20150710

5 TANDA SIKAP USAHAWAN GAGAL.


1 : Kerap menukar nombor talipon bimbit. 
Ini memberi mesej tanpa sedar mereka gagal uruskan perkara sekecil ini. Antara persepsi yang timbul, tidak bayar bil, lari dari orang lain.

2: Selalu sangat tukar bisnes. 
 Sekejap join Mlm. Nanti bisnes trading. Kemudian buka kedai. Pastu menjadi Ejen insurance. Berbagai bisnes tapi masih takuk lama. Good starter but bad finisher.

3: Payah balas sms / whatapps / call.
Servis teruk. Adakalanya, nak balas sms terima kasih pun susah. Duit dah terima tapi never say thank you. Perkara kecil tapi mustahak.

4: Susah bayar hutang. 
Berjanji tapi berat atau terlalu lama untuk tunaikan. Trek rekod jika tak jaga, lama-lama boleh makan diri.

5: Suka curi stokis Usahawan lain. 
Ini martabat yang mesti di elakkan. Lagi satu, suka buang harga bertujuan orang lain berpusu-pusu beli. Belum ada Usahawan yang berjaya guna teknik ini. Tak pernah pun jumpa buku tentang kejayaan bisnes yang di tulis Usahawan begini. Jangan follow ya spesis ini.

5 perkara tersebut boleh di ubah. Perubahan mesti di lakukan andai nak keputusan berbeza. Kadangkala kita tak nampak secara zahir. Sentiasa perbaiki sikap & upgrade ilmu setiap hari. Boleh boleh? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

# Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. 
              

No comments:

Post a Comment