20151201

5 PERKARA BUAT PELANGGAN SUKA


● Pujian
Pelanggan adalah manusia yang beremosi. Gembirakan emosi mereka dengan pujian yang ikhlas. Cari poin untuk memuji. Perkara kecil ini memberi pulangan besar nanti.

● Ucapkan Terima Kasih
Jadikan tabiat terima kasih sebagai latihan sepanjang hayat. Bukan sahaja kepada pelanggan malahan kepada orang sekeliling kita termasuk anak-anak kecil. Ini mesti kita buat sebagai memuliakan orang lain.

● Respon Pantas
Jangan lewat menjawab segala pertanyaan pelanggan. Jika lewat, minta maaf. Apatah lagi pelanggan yang sudah bankin duit ke akaun. Perangai yang suka lengahkan ini boleh membuat pelanggan lari & tidak mahu berurusan dengan kita lagi. Lebih teruk, mereka bercerita kepada orang lain.

● Datang Awal
Jangan biarkan pelanggan menunggu. Biar kita lebih awal dari mereka. Kita mungkin boleh bazirkan masa kita tapi jangan bazirkan masa orang lain. Ini tidak bagus untuk bisnes dalam jangka panjang. Amalkan datang awal di setiap temu janji . Bisnes boleh pergi lebih jauh.

● Jangan Busy Depan Pelanggan
Silentkan hand phone ketika berada depan pelanggan. Fokus pada mereka seketika. Beri tumpuan sepenuhnya. Ini membuat mereka suka dengan kita & kekal lebih lama untuk berurusniaga.

Tip ini percuma tanpa sebarang kos. Sebagai Usahawan, kita yang mengemudi perjalanan bisnes kita. Persaingan dunia bisnes sebenar sengit & mencabar.

Sedikit berbeza boleh membuat pelanggan memilih kita untuk menyerahkan duit mereka. Pelanggan juga mempunyai hak untuk pergi ke Usahawan lain. Hargai pelanggan kita. Tanpa mereka, kita pasti terbungkam gagal.

Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. He2 kopi satu! 
             

No comments:

Post a Comment