20150930

CABARAN PALING BESAR.


Bismillah. Mentorku Berpesan,

'Cabaran Paling Besar Sebuah Kejayaan Adalah Mengekalkan Kejayaan Itu Sendiri. Tahun Lepas Hot Seat, Tahun Mendatang Belum Tentu. Sekarang Tengah Laku, Akan Datang Tak Tahu '.

# Kejayaan sebenar adalah di mana kita berakhir. Bukan dari mana bermula. Lakukan yang terbaik hari ini, pasti dapat yang terbaik akan datang. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
              

20150922

HUTANG


Hutang wajib di bayar samada status syarikat kita Enterprise, Plt, Sdn.Bhd. atau tak ada syarikat. Samada masih hidup atau dah meninggal dunia.

Jangan bangga dengan status Sdn.Bhd., tapi hutang tak boleh bayar. Biar syarikat Enterprise tapi pandai urus kewangan.

Pesanan untuk diri sendiri & pembaca status ini. Jadilah pembayar hutang yang extreme. In Shaa ALLAH. Aamin. kopi satu! 
               

20150920

JIMAT TAPI MERUGIKAN


Berjimat cermat adalah amalan mulia. Ini adalah pesanan popular zaman berzaman. Tapi di dalam dunia bisnes sebenar, jangan tersalah pilih untuk bajet jimat.

Paling di takuti kita percaya, perkara yang salah, kita yakin betul. Ceo kongsi 5 perkara tersebut.

● Ilmu

Kita hendak jimat masa & duit untuk invest ilmu. Belum ada Usahawan yang berjaya tanpa ilmu. Newbie jangan terlalu kemut keluarkan sejumlah wang untuk invest ilmu yang kita tidak ada.

Ilmu percuma boleh hadir dengan bertanya soalan. Ilmu yang murah tapi berbaloi adalah dengan membaca buku. Ini mesti kita buat sebagai amalan. Ilmu boleh juga hadir dengan pergi daftarkan diri ke program ilmu.

Mesti pilih Mentor anda. Bagaimana nak ada six pack jika pilih guru senaman yang boroi. Silap pilih, kita sesat nanti.

Kejayaan ada kos melibatkan tunai yang mesti di bayar. Kejayaan tidak terjadi dalam mimpi. Sediakan bajet untuk labur dalam ilmu. Perlaburan terbaik di dunia adalah invest dalam ilmu kebaikan & sedekah.

● Penampilan

Usahawan yang nak berjaya mesti bijak berpenampilan. Lainlah jika dah berjuta duit di akaun.

Ada Usahawan berjimat habis untuk tidak beli pakaian baru. Kononnya nak berjimat. Andai kita sentiasa kelihatan memakai baju yang sama bertahun- tahun, ini memberi mesej negatif tanpa kita sedar.

Jika pesaing mempunyai kekuatan yang sama, penampilan yang baik, boleh membantu kita selangkah di depan.

● Iklan

Cuba kita perhatikan, syarikat gergasi setiap hari iklankan produk mereka. Kos iklan mereka beratus ribu malah berjuta mereka gunakan.

Mereka tahu, stop sahaja iklan, jumlah jualan mesti menurun. Kita follow je strategi mereka. Sediakan juga bajet untuk iklan.

Jumlah bajet, mesti di adakan, malahan mesti berganda dari nilai produk bisnes kita. Tanpa bajet iklan, tiada siapa yang tahu ujud produk terbaik kita. Esok lusa, kita menangis bersama produk di sisi.

● Perkakas

Andai kita Usahawan jalanan, perkakas kita mesti sentiasa kelihatan bersih & baru.

Contoh: Payung & apron. Jangan biarkan bocor, kotor & berbau busuk. Jika ini berlaku, pelanggan akan melihat bisnes kita tak maju. Malah, besar kemungkinan mereka pergi ke pesaing. Jimat sejemput, rugi besar.

Jangan biarkan perkara ini berlaku. Beri yang terbaik untuk pelanggan kita.

● Sedekah

Jangan berkira bab ini. Perlaburan kalis rugi adalah sedekah. Di dunia malah di akhirat kelak. Besarkan nilai sedekah tersebut.

Sedekah besar dengan iklas lebih baik. Malah, sentiasa gandakan nilai tersebut. Buat awal pagi setiap hari. Jika buat selalu dengan yakin, rezeki di deraskan.

Malah kita bakal menerima berganda. Biasakan berada tangan di atas. Setiap kali & masa. Magik pasti berlaku. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

# Perkongsian ini di taip oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Beliau juga bisnes Men Serum.