangi. Aku kena mesin seluruh rumput yg berada dikawasan tersebut.

Seingat aku, bangunan tu betul-betul sebelah komplek sukan Maybank. Luas juga kawasan tu. Peluh & bau badan dah jadi peneman aku semasa tugas. Pakaian rasmi masa itu ala-ala topeng ninja.

Nasib baik tak jumpa orang yang aku kenal kat sana. Jika tak, malu beb! Macho kena kontrol juga. Aku juga pernah dibagi tugasan untuk menebas paya yg airnya setinggi pinggang. Berbekalkan parang panjang, aku & geng melakukannya tanpa sebarang komplen.

Kadang-kadang ketika menebas, muncul haiwan yang tak diundang muncul. Katak besar, ular air, biawak pun ada. Goyang jugak iman masa tu.Tapi aura duit & RXZ lagi kuat. Bagi aku ketika itu, ini lah satu-satunya cari untuk mencari rezeki halal.

Selain kerja-kerja diatas, aku juga diminta untuk menanam pokok. Kerja menanam tak lama tapi kerja korek lubang yang ambil masa. Tangan melecet & berdarah adalah permainan biasa.Demi RXZ idaman, aku sanggup lakukan.

Aku masih ingat lagi, pokok disekitar pasar besar Taman Tun Dr. Ismail, kami yang menanamnya. Masih ada lagi hingga sekarang. Disini aku belajar sesuatu.

Matlamat yang melekat dikepala akan membuat kita buat apa sahaja untuk mencapainya. Dulu aku tak tahu, sekarang baru faham. Apa yg kita fikir itu adalah doa & mempunyai kuasa tindakan. In Sha ALLAH.

Yang paling best dari kerja ini, aku buat pertama kalinya berjaya memberi Emak aku sejumlah wang hasil darinya. Jika tak silap jumlah tersebut rm30 sahaja tunai.

He2. Ok apa. Aku tahu, jumlah itu sangat sedikit dibandingkan pertolongan Mak. Beliau kejut aku bangun pagi, buat sarapan, basuhkan baju & seluar yang kotor. Dulu, keluarga aku tak mampu beli mesin basuh. Semua yang beliau lakukan tidak terbalas jasanya.

Dalam tempoh dua bulan lebih itu, banyak juga susah senang yg aku lalui. Gaji pulak dapat sikit-sikit. Ada kerja,ada gaji.

Tapi aku tak salahkan boss, aku yang bersalah dalam hal ini. Kenapa aku nak kerja dengan dia. Kan.

Hidup ini mesti bertanggungjawab kepada diri sendiri. Walaupun akhirnya, aku gagal mencapai motor RXZ idamanku tetapi aku ada sejumlah wang untuk bernafas beberapa minggu.

Aku beritahu Boss, aku nak berhenti seminggu sebelum result SPM aku keluar sebab nak bersedia untuk pergi lebih jauh lagi. Aku berasa enjoy seketika & semakin berdebar bila hari yg ditunggu semakin hampir.

Masa depan aku terletak kepada keputusan yg bakal diterima kelak kata aku kepada aku sendiri.

Setiap kejadian, belajar cari ilmu di dalamnya. Pasti ada yang boleh kita pelajari. Orang biasa belajar di sekolah tapi orang hebat belajar sepanjang hayat.

Apa terjadi esok? Jeng jeng jeng. Tunggu sambungannya ya. Sabar. Kita minum dulu.
          

20170205

AKU, DIA, KERJA & KEHIDUPAN 3


Bismillah. Cerita ini berlaku sekitar hujung tahun 1987 & awal 1988. Setelah berhenti kerja & duit pun habis dibelanjakan, aku tidak menunggu lama untuk dapat kerja yang baru.

Nikmat mempunyai duit sendiri menjadikan aku benar-benar mata duitan. Masalah yang menimpa ketika itu adalah kegilaan hendak mempunyai sebuah motor idaman.

Sebuah jentera 2 roda yang menjadi kegilaan anak muda ketika itu. Yahama RX-Z. Wow! Aku dah terbayangkan mesti ramai awek minat kat aku jika aku yang menunggangnya. Fikiran aku melayang-layang ketika itu.

Yes,aku nak Rxz,duit,Rxz,duit, Rxz,duit.

Pekerjaan yang aku pilih ketika itu adalah kerja kontrak bersama syarikat kecil dikawasan tempat tinggal aku. Aku tak kisah,janji masyuk.

Syarikat tersebut menjanjikan gaji rm15 sehari & makan minum ditanggung sepenuhnya. Wow! Boleh tahan jugak. Iyalah masa tu dah kira ok la jugak.

Aku diberi tugas pertama untuk mesin rumput ditaman perumahan Selayang Baru. Sebab tak bagus dalam mesin rumput yg sandang aku layak untuk guna yang tolak aje. He2

Tugas semakin bertambah. Boss tambah gaji Rm100 sebulan tapi aku kena angkat sampah kawasan yg sama. Rutin ini dilakukkan pada hari isnin,rabu & jumaat.

Cabaran yang paling hebat adalah pada hari isnin. Ada sisa makanan yg sudah berulat & sangat bau busuk. Tapi sebab duit & Rxz punya pasal aku rela.

Ketika bekerja, aku cover muka aku. Malu beb. Muka cute tapi kerja angkat sampah. Mana tahu terjumpa orang kenal aku, malulah. Di viralkan kat orang kampung. Jatuh saham aku.

Angau aku kat jentera 135cc itu semakin menjadi jadi. Setiap Rxz yang lalu memukau mataku. Rasa cemburu je tengok penunggangnya. Apatah lagi yang ride bawak awek di belakangnya.
Wow! Aku nak jadi macam di orang.

Kisah ini ada sambungannya. Kita iklan jap. Aku nak mengopi dahulu. Sabar ya.
       

20170204

MAKSUD KUALITI


Bismillah. Apa maksud KUALITI?

Ianya bermaksud spekfikasi yang melepasi piawai pelanggan.

Contoh:

Sepinggan mee goreng yang ada sayur MELEPASI piawai pelanggan yang nak sayur tetapi TIDAK untuk pelanggan yang TAK NAK sayur. Seutas jam tangan yang berharga patut MELEPASI piawai pelanggan yang hanya nak tengok masa tetapi TIDAK untuk pelanggan nak memilih jam tangan mahal & berjenama sebagai gaya hidup.

Karenah pelanggan pelbagai. Belajar seni mengurus karenah mereka. Usahawan yang bijak adalah usahawan yang tahu apa pelanggan nak.

Jangan layan semua pelanggan sama. Jangan fikir, semua pelanggan serupa dengan kita. Bijak mengurus mereka, kita menjadi pilihan utama untuk mereka berbelanja. In Shaa ALLAH. Aamin
    

20170202

AKU, DIA, KERJA & KEHIDUPAN 2


Bismillah. Setelah berhenti kerja yg pertama, pandanganku tentang duit sudah berbeza. Aku sudah tidak boleh meminta duit dari kedua Ibubapa lagi.

Aku berazam tidak mahu menyusahkan mereka lagi. Azam itu kekal hingga sekarang. Untuk mendapatkannya, aku mesti bekerja.

Kerja kedua yang aku dapat adalah mengecat sebuah rumah di Kelana Jaya iaitu rumah teres setingkat lot tepi. Pemilik inginkan seluruh rumah tersebut dicat warna putih.

Boss kali ini adalah kawan kepada arwah Abah aku.Kali ini aku dah bijak sedikit & terus bertanyakan gaji. Beliau beritahu gaji sehari rm8 & makan minum beliau tanggung.

Gaji akan dibayar sebulan 2 kali. Aku pun terus menghitung berapa yg akan aku dapat jika bekerja selama 30hari. Wow! Sikap mata duitan aku dah mula subur. He2 Kaya,kaya,kaya.

Hari pertama bekerja, aku dijemput dengan lori kecil beliau. Kali ini abang kandung aku pun turut serta. Aku kira dia pun mata duitan juga kot. Aku agak aje. He2.

Kami bekerjasama dengan Boss untuk lakukan tugas mengecat ini. Semuanya berjalan lancar walaupun agak kekok 15minit yang pertama. Mengecat dinding menggunakan cat air agak mudah.

Lagi pun mengecat rumah kosong lebih cepat. Masa berjalan pantas tanpa disedari.

Hari gaji aku tiba. Aku dibayar rm112 setelah 14hari bekerja kuat ( kadang-kadang mengular juga jika boss takde) seperti dijanjikan.

Tiba-tiba mood aku bekerja hilang setelah terima duit tersebut. Aku memberi alasan kenapa Abang aku dibayar rm15 sehari sedangkan kerja hasil pun sama & aku tak reti cat grill.

Dua alasan ini cukup kuat untuk berhenti kerja. Aku belajar sesuatu disini. Setiap orang dinilai dari sudut yg berbeza & jangan buat kerja separuh jalan. Sebenarnya aku tak sabar untuk menikmati hasil kerja ini.

Setiap pekerjaan yang aku buat, pasti ada pelajaran disitu. Aku kutip pengalaman dari bawah. Nak jadi boss yang berjaya mesti menjadi kuli yang hebat dahulu.

Kisah ini ada sambungannya. Mohon bersabar dalam iman. Tunggu ya. 

AKU, DIA, KERJA & KEHIDUPAN 1


Bismillah. Aku menduduki peperiksaan SPM penghujung tahun 1987. Sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM tu, aku dipelawa oleh kawan Aku untuk bekerja bersama beliau di Kantin sebuah Universiti di Kuala Lumpur.

Ini adalah pekerjaan Aku yg pertama. Tugas Aku tak susah. Cuci pinggan, cuci gelas, ambik order, bungkus order, kira order, lap meja, mop lantai & bermacam-macam lagi.

Lebih kurang macam tugas penanggah orang kahwin. Kerja pun tak lah lama sangat. Aku mesti bangun jam 5pagi & habis sampai kantin tutup. Biasa tutup jam 11 malam. He2 Senang & kejap aje kan.

Aku bekerja dengan tekun selama 9 hari sahaja. Akibat kerinduaan dgn keluarga walaupun bukan jauh sangat pun. Iyalah, aku mana pernah berpisah dengan Abah, emak & adik heradik yang lain.

Aku ambik keputusan untuk berhenti. Sebelum balik, Boss Aku bagi gaji 9hari bekerja. Yahoo! Aku kaya! Aku kaya! Kata aku dalam hati. Aku bersalam & terus keluar.

Aku tak sabar nak tengok gaji yg tersebut. Almaklum lah gaji pertama. Setelah dihitung berkali-kali jumlah gaji pertama aku adalah Rm36 sahaja. Tunai.

Aku agak mesti boss salah bagi. Aku call dia & bertanya. Dia cakap memang itulah jumlahnya. Rupanya gaji aku sehari rm4 aje. Aku tak salahkan beliau & kawan aku sebab aku yang tak tanya pada awalnya.

Aku belajar sesuatu disini. Lain kali tanya gaji sebelum bekerja. Kerana aku sudah kaya dari sebelum ini,aku balik rumah naik teksi & duduk belakang. Wow! Best. Macam boss lak. Kisah ini akan bersambung.Tunggu ya.

20170131

PESANAN UNTUK BEGINNER



Bismillah. Tip di bawah bukanlah jaminan untuk kita berjaya & kaya raya dari bisnes yang pertama tapi kita boleh bermula dengan langkah kanan. At least ada tip bagaimana nak mulakan tindakan awal.

Ceo berkongsi supaya boleh mengurangkan cukai ' stupid ' sebagai ahli baru bisnes. Belum ada lagi senarai nama usahawan berstatus Jutawan lahir dari perniagaan yang pertama. Mari Ceo kongsi:

BISNES DARI RUMAH

Mulakan bisnes kecil dahulu & beroperasi dari rumah. Jadikan rumah kita sebagai pejabat perniagaan kita.

Tak berdosa pun. Buat apa bazirkan sewa kedai yang tinggi untuk kayakan pemilik kedai tersebut. Bajet sewa kita laburkan di dalam iklan kita.

Duit sewa kedai hangus tapi perlaburan dalam iklan boleh gandakan untung. Bisnes mesti nak untung bukan nak glamour.

JUAL PRODUK ORANG LAIN

Jangan buat produk sendiri dahulu. Berada di dalam bidang production amat penat & hasil ciput. Kita hilang banyak masa tetapi hasil cukup cukup makan sahaja.

Mazhab bisnes kecil dari rumah bukan begitu. Kita pilih produk orang lain yang laku & margin tinggi. Minima pilih rm30 margin. Jual produk orang juga sebagai latihan untuk kita upgrade skil jualan. Asas bisnes adalah kemahiran menjual.

Sebarang komplen tidak peningkan kepala sebab bukan kita yang buat produk. Di sini kita ada kuasa mutlak produk apa nak kita niagakan. Pilih guna mesin kira -kira bukan guna emosi.

DOA & RESTU

Jika dah ada produk yang di pilih,boleh mulakan langkah ini.Ceo rekemen bermula satu produk dahulu. Jangan lebih 3 produk.

Modal juga pasti bertambah. Kos lain juga. Fokus untuk dapatkan jualan sepantas mungkin. Roi mesti laju untuk dapatkan semula modal.

Mohon restu dari pasangan. Minta mereka doakan. Call juga kedua ibubapa. Mohon maaf & mohon restu juga. Sediakan skrip doa untuk mereka juga. Jangan skrip biasa :

'Mak, doakan saya berjaya ya'.

Ubah skrip ini. Terlalu general.

'Mak doakan saya berjaya jual 1,000 pek Men Serum sebulan'.

Skrip ini boleh kaya. Tugas kita usaha & buat sebaik mungkin.

Adjust niat kita. Niat usahawan dari rumah berbeza. Niat bisnes kami'

'Sahaja Aku Berniaga Hari Ini Untuk Membantu Ramai Pelanggan Melalui Manfaat Produk Atau Servis Yang Aku Tawarkan Kerana ALLAH Taala '. Aamin.

Kan seronok bila niat bisnes dah betul. Hafal & baca setiap hari. Hadam & buat.

UPGRADE ILMU KEWANGAN

Ilmu duit mesti dapatkan. Kegagalan urus duit adalah sebahagian besar sebab kenapa bisnes rugi & bungkus.

Kita mulakan bisnes kecil dahulu. Belajar urus bisnes Rm1ribu dahulu sebelum menguasai bisnes rm10 ribu. Simpan sebahagian untung untuk di lupakan.

Biarkan duit berada lebih lama dalam jagaan kita. Duit warna purple sangat setia kepada Tuannya yang simpan lebih lama.

Modal mesti di kembangkan peringkat awal. Jangan stok habis, duit pun habis.

Ps : Rangkaian helmet tersebut bukan helmet biasa biasa tapi satu pelaburan yang bagus. In Shaa ALLAH. Aamin
  

20170129

NAMA SYARIKAT BISNES


Bismillah. Majoriti Usahawan yang baru hendak bermula bisnes agak sukar untuk memilih nama syarikat mereka. Lantas akibat tunda & anggap tidak penting untuk daftarkan syarikat di Ssm, ramai yang memilih berniaga tanpa nama.

Hatta bertahun bisnes tersebut. Kita jangan ikut mereka biar pun bisnes kita kecil dari rumah.

Bagaimana nak berjaya dalam bisnes jika nak fikir nama syarikat sendiri pun gagal. Biarkan mereka, kita berbeza.

Mazhab bisnes dari rumah mesti daftarkan syarikat di Ssm. Ini ada beberapa tip untuk pilih nama syarikat.
Nama jangan terlalu panjang.

Cari yang ringkas tetapi orang lain faham bisnes yang kita jalankan. Ada beberapa kelebihan nama syarikat yang pendek & simple.

# Senang & jimat masa ketika isi pelbagai borang
# Mudah orang lain nak ingat
# Tidak guna ruang yang panjang jika nak tulis atas cek
# Boleh guna domain website sama dengan nama syarikat. Branding bagus
# Senang nak design logo syarikat
# Boleh buat name card bisnes

Jangan pilih nama syarikat mengikut emosi sendiri sahaja.Boleh rujuk dahulu kepada kenalan atau Pakar Bisnes.

Tulis dahulu dari awal sebelum mendaftarkan. Nama Syarikat Bisnes yang hebat, melambangkan pemilik syarikat bukan calang-calang.

Lagi bagus domain website rasmi sama dengan nama syarikat. Ini bonus. Jika membuat persediaan awal, bonus ini pasti kita bolot. In Shaa ALLAH. Aamin. 

Ps : Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo.