20150227

WARISAN.


20150226

NEWBIE DALAM BISNES.


20150224

10 MITOS POPULAR KEJAYAAN BISNES.


1: Mesti bermula dengan modal besar.
2 : Mesti buka kedai dahulu baru cari pelanggan.
3 : Mesti mengeluarkan produk sendiri.
4 : Balik dari program seminar yang mahal baru boleh berjaya.
5 : Mesti kuasai bahasa Inggeris.
6 : Mesti di lahirkan dalam keluarga bisnes atau kaya.
7: Mesti rajin berdoa sahaja tanpa usaha.
8 : Ilmu bisnes datang sendiri.
9 : Minat & usaha sahaja tanpa ilmu.
10: Mesti jual produk sempurna baru boleh berjaya.

Ramai newbie terperangkap dengan mitos ini. Elakkan minta nasihat percuma dari kawan baik & orang sekeliling tentang bisnes. Logik akal tak sama dunia bisnes sebenar. Kadangkala kita pun boleh tertipu dengan emosi diri sendiri. Bertanya & bertalaqi kepada Mentor ya adalah salah satu jalan pantas untuk berjaya. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Ps :Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. 
            

20150223

MASALAH 10 TAHUN SELESAI.


20150221

2 PERKARA.


20150211

TIP BISNES DARI RUMAH: JUAL PRODUK SENDIRI VS PRODUK ORANG.


Sebagai seorang Usahawan newbie yang masih hijau, kebanyakan mereka ini sangat teruja dengan kisah kejayaan pemilik produk. Kejayaan mereka terpampang di mana-mana. Iklan mereka bersepah. Nama mereka menjadi sebutan. Adik - adik Usahawan muda menanam azam seperti mereka. Ini bukan salah atau tidak boleh tapi beri masa diri sendiri untuk mencari pengalaman & mengutip ilmu sepanjang perjalanan perniagaan. Rilek & bersabar.

Kejayaan sentiasa menanti. Kejayaan hak mutlak untuk semua.

Kisah sedih kegagalan tersontot pemilik produk ramai menyembunyikannya. Produk berkotak-kotak tersimpan di stor. Berabuk & menunggu tarikh luput. Berbagai - bagai sebab mengapa terjadi peristiwa pahit tersebut.

Sebagai newbie yang bijaksana & mempunyai Cikgu yang garang tetapi stylo, kita jangan membayar cukai kebodohan tersebut. Kita boleh bermula dengan langkah kanan menjadi Usahawan menjual produk Usahawan lain. Kita bersama mesti berazam untuk menjadi jurujual terhebat dahulu sebelum menjadi supplier luar biasa kesayangan ramai.

Menjadi owner produk secara automatik kita menjadi pembekal. Bagaimana kita boleh menjadi pembekal yang bagus andai kata kita pun tak reti menjual. Lagi teruk kita tersalah jual kepada yang jahil menjual. Akhirnya keduanya terbakar hangus legam tanpa sempat di putihkan.

Antara kelebihan menjual produk orang lain:
  1. Kita boleh mempunyai kuasa memilih produk mana yang nak jual. Contoh, pilih produk Truetech Cosmetics sebab syarikat ini mempunyai pengalaman melebihi 5 tahun.
  2. Tidak perlu pening kepala menjawab segala komplen dari pelanggan.
  3. Boleh bermula dengan modal yang kecil & develop skil perlahan - lahan.
  4. Tidak perlu nak design bagai kotak produk. Semua sudah siap.
  5. Tidak berpeluh langsung untuk menyiapkan produk. Dapat stok untuk terus jual.
  6. Boleh pelbagai produk & berurusan dengan ramai pembekal.

Ini sebahagian idea yang terlintas dari Ceo. Kita juga boleh mengambil kejayaan Usahawan lain yang berjaya dengan produk orang lain sebelum sangat berjaya dengan produk sendiri. Biar bermula kecil asalkan bermula dengan betul. Kadangkala kejayaan mengeluarkan produk sendiri merupakan permulaan kegagalan tanpa kita sedar. So, berhati-hati ya. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
Ps :Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan
                      

20150209

MENTOR TERAWAL.


20150208

PROGRAM SELESAI.


20150203

SIMPAN UNTUK DILUPAKAN.

20150201

CEO YANG DAHULU.