20150808

KHAS UNTUK NEWBIE DALAM BISNES (2/2)



10 Sebab Kenapa Anda Mesti Jual Produk Orang Lain Dahulu.

Status yang lepas, Ceo sudah berkongsi 5 sebab. Kali ini Ceo sambung lagi 5 sebab untuk lengkapkan tajuk di atas. Jom kita mulakan.

6: Production.
••••••••••••••••••
Newbie yang jual produk lain sangat beruntung. Kita tidak terlibat langsung dalam bidang production atau pembuatan. Bidang yang meletihkan. Dari design hingga end produk kita tidak terlibat. Kan best. Biar owner lakukan tugas tersebut. Kita pilih menjadi Ejen mereka & terus menjual.

7: Margin.

•••••••••••••
Margin kita yang pilih. Kebiasaannya, sedikit produk margin kecil. Volume besar baru margin juga besar. Kita jangan gopoh. Sabar ya Tuan. Kita jual produk orang untuk belajar. Kelebihan mempunyai wang besar bukan syarat utama untuk berjaya dalam bisnes. Wang yang banyak hanya sedikit kelebihan sahaja. Margin yang Ceo rekemen sekitar rm30 keatas. Jika bawah dari margin tersebut perlu bermain volume. Biar otai bermain angka volume, kita newbie di gelanggang margin.

8 : Testimoni
•••••••••••••••••
Newbie mesti pilih produk yang mempunyai banyak testimoni. Baik dari kesan produk atau kejayaan bisnes itu sendiri. Testimoni-testimoni tersebut adalah alat pemasaran yang sangat berkesan untuk membantu kita. Walaupun kita masih baru, tapi di bekalkan dengan satu teknik jualan yang berkesan. Kita boleh belajar dari situ.

9: Ilmu Bisnes.
•••••••••••••••••••
Pembekal yang bagus pasti ada menyediakan kelas untuk membantu newbie seperti kita. Mereka berpengalaman dalam perniagaan. Pasti mereka juga boleh berkongsi ilmu perniagaan kepada pengedar baru. Pilih pembekal atau syarikat seperti ini. Ilmu mahal ini sangat berbaloi untuk kita talaqi. Pasti juga kita boleh belajar dari top ejen mereka. Boleh kita upgrade ilmu bisnes perlahan-lahan.

10:Iklan.
••••••••••••
Kos iklan bukan murah. Newbie yang baru merangkak tidak perlu dahulu untuk laburkan duit untuk iklan. Biar owner produk uruskan perkara tersebut. Tapi belajar dahulu bagaimana nak tulis ayat iklan yang power. Ramai juga owner produk masih gagal kuasai teknik menulis iklan berkualiti. Sebagai newbie tetapi bijak kita boleh menimba ilmu dari owner yang berjaya. Bila ada sedikit keyakinan & modal untuk di bakar, baru kita terjun di gelanggang sebenarnya. Iklan bermutu pasti satu perlaburan berbaloi untuk perniagaan kita.

Bergelar founder & owner produk kelihatan sexy. Tapi itu sahaja tidak cukup syarat untuk berjaya dalam bisnes. Ramai juga yang bungkus dalam tempoh 12 bulan pertama produk di keluarkan.

Menjual produk orang lain juga kita boleh kaya & berjaya. Syarikat Zalora & Lazada pun jual produk orang lain. Apadehal. Bermula kecil , bermula betul lebih baik dari bermula besar & glamour. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Beliau juga bisnes Men Serum. Semoga memberi manfaat ya. Terima kasih. 
           

No comments:

Post a Comment