20150327

TIP BISNES DARI RUMAH: MARGIN VS VOLUME.


Antara margin atau volume, mana satu sesuai untuk bermula?

Kedua-duanya sesuai. Terpulang kita untuk memilih. Setiap satu mempunyai kelebihan & kekurangan. Perkara normal dalam dunia bisnes.

Menjadi idaman majoriti Usahawan adalah menjual produk dengan kuantiti yang banyak & profit yang tinggi.

Untuk belajar menjual, kita boleh pilih produk orang lain yang laku tetapi harga murah. Apabila sudah mempunyai pengalaman & ada kemahiran menjual barulah kita beralih kepada yang margin lebih tinggi. Atau kita boleh gabungkan beberapa produk yang laris untuk mendapatkan untung lebih.

Tidak di galakkan keluarkan produk sendiri di bisnes yang pertama. Peratus untuk gagal lebih tinggi. Biar kita rugi sedikit di awal tetapi kita sudah ada keuntungan dari segi pengalaman. Antara ilmu paling awal yang kita perolehi adalah :

1: Hilangkan rasa malu untuk berniaga.
2: Sudah berani untuk menjual.
3: Merasai kemanisan menerima bayaran.
4: Sudah ada aktiviti praktikal.
5: Berada di dunia bisnes sebenar.
6: Mula kebal dengan penolakan.

Sedikit sebanyak membantu kita semakin faham bisnes sendiri. Tak perlu tergopoh - gapah nak kaya & berjaya. Biar slow asal stylo. Biar setapak asal bergerak. Jangan cepat untuk buru hot seat kerana boleh menjadi liability bisnes sendiri. Sabar & fokus trek perniagaan sendiri. Belajar, buat, belajar, buat. Kejayaan sentiasa menanti untuk semua. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
          

No comments:

Post a Comment