20150716

SALAM AIDILFITRI


Bismillah. Di kesempatan ini, kami & keluarga ingin merakamkan ucapan salam Aidilfitri & maaf zahir batin kepada :

  • Ibu bapa kami,
  • Seluruh pelanggan terhormat,
  • Seluruh ahli keluarga,
  • Semua Usahawan Truetech,
  • Rakan taulan,
  • Pembekal kami,
  • Mentor-mentor kami,
  • Website designer kami,
  • Akhbar Sinar Harian,
  • Pesaing kami,
  • Rakan Fb yang budiman,
  • Semua umat islam,
  • & pembaca status ini.

Di doakan agar di panjangkan umur, di deraskan rezeki, di permudahkan segala urusan & beroleh kejayaan di dunia & akhirat. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
      

20150710

5 TANDA SIKAP USAHAWAN GAGAL.


1 : Kerap menukar nombor talipon bimbit. 
Ini memberi mesej tanpa sedar mereka gagal uruskan perkara sekecil ini. Antara persepsi yang timbul, tidak bayar bil, lari dari orang lain.

2: Selalu sangat tukar bisnes. 
 Sekejap join Mlm. Nanti bisnes trading. Kemudian buka kedai. Pastu menjadi Ejen insurance. Berbagai bisnes tapi masih takuk lama. Good starter but bad finisher.

3: Payah balas sms / whatapps / call.
Servis teruk. Adakalanya, nak balas sms terima kasih pun susah. Duit dah terima tapi never say thank you. Perkara kecil tapi mustahak.

4: Susah bayar hutang. 
Berjanji tapi berat atau terlalu lama untuk tunaikan. Trek rekod jika tak jaga, lama-lama boleh makan diri.

5: Suka curi stokis Usahawan lain. 
Ini martabat yang mesti di elakkan. Lagi satu, suka buang harga bertujuan orang lain berpusu-pusu beli. Belum ada Usahawan yang berjaya guna teknik ini. Tak pernah pun jumpa buku tentang kejayaan bisnes yang di tulis Usahawan begini. Jangan follow ya spesis ini.

5 perkara tersebut boleh di ubah. Perubahan mesti di lakukan andai nak keputusan berbeza. Kadangkala kita tak nampak secara zahir. Sentiasa perbaiki sikap & upgrade ilmu setiap hari. Boleh boleh? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

# Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. 
              

20150708

USAHAWAN & WEBSITE



'Website Yang Boleh Menjual Lebih Bernilai Dari Website Yang Hanya Cantik '.

Tambahan. Usahawan tanpa website bisnes umpama berbaju Melayu tanpa songkok. Kacak tapi tak lengkap. Boleh boleh? He2 kopi satu!

‪#‎Nak‬ website bisnes sendiri, pm Tuan Mutalib Attholib (facebook.com/attholib). Beliau website designer kami semenjak 2009. 
          

20150704

TOP 5 BULAN JUN


Bismillah. Top 5 May 2015•••••••••••••••••••••Alhamdullillah. Bulan May menutup tirainya semalam. Hari ini bermula...
Posted by Ceo Samad Kinto on Sunday, May 31, 2015

20150701

MINYAK NAIK


Tidak semena-mena harga minyak naik. Macam main-main je. Kejap turun lepas itu naik, naik, naik. Situasi ini macam perkara biasa sahaja setiap tahun. Ramai dah mula bosan. Gst dah buat sesak nafas. Minyak naik pula, mahu sukar bernafas.

Apa pilihan kita ada?

1: Mengeluh, komplen, marah & berserah sahaja. Share ayat menteri, di wall Fb masing-masing. Berdoa kemudian peluk tubuh. Salahkan orang lain. Guna perkataan machai lebih kerap.

Atau

2: Kita jadikan turning point untuk kita berubah. Mulakan bisnes kecil dari rumah untuk menambah paip pendapatan baru sambil tambal kebocoran yang sedia ada.
Duit jika simpan di dompet akan pergi perlahan atau laju tapi duit invest dalam perniagaan sendiri ada peluang beranak pinak.

Kita mempunyai pilihan. Ini kuasa mutlak yang kita miliki. Tak perlu tunggu pilihanraya baru nak berubah. Latih minda kita untuk melihat setiap peluang yang ada di setiap situasi buruk atau baik.

Jika tak wujud peluang, kita cipta peluang tersebut. Dunia ini penuh dengan peluang. Cukup untuk semua umat planet bumi ini.

Jutawan tidak di lahirkan tetapi di bentuk melalui proses. Lalui proses ini. Senyum ketika di uji, bersyukur ketika di puji.

Kita memang di lahirkan untuk berjaya & tidak berdosa pun menjadi kaya.
Boleh boleh? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!