20151126

5 PERKARA SEBELUM JUMPA PELANGGAN


Datang Awal
● Sentiasa amalkan datang awal. On time bermaksud datang lebih awal sebelum waktunya. Biasakan 15 minit lebih awal. Kita di anggap biasa-biasa andai pelanggan lebih awal sampai.

Duit Tukar
● Sediakan duit tukar. Ramai Usahawan terlepas pandang perkara ini. Kelam kabut depan pelanggan tidak bagus untuk bisnes. Remeh tapi penting.

Paper Bag
● Sediakan bajet untuk tempah paper bag yang terpampang logo syarikat kita. Jika masih belum mampu, beli plastik beg yang bercorak. Elakkan guna plastik biasa. Pelanggan adalah King.

Beri Peringatan
● Hubungi semula pelanggan sebelum bertolak. Beri juga jumlah nilai yang mesti mereka sediakan. Ada kes pelanggan terlupa. Jangan malu untuk buat perkara ini.

Belanja Makan
● Sentiasa seronok berada tangan di atas. Jangan lepaskan peluang belanja pelanggan. Tanpa mereka, bisnes tak kemana. Belum ada Usahawan yang miskin jika belanja pelanggan. Amalkan petua ini.

Usahawan yang bersedia mampu pergi lebih jauh. Pelanggan yang suka pasti rekemen kepada orang lain. Jadikan kategori Usahawan yang di percayai. Kita mampu lakukan. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!
  

No comments:

Post a Comment