20150815

IKLAN MAJALAH PENGANTIN.


Bismillah. Aktiviti Bisnes. •••••••••••••••••••Alhamdullillah. Iklan produk premium kami Men Serum Truetech Secret...
Posted by Ceo Samad Kinto on Thursday, August 13, 2015

20150811

CORETAN UNTUK NEWBIE.


Disetiap catatan kejayaan Usahawan, pasti mereka pernah lalui peristiwa pahit & cabaran berliku. Pahit adalah ubat untuk menikmati kemanisan kejayaan & kekayaan.

Nakhoda cekap & mahir tidak lahir dengan sendiri. Mereka di bentuk di lautan yang bergelora & ganas. Nakhoda yang paling selamat adalah hanya parking di persisiran pantai sahaja. Selamat tapi tidak berguna.

Jika sekarang masih di fasa awal, jangan di jaja kesedihan & kesusahan itu. Simpan untuk di ceritakan sebagai motivasi kepada yang lain bila sudah berada di level kejayaan. Kepahitan hari ini adalah ubat untuk kesenangan akan datang.

Buat usaha dalam senyap, biar kejayaan berkokok sendiri. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Pesanan ringkas ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Beliau juga bisnes Men Serum Truetech Secret.
           
     

20150810

5 SEBAB MENGAPA MESTI MENYIMPAN SETIAP HARI.



1: Kepercayaan
••••••••••••••••••••
Membina kepercayaan memerlukan masa yang panjang. Tapi boleh roboh dalam sekelip mata. Oleh itu, andai kita boleh menyimpan duit setiap hari & lupakan secara konsisten, kita sudah mula mendapat kepercayaan orang lain. Sangat mudah untuk close deal andai kita guna teknik ini.
Walaupun naik kapcai buruk tetapi buku perlaburan yang menunjukkan angka 6 digit yang di simpan setiap hari sangat membantu. Cakap semua orang lain boleh sembang.
Ceo kenal seorang ini, beliau guna teknik ini untuk membina kepercayaan. Orangnya bermisai & ada janggut. Stylo juga. Beliau ada lesung pipit & bisnes dari rumah. Jika ada masa Ceo kenalkan ya.

2: Ketagihan Positif.
••••••••••••••••••••••••••
Kalau kita boleh berbelanja setiap hari tanpa gagal, kita mesti boleh juga menyimpan setiap hari. Angka untuk bermula yang Ceo rekemen adalah sekitar rm10-rm20. Ya, nampak kecil tapi angka itu mulai meningkat sedikit demi sedikit. Aktiviti ini susah & sukar pada awalnya tetapi bila ketagihan menyimpan lebih seronok dari berbelanja, kita sudah berada di trek yang betul. Tak ramai yang boleh lakukan ini. Ini teknik old school yang mudah. Sebab terlampau mudah, ramai tak nak buat. Akhirnya umur dah jejak 50 tahun tapi simpanan masih ciput & berangan nak tunggu duit Kwsp pula untuk selesaikan masalah kewangan. Formula guna duit Kwsp untuk persaraan sangat bahaya. Kita bongkok baru nak belajar uruskan wang peribadi.

3: Lebih Kaya Dari Semalam.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Usahawan yang berjaya menyimpan tidak akan kalah. Mereka sentiasa bertambah kaya setiap hari. Simpan hari ini rm50, dah menjadi kaya rm50 dari semalam. Angka tersebut tidak menipu. Angka ini boleh di kira. Biar sedikit asalkan konsisten. Sikap ini boleh berjangkit kepada yang lain termasuk keluarga & anak-anak. Cari jalan untuk menyimpan, bukan senarai alasan. Gagal menyimpan ketika muda boleh mengakibatkan terlampau busy mencari duit ketika tua.

4: Cipta Peluang.
••••••••••••••••••••••
Usahawan yang mempunyai duit boleh menyambar & mencipta peluang. Usahawan yang pokai, boleh tengok & mengeluh sahaja. Andai terlibat peluang beli rumah murah, Usahawan ada duit boleh sambar peluang tersebut. Yang sengkek, tengok je.

Berbagai peluang pasti ada setiap detik. Andai tak menyimpan dari sekarang, peluang tersebut berlalu begitu sahaja. Orang yang berwang pasti mempunyai berbagai kelebihan termasuk membuat kebaikan kepada ibubapa, jiran sekeliling, saudara mara & sahabat handai.

5: Peribadi.

•••••••••••••••
Hampir semua impian memerlukan faktor kewangan untuk merealsasikannya. Tiada yang percuma. Usahawan yang menyimpan & mempunyai kewangan yang tegap mempunyai banyak pilihan. Simpanan tunai juga boleh membeli masa untuk akan datang. Boleh memilih untuk aktiviti apa yang kita minat tanpa memikirkan duit lagi. Ini idaman ramai manusia. Kebebasan kewangan. Untuk menuju ke planet tersebut, tabiat simpan setiap hari untuk di lupakan mesti di mulakan. Bila? Sekarang! 

Jangan percaya bisikan budak kecil dari dalam diri. Halau budak tersebut & mulakan isi borang simpanan sekarang.

# Ilmu tidak berguna tanpa di amalkan. Betul. Memang betul.

Pesanan ini untuk newbie dalam bisnes atau mereka yang nak sangat tahu. Semoga memberi manfaat kepada penulis & pembaca. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
          

20150808

KHAS UNTUK NEWBIE DALAM BISNES (2/2)



10 Sebab Kenapa Anda Mesti Jual Produk Orang Lain Dahulu.

Status yang lepas, Ceo sudah berkongsi 5 sebab. Kali ini Ceo sambung lagi 5 sebab untuk lengkapkan tajuk di atas. Jom kita mulakan.

6: Production.
••••••••••••••••••
Newbie yang jual produk lain sangat beruntung. Kita tidak terlibat langsung dalam bidang production atau pembuatan. Bidang yang meletihkan. Dari design hingga end produk kita tidak terlibat. Kan best. Biar owner lakukan tugas tersebut. Kita pilih menjadi Ejen mereka & terus menjual.

7: Margin.

•••••••••••••
Margin kita yang pilih. Kebiasaannya, sedikit produk margin kecil. Volume besar baru margin juga besar. Kita jangan gopoh. Sabar ya Tuan. Kita jual produk orang untuk belajar. Kelebihan mempunyai wang besar bukan syarat utama untuk berjaya dalam bisnes. Wang yang banyak hanya sedikit kelebihan sahaja. Margin yang Ceo rekemen sekitar rm30 keatas. Jika bawah dari margin tersebut perlu bermain volume. Biar otai bermain angka volume, kita newbie di gelanggang margin.

8 : Testimoni
•••••••••••••••••
Newbie mesti pilih produk yang mempunyai banyak testimoni. Baik dari kesan produk atau kejayaan bisnes itu sendiri. Testimoni-testimoni tersebut adalah alat pemasaran yang sangat berkesan untuk membantu kita. Walaupun kita masih baru, tapi di bekalkan dengan satu teknik jualan yang berkesan. Kita boleh belajar dari situ.

9: Ilmu Bisnes.
•••••••••••••••••••
Pembekal yang bagus pasti ada menyediakan kelas untuk membantu newbie seperti kita. Mereka berpengalaman dalam perniagaan. Pasti mereka juga boleh berkongsi ilmu perniagaan kepada pengedar baru. Pilih pembekal atau syarikat seperti ini. Ilmu mahal ini sangat berbaloi untuk kita talaqi. Pasti juga kita boleh belajar dari top ejen mereka. Boleh kita upgrade ilmu bisnes perlahan-lahan.

10:Iklan.
••••••••••••
Kos iklan bukan murah. Newbie yang baru merangkak tidak perlu dahulu untuk laburkan duit untuk iklan. Biar owner produk uruskan perkara tersebut. Tapi belajar dahulu bagaimana nak tulis ayat iklan yang power. Ramai juga owner produk masih gagal kuasai teknik menulis iklan berkualiti. Sebagai newbie tetapi bijak kita boleh menimba ilmu dari owner yang berjaya. Bila ada sedikit keyakinan & modal untuk di bakar, baru kita terjun di gelanggang sebenarnya. Iklan bermutu pasti satu perlaburan berbaloi untuk perniagaan kita.

Bergelar founder & owner produk kelihatan sexy. Tapi itu sahaja tidak cukup syarat untuk berjaya dalam bisnes. Ramai juga yang bungkus dalam tempoh 12 bulan pertama produk di keluarkan.

Menjual produk orang lain juga kita boleh kaya & berjaya. Syarikat Zalora & Lazada pun jual produk orang lain. Apadehal. Bermula kecil , bermula betul lebih baik dari bermula besar & glamour. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Beliau juga bisnes Men Serum. Semoga memberi manfaat ya. Terima kasih. 
           

20150807

KHAS UNTUK NEWBIE DALAM BISNES (1/2)


Bismillah. Khas Untuk Newbie Dalam Bisnes. ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••10 Sebab Kenapa Anda Mesti...
Posted by Ceo Samad Kinto on Wednesday, August 5, 2015

20150805

HARGA KENDERAAN.


Bismillah. 'Jangan Amalkan Harga Kenderaan Melebihi Harga Kediaman. Ini Boleh Mengundang Padah Ekonomi Di Masa Depan'. Jangan jadi Jutawan di usia muda sahaja, tapi miskin papa kedana di usia tua. Boleh boleh?

In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

# Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Beliau juga bisnes Men Serum. Ceo Samad Kinto Peneraju Rangkaian Perniagaan Truetech.


20150803

JANGAN BANDINGKAN DENGAN ORANG.


Bismillah. 'Jangan Banding- Banding Pencapaian Kita Dengan Orang Lain. Sikit Bersyukur & Banyak Pun Bersyukur '.

Lebihkan bersyukur & jangan buang masa untuk komplen. Boleh boleh? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
  

20150802

OWNER & LEADER.


Bismillah. ' Untuk Menjadi Owner Produk Sangat Mudah, Tapi Untuk Menjadi Leader Produk Itu Yang Susah '. Susah pada permulaan & boleh belajar. 
Betul betul? In Shaa ALLAH. Aamin
   

20150801

IKLAN TERBARU DI AKHBAR.


Bismillah. Aktiviti Bisnes. •••••••••••••••••••Design terbaru iklan Men Serum Truetech Secret di akbar Sinar...
Posted by Ceo Samad Kinto on Friday, July 31, 2015