20151203

10 PERKARA YANG MESTI DI LAKUKAN SEBELUM HADIR BILIK PROGRAM

 

Pakaian
Sediakan pakaian yang hendak di pakai satu hari lebih awal. Pastikan bersih & siap sudah berseterika.

Lokasi
Pastikan lokasi program lebih awal. Ini mengelakkan sesat & buang masa ketika memandu.

● Bayaran
Selesaikan bayaran sebelum kelas bermula. Penganjur mesti sayang peserta sebegini.

● Buku & Pen
Bawa pen & buku untuk salin ilmu. Pen bawa lebih. Ini langkah terbaik jika pen kering dakwat.

● Air Minuman
Bawa sebotol air minuman. Ini membantu badan kita lebih segar untuk mengikuti perjalanan program.

● Datang Awal
Rancang perjalanan untuk datang 15-30 minit lebih awal. Biasakan sebegini untuk lain-lain urusan.

Duduk Depan
Mesti pilih berada di barisan depan. Ini membantu lebih mudah hadam ilmu & speaker lebih mudah mengenali peserta.

Sediakan Soalan
Prepare soalan lebih awal. Jangan malu untuk bertanya. Satu soalan yang baik pasti mendapat ilmu yang bagus.

● Bau Badan
Jaga bau badan. Invest sedikit duit untuk wangi. Pastikan bau mulut segar & harum . Kunyah gula-gula jika perlu.

Kad Nama
Jangan lupa bawa kad nama. Boleh bernetworking dengan speaker & peserta yang lain.

# Perkongsian tip ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. He2 kopi satu!
 

No comments:

Post a Comment