20151130

RAHSIA KALIS POKAI

 
Bismillah. Amalkan segera undang-undang ini, pasti boleh merawat ekonomi sendiri, keluarga & masa depan. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

# Boss yang baik adalah Boss yang suka berkongsi ilmu.
          

20151129

PROGRAM BAKI 2015


Bismillah AKTIVITI NETWORKINGAlhamdullillah. Ceo di pinang oleh Tuan Muda Firdaus Yasin untuk berkongsi dengan...
Posted by Ceo Samad Kinto on Tuesday, December 1, 2015

20151127

ALASAN & TINDAKAN

ALASAN.
Alasan adalah percuma & sentiasa ada. Sikap suka memberi alasan akan menangguhkan beberapa perkara yang sepatutnya di lakukan untuk berjaya.

Mengikut kajian, sikap ini adalah punca terbesar untuk gagal. Tiada hasil yang besar andai sikap suka beralasan ini masih kekal di jiwa.

TINDAKAN

Setiap hasil mesti di mulakan dengan tindakan. Begitu juga dengan perniagaan. Kejayaan sesebuah bisnes amat tergantung pada tindakan Usahawan itu sendiri.

Sikit tindakan, sikit hasil. Slow tindakan, slow juga hasil. Takde tindakan, takdelah hasil.

Jadi, lajukan & besarkan tindakan untuk kejayaan pantas & hasil yang besar. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

# Boss yang baik adalah Boss yang suka bertindak dengan pantas. 
        

20151126

5 PERKARA SEBELUM JUMPA PELANGGAN


Datang Awal
● Sentiasa amalkan datang awal. On time bermaksud datang lebih awal sebelum waktunya. Biasakan 15 minit lebih awal. Kita di anggap biasa-biasa andai pelanggan lebih awal sampai.

Duit Tukar
● Sediakan duit tukar. Ramai Usahawan terlepas pandang perkara ini. Kelam kabut depan pelanggan tidak bagus untuk bisnes. Remeh tapi penting.

Paper Bag
● Sediakan bajet untuk tempah paper bag yang terpampang logo syarikat kita. Jika masih belum mampu, beli plastik beg yang bercorak. Elakkan guna plastik biasa. Pelanggan adalah King.

Beri Peringatan
● Hubungi semula pelanggan sebelum bertolak. Beri juga jumlah nilai yang mesti mereka sediakan. Ada kes pelanggan terlupa. Jangan malu untuk buat perkara ini.

Belanja Makan
● Sentiasa seronok berada tangan di atas. Jangan lepaskan peluang belanja pelanggan. Tanpa mereka, bisnes tak kemana. Belum ada Usahawan yang miskin jika belanja pelanggan. Amalkan petua ini.

Usahawan yang bersedia mampu pergi lebih jauh. Pelanggan yang suka pasti rekemen kepada orang lain. Jadikan kategori Usahawan yang di percayai. Kita mampu lakukan. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!
  

20151125

BAGAIMANA NAK MENJADI PELANGGAN YANG BERKUALITI


● Sokong
Apabila adik beradik atau rakan terdekat mulakan bisnes pertama mereka, kita mesti beli. Andai tidak beli pun,beri kata-kata semangat. Ini sebagai sokongan peribadi menyuntik motivasi. Pasti mereka gembira & ingat kita lebih lama.

● Jangan Tawar
Jangan ambil kesempatan kepada mereka. Jangan pula kita menawar untuk minta harga diskaun. Sangat kejam jika minta free. Mereka baru nak bernafas , sokongan kita di perlukan di sini.

● Bayar Extra
Tidak ramai amalkan petua ini. Sentiasa bayar extra di setiap urusan jual beli produk atau servis. Amalan ini memberi nilai tambah & menjadikan kita sebagai pelanggan paling bernilai.

Ceo sendiri pernah di bayar extra rm80 dari pelanggan. Terasa sangat seronok & ingat beliau sampai bila-bila.

● Puji
Jangan kedekut untuk memuji peniaga. Kita selalu di ajar memuliakan pelanggan. Kita juga sebagai pelanggan bisnes orang lain.

Apa salahnya memuliakan & memuji peniaga. Skil ini mesti praktikkan. Biar mereka senyum sampai telinga.

● Jangan Komplen
Buang sikap ini. Adakalanya komplen boleh bunuh semangat peniaga baru. Ramai newbie gugur akibat di komplen.

Sebagai pelanggan paling bernilai, kita jangan lakukan ini. Tugas kita bantu mereka. Jika kita ingin sangat nak komplen, pilihlah untuk membina bukan menjatuhkan.

# Perkongsian tip ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. He2 kopi satu! 
       

20151117

DARI UNIVERSITI JALANAN KE PLANET JUTAWAN


Bismillah EJEN BUKUBuku ini di terbitkan khas untuk newbie dalam bisnes atau mereka yang nak mulakan bisnes kecil...
Posted by Ceo Samad Kinto on Monday, November 16, 2015