20160716

PEMULAAN KEJAYAAN


Ketika aku memulakan perniagaan dari rumah sekitar June 2009, aku mempelawa ramai orang untuk join bisnes aku.

Beratus penolakan yang aku terima. Walaupun begitu, aku tidak kecil hati dengan mereka sebab sejarah aku sebagai pemandu Boss banyak mempengaruhi emosi mereka.

Mereka tidak nampak apa yang aku lihat.Aku pula teruja melihat sinar cahaya yang menyinari kejayaan aku jika berjaya menjual produk aku.

Pelawaan aku di pandang sebelah mata. Tempoh 6 bulan pertama bisnes aku memang mencabar.

Walaupun sangat susah tetapi nikmat kejayaan mula datang . Alhamdulillah.

+Hutang aku rm80k lebih mampu aku selesaikan.

+Simpanan juga sudah ada

Kejayaan kecil berderet singgah. Ketika itu aku senang untuk close jualan dengan siapa sahaja. Angka kejayaan bercakap untuk aku.

10 alasan popular aku terima semasa bermula:

1 : Aku tidak cukup modal. Dah cukup aku hubungi semula.

2 : Produk ini mahal. Ada ke pembeli?

3 : Engkau buat dulu. Dah berjaya aku ikut.

4 : Aku bincang dengan wife aku dahulu ya.

5 : Aku tak reti nak menjual.

6 : Aku ini pemalu.

7 : Aku tidak ramai kawan.

8 : Modal besar sangat.

9 : Kalau gagal macamana?

10 : Aku tidak ada masa untuk bisnes.

Alasan adalah percuma. Ianya hanya menjadi penyelamat seketika. Betul ke betul? He2 kopi satu!

Sekarang. Aku bermula sekali lagi. Bidang berlainan.

Aku tidak boleh ramalkan masa hadapan tapi aku tahu, kejayaan mesti ada energi permulaan.

Kini, aku pelawa sekali lagi. Mahu bersama aku menjadi barisan hadapan Truetech Cosmetics?

Aku tiupkan semboyan permulaan. Semoga Allah permudahkan segala perjalanan bisnes kami. Amin

No comments:

Post a Comment