20150701

MINYAK NAIK


Tidak semena-mena harga minyak naik. Macam main-main je. Kejap turun lepas itu naik, naik, naik. Situasi ini macam perkara biasa sahaja setiap tahun. Ramai dah mula bosan. Gst dah buat sesak nafas. Minyak naik pula, mahu sukar bernafas.

Apa pilihan kita ada?

1: Mengeluh, komplen, marah & berserah sahaja. Share ayat menteri, di wall Fb masing-masing. Berdoa kemudian peluk tubuh. Salahkan orang lain. Guna perkataan machai lebih kerap.

Atau

2: Kita jadikan turning point untuk kita berubah. Mulakan bisnes kecil dari rumah untuk menambah paip pendapatan baru sambil tambal kebocoran yang sedia ada.
Duit jika simpan di dompet akan pergi perlahan atau laju tapi duit invest dalam perniagaan sendiri ada peluang beranak pinak.

Kita mempunyai pilihan. Ini kuasa mutlak yang kita miliki. Tak perlu tunggu pilihanraya baru nak berubah. Latih minda kita untuk melihat setiap peluang yang ada di setiap situasi buruk atau baik.

Jika tak wujud peluang, kita cipta peluang tersebut. Dunia ini penuh dengan peluang. Cukup untuk semua umat planet bumi ini.

Jutawan tidak di lahirkan tetapi di bentuk melalui proses. Lalui proses ini. Senyum ketika di uji, bersyukur ketika di puji.

Kita memang di lahirkan untuk berjaya & tidak berdosa pun menjadi kaya.
Boleh boleh? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
        

No comments:

Post a Comment