20151125

BAGAIMANA NAK MENJADI PELANGGAN YANG BERKUALITI


● Sokong
Apabila adik beradik atau rakan terdekat mulakan bisnes pertama mereka, kita mesti beli. Andai tidak beli pun,beri kata-kata semangat. Ini sebagai sokongan peribadi menyuntik motivasi. Pasti mereka gembira & ingat kita lebih lama.

● Jangan Tawar
Jangan ambil kesempatan kepada mereka. Jangan pula kita menawar untuk minta harga diskaun. Sangat kejam jika minta free. Mereka baru nak bernafas , sokongan kita di perlukan di sini.

● Bayar Extra
Tidak ramai amalkan petua ini. Sentiasa bayar extra di setiap urusan jual beli produk atau servis. Amalan ini memberi nilai tambah & menjadikan kita sebagai pelanggan paling bernilai.

Ceo sendiri pernah di bayar extra rm80 dari pelanggan. Terasa sangat seronok & ingat beliau sampai bila-bila.

● Puji
Jangan kedekut untuk memuji peniaga. Kita selalu di ajar memuliakan pelanggan. Kita juga sebagai pelanggan bisnes orang lain.

Apa salahnya memuliakan & memuji peniaga. Skil ini mesti praktikkan. Biar mereka senyum sampai telinga.

● Jangan Komplen
Buang sikap ini. Adakalanya komplen boleh bunuh semangat peniaga baru. Ramai newbie gugur akibat di komplen.

Sebagai pelanggan paling bernilai, kita jangan lakukan ini. Tugas kita bantu mereka. Jika kita ingin sangat nak komplen, pilihlah untuk membina bukan menjatuhkan.

# Perkongsian tip ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. He2 kopi satu! 
       

No comments:

Post a Comment