20160717

2 SEBAB PELANGGAN PILIH KITA


Mengapa pelanggan suka berurusniaga dengan kita?

Pelanggan suka berurusniaga dengan kita hanya dua sebab ini.

+ Mereka suka atau percaya malah cinta dengan kita

+ Produk atau perkhidmatan kita membantu menyelesaikan masalah mereka atau menjadikan mereka lebih baik

Dua perkara ini menjadi asas untuk mencipta tool marketing perniagaan kita

Walau bagaimana hebat pun alat pemasaran kita, dua perkara ini mesti menjadi rujukan dahulu

Pelanggan tidak mungkin membayar kita jika mereka benci atau tidak percaya kita

Mereka juga tidak akan berurusan dengan kita andai produk atau servis kita tidak membantu mereka

Sebelum kita berurusan dengan pelanggan, pastikan syarat di atas di penuhi

# Jujur dengan pelanggan mereka mesti suka

# Penampilan menarik memikat hati mereka

# Datang awal di setiap temu janji

# Beri diskaun tanpa tunggu di tanya

# Panggil gelaran nama yang pelanggan suka

# Cipta rekod peribadi yang baik

# Berkawan dengan orang yang positif

# Senyum sentiasa

# Beri lebih nilai. Buat lebih daripada yang di harapkan

# Tadah dua telinga jika mereka bercakap. Pastikan kita faham dengan jelas keperluan pelanggan

# Beri tip berguna dengan percuma

# Bahasa badan mesti jaga

# Tinggalkan mereka dalam keadaan yang gembira walaupun mereka tidak membeli

# Jangan mengutuk pesaing di hadapan pelanggan

# Bina hubungan dahulu sebelum jualan.Anggap sahaja semua pelanggan kita sebagai sahabat

# Tanya khabar mereka. Berborak tentang perkara yang baik sahaja. Tentang mereka nak dengar sahaja

# Sayangi anak-anak mereka

# Hormati ibubapa pelanggan

# Belajar emosi pelanggan Melayu.
Selami adat kaum Cina.
Kuasai bahasa badan kaum India.
Baik hati dengan pelanggan Bangladesh.
Tekuni apa pelanggan Pakistan mahu.

Pendekata, mesti bijak & seronok berurusniaga dengan semua bangsa di atas planet bumi ini.

Jika dua perkara ini kita kuasai. Mereka seronok membayar kita dengan rela.

Dompet kita lebih kembong dengan rezeki yang halal.

Mereka juga menjadi jurujual kita secara percuma.

Mereka pasti rekemen kepada keluarga & sahabat handai. Malah boleh menjadi pelanggan ke generasi seterusnya.

Ingat dua perkara di atas. Kita bukan sahaja berjaya berurusan dengan pelanggan kita malah kita juga menjadi pilihan untuk berniaga dengan semua orang di belakang pelanggan tersebut.

In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

No comments:

Post a Comment