20150329

TIP BISNES DARI RUMAH: KETAKUTAN DALAM BISNES


Sebagai newbie dalam bisnes, sudah tentu ada perasaan takut. Ini adalah perkara normal ya. Otai masih berbisa pun masih ada perasaan tersebut. Ceo sendiri pun sama. Cuma jangan terbawa-bawa sangat perasaan itu. Tak bagus untuk nyawa perniagaan kita. Segera bangkitkan hero dalam diri kita.
Ketakutan yang biasa kepada yang baru hendak bermula ada pelbagai. Biar Ceo senaraikan:

1: Takut rugi.
2: Takut tak laku.
3: Takut menjual.
4: Takut apa orang sekeliling kata.
5: Takut beli stok.
6: Takut nak bermula.
7: Takut keluar modal.
8: Takut jumpa orang.
9: Takut pelanggan komplen.
10: Takut salah pilih produk.

Ini antara ketakutan Usahawan baru yang masih hijau. Ubat ketakutan ini adalah kapsul berani untuk di telan. Tiada di jual di mana-mana kedai ubat, hospital atau Farmasi. Ubat tersebut berada di dalam diri kita sendiri.

Tarik nafas, mulakan langkah pertama. Setiap kejayaan mesti ada permulaan. Biar kita bermula kecil tapi mesti bermula dengan betul. Start dahulu jual produk orang lain. Pilih yang terbukti laku & cari Mentor. Ini lebih mudah.

Pecat ego. Buang perasaan malu. Mulakan proses pembelajaran bisnes. Cipta perasaan seronok dalam bidang ini. Dapatkan jualan seterusnya selepas sahaja jualan pertama berlaku. Jangan malas atau malu nak bertanya. Malu dapat apa?

Ingat. Perasaan takut telah berjaya membunuh potensi umat manusia dari dahulu, sekarang & akan datang. Kita sebagai Usahawan yang stylo, mesti pandai menguasai perasaan itu. Malah bijak mengatur langkah seterusnya. Usahawan terbilang bukan di lahirkan tetapi melalui proses latihan & pengalaman. Biasakan diri berada di kelompok Usahawan yang bijak & berani. Kelak aura mereka berjangkit kepada kita. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Ps : Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan.
   

No comments:

Post a Comment