20150410

BICARA TENTANG GST.


Sudah melebihi seminggu masa berlalu. Sangat memberi kesan dengan kehidupan seharian. Apatah lagi dengan duit kita. Tersenyum kelat membayar extra 6% sana sini. Ini baru permulaan, bahang sudah terasa.

Ceo sendiri tidak berkecuali. Air minimum di rumah kena Gst. Tempah baju terpaksa bayar lebih. Minggu lepas bayar duit botol produk pun kena. Bulat mata tengok bil Gst bernilai rm7ratus lebih.
Walaupun tidak berapa faham tentang Gst ini, suka atau tidak terpaksa telan.

Bagaimana nak hadapi permulaan era Gst? Apa pilihan kita ada? Atau nak follow Tip Bisnes dari planet asing.

' Belum Ada Yang Tak Makan Semenjak Gst'.

Atau

Kita pilih untuk peluk tubuh. Mengharapkan keajaiban berlaku untuk selesaikan masalah kita. Mengeluh, komplen, kutuk & redha sahaja. Teruskan sahaja rutin harian.

Atau

Kita jadikan turning point untuk kita berubah. Kemiskinan juga mempunyai energi tersendiri. Kekurangan duit boleh kita jadikan asbab untuk kaya & berjaya. Modal 'Big Why ' menjadi kemahuan yang membara untuk berubah untuk upgrade diri, kewangan & kehidupan. Modal 'Kemahuan Untuk Berubah ' telah berjaya membantu mereka yang terbukti berjaya sekarang.

Kejayaan besar juga terhasil dari percubaan yang kecil. Mulakan sahaja bisnes dari rumah. Tak berdosa pun. Biar kepahitan permulaan itu menjadi kemanisan untuk kita cerita kepada anak cucu kelak. Seronok kita cerita bila mereka bertanya. Apa Atok buat ketika muda?

Ps : Rezeki ALLAH tidak pernah habis. Siapa yang berusaha, dia yang dapat. Banyak atau sikit bukan urusan kita. Bukan tidak boleh tapi tak mahu. Betul betul? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
            

No comments:

Post a Comment