20150331

JANGAN GUNA DUIT LOAN UNTUK...

 

Bismillah. Mentor Bisnesku Berpesan, 
"Jangan Mulakan Bisnes Pertama Dengan Duit Loan Dari Bank & Jangan Pergi Seminar Mahal Gunakan Duit Loan Juga"
Ceo setuju. Peratus untuk hangus sangat cerah. He2 kopi satu! 
        

20150330

PENAMPILAN BISNES.


Bismillah. Penampilan Bisnes. ••••••••••••••••••••••••••Alhamdullillah. Hari ini Ceo datang bersama Tuan Mohd Nor...
Posted by Ceo Samad Kinto on Sunday, March 29, 2015

20150329

TIP BISNES DARI RUMAH: KETAKUTAN DALAM BISNES


Sebagai newbie dalam bisnes, sudah tentu ada perasaan takut. Ini adalah perkara normal ya. Otai masih berbisa pun masih ada perasaan tersebut. Ceo sendiri pun sama. Cuma jangan terbawa-bawa sangat perasaan itu. Tak bagus untuk nyawa perniagaan kita. Segera bangkitkan hero dalam diri kita.
Ketakutan yang biasa kepada yang baru hendak bermula ada pelbagai. Biar Ceo senaraikan:

1: Takut rugi.
2: Takut tak laku.
3: Takut menjual.
4: Takut apa orang sekeliling kata.
5: Takut beli stok.
6: Takut nak bermula.
7: Takut keluar modal.
8: Takut jumpa orang.
9: Takut pelanggan komplen.
10: Takut salah pilih produk.

Ini antara ketakutan Usahawan baru yang masih hijau. Ubat ketakutan ini adalah kapsul berani untuk di telan. Tiada di jual di mana-mana kedai ubat, hospital atau Farmasi. Ubat tersebut berada di dalam diri kita sendiri.

Tarik nafas, mulakan langkah pertama. Setiap kejayaan mesti ada permulaan. Biar kita bermula kecil tapi mesti bermula dengan betul. Start dahulu jual produk orang lain. Pilih yang terbukti laku & cari Mentor. Ini lebih mudah.

Pecat ego. Buang perasaan malu. Mulakan proses pembelajaran bisnes. Cipta perasaan seronok dalam bidang ini. Dapatkan jualan seterusnya selepas sahaja jualan pertama berlaku. Jangan malas atau malu nak bertanya. Malu dapat apa?

Ingat. Perasaan takut telah berjaya membunuh potensi umat manusia dari dahulu, sekarang & akan datang. Kita sebagai Usahawan yang stylo, mesti pandai menguasai perasaan itu. Malah bijak mengatur langkah seterusnya. Usahawan terbilang bukan di lahirkan tetapi melalui proses latihan & pengalaman. Biasakan diri berada di kelompok Usahawan yang bijak & berani. Kelak aura mereka berjangkit kepada kita. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Ps : Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan.
   

20150328

AKTIVITI BISNES


Bismillah. Aktiviti Bisnes. •••••••••••••••••••Alhamdullillah. 10 set 'Men Serum Truetech Secret ' sudah ada...
Posted by Ceo Samad Kinto on Sunday, March 29, 2015

20150327

TIP BISNES DARI RUMAH: MARGIN VS VOLUME.


Antara margin atau volume, mana satu sesuai untuk bermula?

Kedua-duanya sesuai. Terpulang kita untuk memilih. Setiap satu mempunyai kelebihan & kekurangan. Perkara normal dalam dunia bisnes.

Menjadi idaman majoriti Usahawan adalah menjual produk dengan kuantiti yang banyak & profit yang tinggi.

Untuk belajar menjual, kita boleh pilih produk orang lain yang laku tetapi harga murah. Apabila sudah mempunyai pengalaman & ada kemahiran menjual barulah kita beralih kepada yang margin lebih tinggi. Atau kita boleh gabungkan beberapa produk yang laris untuk mendapatkan untung lebih.

Tidak di galakkan keluarkan produk sendiri di bisnes yang pertama. Peratus untuk gagal lebih tinggi. Biar kita rugi sedikit di awal tetapi kita sudah ada keuntungan dari segi pengalaman. Antara ilmu paling awal yang kita perolehi adalah :

1: Hilangkan rasa malu untuk berniaga.
2: Sudah berani untuk menjual.
3: Merasai kemanisan menerima bayaran.
4: Sudah ada aktiviti praktikal.
5: Berada di dunia bisnes sebenar.
6: Mula kebal dengan penolakan.

Sedikit sebanyak membantu kita semakin faham bisnes sendiri. Tak perlu tergopoh - gapah nak kaya & berjaya. Biar slow asal stylo. Biar setapak asal bergerak. Jangan cepat untuk buru hot seat kerana boleh menjadi liability bisnes sendiri. Sabar & fokus trek perniagaan sendiri. Belajar, buat, belajar, buat. Kejayaan sentiasa menanti untuk semua. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
          

20150325

SIMPAN & JAUHI PEMBAZIRAN.


Bismillah. Mentor Kewanganku Berkata,
' Merokok Salah Satu Pembaziran Wang. Kan Bagus Duit Rokok Boleh Simpan Untuk Di Biakkan.Tapi Ramai Juga Yang Tidak Merokok Gagal Menyimpan Wang'.

Merokok tanpa menyimpan membazir. Tak merokok tukar ekzos pom pom juga membazir.

Ceo setuju. He2 kopi satu! 
          

20150322

TIP BISNES DARI RUMAH: 3 LANGKAH PERSEDIAAN BISNES.


3 Langkah Persediaan Sebelum Bermula.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

1: Mohon restu Bapa & Ibu. Jumpa atau hubungi mereka. Minta maaf. Sediakan skrip doa untuk mereka. Buang perasaan ego untuk meminta maaf, restu, doa & ucapan sayang dengan jelas. Biar menangis meminta restu supaya boleh jemput pula dengan rezeki kejayaan.

2 : Pilih produk yang ideal. Margin yang sesuai. Produk keperluan & repeat sale yang tinggi. Andai kata kita seorang newbie dalam bisnes, pilih sahaja jual produk orang lain.Jangan gelojoh untuk berniaga produk sendiri.

3 : Baca niat bisnes setiap pagi. 'Sahaja Aku Berniaga Hari Ini Untuk Membantu Ramai Pelanggan Melalui Manfaat Produk Atau Servis Yang Aku Tawarkan Kerana ALLAH Taala '. Niat bisnes mesti jelas.
 
 

20150321

PROGRAM TERDEKAT (PINNED POST)

Klik imej untuk paparan lebih besar.

                      

20150320

MEN SERUM TRUETECH SECRET


20150315

PROGRAM TERDEKAT (PINNED POST)

KLIK IMEJ UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR.
        

20150314

MAGIC OF SEDEKAH


20150310

NOT KKM LULUS.


20150307

PROGRAM TERDEKAT (PINNED POST)

 KLIK UNTUK PAPARAN BESAR.

Program Jutawan Dari Rumah di Kota Bharu
==================================
Tarikh : 07 Mac 2015
Masa. : 9am - 1.30pm
Tempat : Khalifa Hotel, Kota Bharu
            

20150305

PERSAINGAN.


Bismillah. Persaingan yang sihat boleh memberi tonik kuat untuk berfikir. Betul betul? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! Ps : Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. 

Beliau mengajar guna rotan. 
       

20150302

10 CABARAN.


 Cabaran Sebelum Berjaya.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
1 : Aku mana ada modal.
2 : Engkau buat dahulu. Dah berjaya baru aku ikut.
3 : Aku busy. Takde masa.
4 : Aku takde ramai kawan.
5 : Aku jenis pemalu.
6 : Aku takut tak laku.
7 : Aku tak reti Internet.
8 : Buat apa nak kayakan orang lain.
9 : Aku dah berniaga dahulu. Susahlah.
10: Belajar tinggi-tinggi, takkan nak bisnes.

Cabaran Setelah Berjaya?

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
1 : Engkau bolehlah. Duit dah banyak.
2 : Engkau dah ada pengalaman.
3: Engkau buat full time.
4 : Networking engkau dah ramai.
5: Engkau pandai bercakap.
6 : Engkau pandai menjual padanlah laku.
7: Engkau ada website bolehlah.
8 : Pembekal beri harga murah. Bolehlah.
9: Nasib engkau baik.
10: Apa orang cakap nanti. Aku ada sijil.

Ini adalah sebahagian cabaran untuk berniaga & ajak mereka berniaga. Penolakan tetap berlaku. Setiap rejection mendekatkan kita dengan kejayaan.Jangan give up. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Ps : Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan.