20160202

AYAT BISNES


Sebagai newbie, kita tak boleh berada level yang sama dalam tempoh 7 hari. Sentiasa cari ilmu baru & amalkan.

Mesti upgrade nilai diri setiap hari & masa. Ini proses untuk berada di ranking tertinggi. Lakukan yang terbaik & perbaiki.

Seperti di janjikan, Ceo kongsikan SATU PERKATAAN yang boleh upgrade nilai kita. Dengan menggunakan dengan BETUL pasti kita berbeza dari sebelum.

Mari kita baca ayat contoh di bawah:

1 : Kami ada 2 kedai. Satu di Kuala Lumpur, satu lagi di Shah Alam.

2: Kami ada 5 jenis produk. Semua ini sangat laris.

3: Kami mempunyai ramai ejen di pelusuk Malaysia.

4: Kami mempunyai 2 syarikat yang beroperasi dengan bagus.

Ayat di atas sudah bagus & baik. Takde kesalahan jika nak guna. Walaupun bagaimana pun, cuba kita adjust sedikit. Mari kita gunakan SATU PERKATAAN tersebut.

RANGKAIAN

1: RANGKAIAN kedai kami sudah ada di Kuala Lumpur & Shah Alam.

2: RANGKAIAN produk kami sangat laris.

3: RANGKAIAN ejen kami sudah ada di seluruh Malaysia.

4: RANGKAIAN perniagaan kami sudah beroperasi dengan bagus.

Boleh faham ya. Produk, kedai atau bisnes yang lebih dari satu dah boleh guna ayat ' RANGKAIAN '.

Satu patah sahaja, dah berbeza dari sebelum. Kita lihat contoh ayat di bawah.

Tuan Rahul
Pengasas Jamu ABC

Atau

Tuan Rahul
Peneraju Rangkaian Perniagaan Jamu ABC

Satu ayat yang baik boleh menjadikan kita lebih bagus dari sebelum. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan.