20150810

5 SEBAB MENGAPA MESTI MENYIMPAN SETIAP HARI.



1: Kepercayaan
••••••••••••••••••••
Membina kepercayaan memerlukan masa yang panjang. Tapi boleh roboh dalam sekelip mata. Oleh itu, andai kita boleh menyimpan duit setiap hari & lupakan secara konsisten, kita sudah mula mendapat kepercayaan orang lain. Sangat mudah untuk close deal andai kita guna teknik ini.
Walaupun naik kapcai buruk tetapi buku perlaburan yang menunjukkan angka 6 digit yang di simpan setiap hari sangat membantu. Cakap semua orang lain boleh sembang.
Ceo kenal seorang ini, beliau guna teknik ini untuk membina kepercayaan. Orangnya bermisai & ada janggut. Stylo juga. Beliau ada lesung pipit & bisnes dari rumah. Jika ada masa Ceo kenalkan ya.

2: Ketagihan Positif.
••••••••••••••••••••••••••
Kalau kita boleh berbelanja setiap hari tanpa gagal, kita mesti boleh juga menyimpan setiap hari. Angka untuk bermula yang Ceo rekemen adalah sekitar rm10-rm20. Ya, nampak kecil tapi angka itu mulai meningkat sedikit demi sedikit. Aktiviti ini susah & sukar pada awalnya tetapi bila ketagihan menyimpan lebih seronok dari berbelanja, kita sudah berada di trek yang betul. Tak ramai yang boleh lakukan ini. Ini teknik old school yang mudah. Sebab terlampau mudah, ramai tak nak buat. Akhirnya umur dah jejak 50 tahun tapi simpanan masih ciput & berangan nak tunggu duit Kwsp pula untuk selesaikan masalah kewangan. Formula guna duit Kwsp untuk persaraan sangat bahaya. Kita bongkok baru nak belajar uruskan wang peribadi.

3: Lebih Kaya Dari Semalam.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Usahawan yang berjaya menyimpan tidak akan kalah. Mereka sentiasa bertambah kaya setiap hari. Simpan hari ini rm50, dah menjadi kaya rm50 dari semalam. Angka tersebut tidak menipu. Angka ini boleh di kira. Biar sedikit asalkan konsisten. Sikap ini boleh berjangkit kepada yang lain termasuk keluarga & anak-anak. Cari jalan untuk menyimpan, bukan senarai alasan. Gagal menyimpan ketika muda boleh mengakibatkan terlampau busy mencari duit ketika tua.

4: Cipta Peluang.
••••••••••••••••••••••
Usahawan yang mempunyai duit boleh menyambar & mencipta peluang. Usahawan yang pokai, boleh tengok & mengeluh sahaja. Andai terlibat peluang beli rumah murah, Usahawan ada duit boleh sambar peluang tersebut. Yang sengkek, tengok je.

Berbagai peluang pasti ada setiap detik. Andai tak menyimpan dari sekarang, peluang tersebut berlalu begitu sahaja. Orang yang berwang pasti mempunyai berbagai kelebihan termasuk membuat kebaikan kepada ibubapa, jiran sekeliling, saudara mara & sahabat handai.

5: Peribadi.

•••••••••••••••
Hampir semua impian memerlukan faktor kewangan untuk merealsasikannya. Tiada yang percuma. Usahawan yang menyimpan & mempunyai kewangan yang tegap mempunyai banyak pilihan. Simpanan tunai juga boleh membeli masa untuk akan datang. Boleh memilih untuk aktiviti apa yang kita minat tanpa memikirkan duit lagi. Ini idaman ramai manusia. Kebebasan kewangan. Untuk menuju ke planet tersebut, tabiat simpan setiap hari untuk di lupakan mesti di mulakan. Bila? Sekarang! 

Jangan percaya bisikan budak kecil dari dalam diri. Halau budak tersebut & mulakan isi borang simpanan sekarang.

# Ilmu tidak berguna tanpa di amalkan. Betul. Memang betul.

Pesanan ini untuk newbie dalam bisnes atau mereka yang nak sangat tahu. Semoga memberi manfaat kepada penulis & pembaca. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
          

No comments:

Post a Comment