20150630

KOMPLEN VS TERIMA KASIH

Bismillah. 
 
Jangan komplen kepada Pos Laju jika lambat sampai. Berapa kali kita ucapkan terima kasih bila barang cepat sampai.

Jangan komplen kepada isteri jika masak tidak sedap. Berapa kali kita ucapkan terima kasih bila isteri masak sedap.

Jangan komplen kepada bank jika caj macam-macam. Berapa kali kita ucapkan terima kasih kepada mereka bila guna perkhidmatan bank.

Jangan komplen flight delay. Berapa kali kita ucapkan terima kasih bila kita selamat mendarat & sampai tempat di tuju.

Jangan komplen kepada Mentor sendiri. Berapa kali kita ucapkan terima kasih kepada ilmu yang di terima.

Jangan komplen di kedai Mamak andai order lambat sampai. Berapa kali kita ucapkan terima kasih bila order cepat di hidangkan.

Manusia hebat tidak komplen. Mereka ringan mulut ucapkan terima kasih & beserta senyuman.
Syukur bila senang. Sabar bila di uji. Boleh boleh? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
  

20150628

USAHAWAN UMPAMA PEMAIN BOLA.



Bismillah. Usahawan terbilang umpama pemain bola yang berusaha untuk score. Mereka mencuba banyak kali untuk menjaringkan gol.

Satu kepuasan tidak terhingga jika berjaya sumbat gol. Ini karektar yang mesti ada untuk seorang Usahawan yang nak berjaya.

Jangan pernah berputus ada untuk berusaha. Kejayaan & kekayaan ada kos yang mesti di bayar.

Belum ada Jutawan yang di lahirkan secara percuma. Mesti melalui keringat & airmata. Hadapi cabaran kehidupan dan bisnes dengan seronok. Kejayaan sentiasa menanti untuk semua. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
# Pesanan ini di bawakan oleh player jersey merah. Player jersey merah tu Ceo semasa muda. Lincah tapi tak bahaya. Hahaha
        

20150611

EJAAN PENUH.



Bismillah. Mentor Bisnesku Berpesan, 'Menulis Guna Ejaan Penuh Ya. Mula-mula Kekok, Lama-Lama Seronok'.

Ceo follow. Your writing is your branding. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
         

20150608

ILMU DAN BUAT.


Bismillah. Mentor Bisnesku Berpesan,

'Nak Berjaya, Biar Ilmu Sedikit Tapi Mesti Banyak Buat, Bukan Ilmu Dah Banyak Tapi Tak Buat -Buat'.

Ceo setuju. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

# Dua Tangan Yang Berusaha Lebih Hebat Dari Seribu Tangan Yang Hanya Berdoa.