20151231

MASALAH VS HASIL

' Masalah Yang Kita Hadapi Sekarang Bukan Masalah Sebenarnya. Ianya Adalah HASIL Apa Yang Kita Buat Dahulu '.

Sebagai contoh adalah hutang. Hutang tak datang sendiri. Kita yang memilih untuk berhutang. Faham ya. He2 kopi satu!

# Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. 
             

20151230

KUAT BERUSAHA


' Tak Perlu Sangat Menjadi Pandai. Lebih Baik Kuat Berusaha '.

Untuk kuat berusaha tak perlu menjadi pandai dahulu. Kuat berusaha, lama-lama pandai juga. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
        

20151228

CABARAN USAHAWANITA


Bismillah

' Cabaran Paling Besar Seorang Usahawanita Adalah Restu & Sokongan Pasangan '.

Adakalanya suami tak melihat apa pasangan mereka nampak. Berbincang cara baik-baik ya. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
  

20151227

DERMAWAN VS JUTAWAN

 
Bismillah

' Dermawan Lebih Bernilai Dari Jutawan '.

Tak perlu jadi Jutawan dahulu untuk menjadi dermawan, tapi jadi dermawan dahulu supaya lebih pantas untuk menjadi Jutawan. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
     

20151226

USAHA


Bismillah

' Usahawan Yang Di Labelkan Sudah Berjaya Pun Masih Berusaha Apatah Lagi Usahawan Yang Masih Hijau '.

Jangan putus asa ketika sedang berusaha. Kegagalan memberi ilmu mahal. Pengalaman adalah cikgu terbaik. Sesungguhnya berusaha itu adalah proses sepanjang hayat. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
 

20151225

PUSINGAN KEKAYAAN



Penjual

Kayakan pembekal dahulu.

Pembekal

Kayakan pengilang dahulu.

Pengilang


Kayakan pekerja dahulu.

Pekerja

Kayakan penjual dahulu.

Niatkan sahaja setiap sen yang di belanjakan membantu orang lain juga. Boleh boleh? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
 

20151223

2 PERKARA UNTUK KAYA


Bismillah

2 PERKARA UNTUK KAYA

1 : Cipta sebab untuk orang lain membayar kita.

2: Bayar diri sendiri dahulu setiap hari.

# Ceo berada di sini atas sebab nombor satu. Jadikan produk Men Serum sebagai asbab orang lain membayar kita. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
  

20151216

1000 PEK


Bismillah NEW RECORD Alhamdullillah. Berjaya close deal untuk 1,000 pek Men Serum. Cerita kejayaan ini untuk di...
Posted by Ceo Samad Kinto on Tuesday, December 15, 2015

20151214

BUKU CEO DI MARANG


Bismillah BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA MARANG, TERENGGANU. Boleh hubungi Puan Fathiah AB untuk mendapatkan buku...
Posted by Ceo Samad Kinto on Sunday, December 13, 2015

20151212

MENUNGGU ATAU BERTINDAK?


Bismillah.
' Perkara Yang Baik Datang Kepada Orang Baik Yang Menunggu, Perkara Hebat Hadir Kepada Mereka Bertindak & Mencari '. 
 In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

20151207

TURNING POINT


Bismillah KISAH TURNING POINT Tulisan adalah berasaskan kisah benar. Setiap cerita kepayahan terselit kebaikan di...
Posted by Ceo Samad Kinto on Tuesday, December 8, 2015

20151206

TIP MOTIVASI

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xap1/v/t1.0-9/s720x720/12311181_10205131005574307_1090450579281035363_n.jpg?oh=f8739d1f883ea508110ebf8d908161ae&oe=56EE36D7

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang nak di ajar & belajar. Mereka belajar untuk boleh mengajar kelak. Boleh?

In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!
   

20151205

TIP UNTUK NEWBIE

https://fbcdn-photos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/v/t1.0-0/p526x296/12316271_10205129729262400_6350813073187803847_n.jpg?oh=f9ed97ad56134b9959c352c6be9cf3b6&oe=5721A81A&__gda__=1458600609_404140694ab617d2949b601b552a4ff2

Bismillah. 5 Langkah Bagaimana Nak Bernetworking Dengan Usahawan Yang Berjaya.

1 : Hadirkan diri ke program atau seminar mereka. Jika mampu, hadir lebih dari sekali.

2: Jadi murid yang aktif dalam program tersebut. Banyak bertanya soalan.

3: Baca buku yang mereka terbitkan. Kongsi ilmu setelah membaca.

4: Pm mereka. Kenalkan diri. Tunjuk kesungguhan untuk menjadi friend. Jangan add friend & tunggu untuk di appove. Taip ejaan penuh dan guna muka sebenar.

5: Sentiasa like & komen yang bernas di wall mereka. Apabila nama anda sentiasa kelihatan, pasti lebih di ingati oleh mereka. Bina hubungan dengan mereka dahulu.

Usahawan yang hebat mempunyai ramai kawan. Ruangan media social seperti Fb memudahkan kita kenal siapa mereka yang berjaya untuk kita follow.

Mulakan 5 langkah ini untuk tambah ahli rangkaian kawan kita. Tak kan rugi mempunyai kawan yang ramai. Kawan semua orang tapi rapat dengan yang berjaya. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
           

20151204

BISNES & RUGI



Bismillah.

' Bisnes Jika Tak Pernah Rugi Bukan Bisnes Namanya'. 

Faham ke faham? He2 kopi satu!

# Jangan Pandang Hina Kegagalan Usahawan Lain Kerana Kita Tidak Tahu Nasib Mereka Di Masa Depan.
  

20151203

10 PERKARA YANG MESTI DI LAKUKAN SEBELUM HADIR BILIK PROGRAM

 

Pakaian
Sediakan pakaian yang hendak di pakai satu hari lebih awal. Pastikan bersih & siap sudah berseterika.

Lokasi
Pastikan lokasi program lebih awal. Ini mengelakkan sesat & buang masa ketika memandu.

● Bayaran
Selesaikan bayaran sebelum kelas bermula. Penganjur mesti sayang peserta sebegini.

● Buku & Pen
Bawa pen & buku untuk salin ilmu. Pen bawa lebih. Ini langkah terbaik jika pen kering dakwat.

● Air Minuman
Bawa sebotol air minuman. Ini membantu badan kita lebih segar untuk mengikuti perjalanan program.

● Datang Awal
Rancang perjalanan untuk datang 15-30 minit lebih awal. Biasakan sebegini untuk lain-lain urusan.

Duduk Depan
Mesti pilih berada di barisan depan. Ini membantu lebih mudah hadam ilmu & speaker lebih mudah mengenali peserta.

Sediakan Soalan
Prepare soalan lebih awal. Jangan malu untuk bertanya. Satu soalan yang baik pasti mendapat ilmu yang bagus.

● Bau Badan
Jaga bau badan. Invest sedikit duit untuk wangi. Pastikan bau mulut segar & harum . Kunyah gula-gula jika perlu.

Kad Nama
Jangan lupa bawa kad nama. Boleh bernetworking dengan speaker & peserta yang lain.

# Perkongsian tip ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. He2 kopi satu!
 

20151202

PESAING & PELANGGAN


Persaingan wujud di pelusuk dunia perniagaan. Blue ocean boleh menjadi red ocean sekelip mata. Ini adalah realiti sebenar planet bisnes.

Andai kita view persaingan itu secara buruk, pasti buruk yang kita dapat. Andai sebaliknya, adanya persaingan itu menjadikan lebih kreatif, kuat berusaha & semakin bijak.

Bukan kuasa kita untuk pantau pesaing. Kita tidak boleh kawal mereka. Apa yang kita boleh buat adalah berusaha untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada & tingkatkan pelanggan baru setiap masa.

Jangan bazirkan tenaga & detik untuk burukkan pesaing. Ini tidak ideal untuk semua level bisnes termasuk bisnes dari rumah.

Pedulikan tentang pesaing tetapi upgradekan diri, ilmu & tindakan untuk pelanggan. Tanpa pelanggan, bisnes tak kemana. Hargai mereka. Nilai mereka sangat mahal. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!
        

20151201

5 PERKARA BUAT PELANGGAN SUKA


● Pujian
Pelanggan adalah manusia yang beremosi. Gembirakan emosi mereka dengan pujian yang ikhlas. Cari poin untuk memuji. Perkara kecil ini memberi pulangan besar nanti.

● Ucapkan Terima Kasih
Jadikan tabiat terima kasih sebagai latihan sepanjang hayat. Bukan sahaja kepada pelanggan malahan kepada orang sekeliling kita termasuk anak-anak kecil. Ini mesti kita buat sebagai memuliakan orang lain.

● Respon Pantas
Jangan lewat menjawab segala pertanyaan pelanggan. Jika lewat, minta maaf. Apatah lagi pelanggan yang sudah bankin duit ke akaun. Perangai yang suka lengahkan ini boleh membuat pelanggan lari & tidak mahu berurusan dengan kita lagi. Lebih teruk, mereka bercerita kepada orang lain.

● Datang Awal
Jangan biarkan pelanggan menunggu. Biar kita lebih awal dari mereka. Kita mungkin boleh bazirkan masa kita tapi jangan bazirkan masa orang lain. Ini tidak bagus untuk bisnes dalam jangka panjang. Amalkan datang awal di setiap temu janji . Bisnes boleh pergi lebih jauh.

● Jangan Busy Depan Pelanggan
Silentkan hand phone ketika berada depan pelanggan. Fokus pada mereka seketika. Beri tumpuan sepenuhnya. Ini membuat mereka suka dengan kita & kekal lebih lama untuk berurusniaga.

Tip ini percuma tanpa sebarang kos. Sebagai Usahawan, kita yang mengemudi perjalanan bisnes kita. Persaingan dunia bisnes sebenar sengit & mencabar.

Sedikit berbeza boleh membuat pelanggan memilih kita untuk menyerahkan duit mereka. Pelanggan juga mempunyai hak untuk pergi ke Usahawan lain. Hargai pelanggan kita. Tanpa mereka, kita pasti terbungkam gagal.

Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. He2 kopi satu!