20150211

TIP BISNES DARI RUMAH: JUAL PRODUK SENDIRI VS PRODUK ORANG.


Sebagai seorang Usahawan newbie yang masih hijau, kebanyakan mereka ini sangat teruja dengan kisah kejayaan pemilik produk. Kejayaan mereka terpampang di mana-mana. Iklan mereka bersepah. Nama mereka menjadi sebutan. Adik - adik Usahawan muda menanam azam seperti mereka. Ini bukan salah atau tidak boleh tapi beri masa diri sendiri untuk mencari pengalaman & mengutip ilmu sepanjang perjalanan perniagaan. Rilek & bersabar.

Kejayaan sentiasa menanti. Kejayaan hak mutlak untuk semua.

Kisah sedih kegagalan tersontot pemilik produk ramai menyembunyikannya. Produk berkotak-kotak tersimpan di stor. Berabuk & menunggu tarikh luput. Berbagai - bagai sebab mengapa terjadi peristiwa pahit tersebut.

Sebagai newbie yang bijaksana & mempunyai Cikgu yang garang tetapi stylo, kita jangan membayar cukai kebodohan tersebut. Kita boleh bermula dengan langkah kanan menjadi Usahawan menjual produk Usahawan lain. Kita bersama mesti berazam untuk menjadi jurujual terhebat dahulu sebelum menjadi supplier luar biasa kesayangan ramai.

Menjadi owner produk secara automatik kita menjadi pembekal. Bagaimana kita boleh menjadi pembekal yang bagus andai kata kita pun tak reti menjual. Lagi teruk kita tersalah jual kepada yang jahil menjual. Akhirnya keduanya terbakar hangus legam tanpa sempat di putihkan.

Antara kelebihan menjual produk orang lain:
  1. Kita boleh mempunyai kuasa memilih produk mana yang nak jual. Contoh, pilih produk Truetech Cosmetics sebab syarikat ini mempunyai pengalaman melebihi 5 tahun.
  2. Tidak perlu pening kepala menjawab segala komplen dari pelanggan.
  3. Boleh bermula dengan modal yang kecil & develop skil perlahan - lahan.
  4. Tidak perlu nak design bagai kotak produk. Semua sudah siap.
  5. Tidak berpeluh langsung untuk menyiapkan produk. Dapat stok untuk terus jual.
  6. Boleh pelbagai produk & berurusan dengan ramai pembekal.

Ini sebahagian idea yang terlintas dari Ceo. Kita juga boleh mengambil kejayaan Usahawan lain yang berjaya dengan produk orang lain sebelum sangat berjaya dengan produk sendiri. Biar bermula kecil asalkan bermula dengan betul. Kadangkala kejayaan mengeluarkan produk sendiri merupakan permulaan kegagalan tanpa kita sedar. So, berhati-hati ya. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
Ps :Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan
                      

No comments:

Post a Comment