20150131

PROGRAM TERDEKAT (PINNED POST)

KLIK IMEJ UNTUK ZOOM.

                  

20150129

3 FORMULA GAGAL.

 
Bismillah. 3 Formula mudah jika ingin menjadi seorang yang GAGAL.
1:JANGAN lakukan apa orang-orang berjaya lakukan.
2:Sentiasa berfikiran negatif & berkawan akrab dengan mereka yang negatif.
3:Sentiasa pelbagaikan alasan sebagai amalan harian & hobi dalam kehidupan.
Jika ini diamalkan hari-hari, In Sha ALLAH anda lebih cepat menjadi seorang yang GAGAL. He2 Kopi satu!
    

20150128

PELABURAN HARTANAH HASIL BISNES DARI RUMAH.

20150127

5 PIAWAIAN BISNES.


Ini kali ke2 Ceo daftarkan diri & hadir untuk belajar & sedut ilmu tentang branding. Kali ini Mem Besar, Mak Tok @ Datin Hajjah Atikah Ab Ghani & 10 ahli Jemaah Kopi Satu pun turut serta. Rata- rata mereka teruja dengan perkongsian dari speaker. Walaupun ada yang berniaga berlainan produk & industri, tapi asas branding tetap sama.

Biar Ceo kongsi 5 perkara yang sama piawai bisnes Ceo sendiri :
1: Tuan Fazli Little Trees iatu Tuan speaker juga memulakan perniagaan beliau dari rumah. Di awalnya, stok produk LITTLE TREE beliau simpan di rumah sahaja tanpa pejabat. Beliau sangat bijak mengatur pertemuan dengan Vip di Hotel. Bermula kecil bermula betul juga mesti ikut, andai kata kita newbie dalam bisnes. Jangan rasa rendah diri . Ramai juga Usahawan hebat yang lain mula berniaga secara part time & opis di rumah.

2 : Packaging produk mesti kelihatan premium walaupun production produk datang dari dapur rumah kita. Pelanggan akan terpesona dengan penampilan produk yang begitu gah setanding dengan jenama popular yang lain. Kita mesti selalu keluar untuk buat homework terhadap pasaran. Mesti tahu trending semasa. Proses ini lama tetapi berbaloi. Kita buat apa yang biasa-biasa tidak suka buat. Bila mereka mula bertindak, kita sudah berada di awan kejayaan.

3 : Mesti kreatif. Kreatif perlu masa. Kreatif perlukan latihan. Nak cepat kreatif, berkawan baik dengan mereka yang kreatif. Rajin bertanya. Perkara asas juga mesti tahu. Slogan & tag line produk percuma sahaja. Cuma kita perlu sedikit kreatif & tajamkan mata hati untuk pandang sekeliling. Ramai juga Usahawan yang berniaga bertahun - tahun tapi masih gagal untuk cipta tag line & slogan. Perkara ini penting untuk kukuhkan brand perniagaan kita.

4 : Don't Give Up. Ini juga ada Tuan speaker tekankan. Jika kita give up, kita dapat apa? Perkataan putus asa tiada dalam kamus Usahawan hebat & berjaya. Mungkin produk kita tidak laku sekarang tapi perkara tersebut boleh berubah. Produk laku gila sekarang belum tentu laku tahun depan. Manusia juga berubah. Prospek yang menolak produk kita sekarang boleh berkemungkinan beratur & berebut untuk berniaga dengan kita masa akan datang andai kata brand kita kukuh & popular. Bina jenama dahulu. Sabar & gandakan usaha.

5 : Mulakan dengan membina jenama diri sendiri dahulu.Branding ini ranking teratas. Produk premium macam mana sekali pun, pelanggan masih menilai pemilik produk dahulu. Jaga & pelihara jenama diri sendiri. Bina kepercayaan orang sekeliling terhadap kita. 99.9% pelanggan berurusan dengan kita kerana mereka percaya & suka dengan kita. Buat mereka percaya & suka. Kita tidak mungkin berurusan dengan mereka yang kita benci. Ubah penampilan. Tukar perwatakan. Tambah ilmu & upgrade skil. Sentiasa perbaiki sikap. Branding diri rahsia sebenar menjemput kejayaan & kekayaan. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Semoga Tuan speaker di panjangkan umur, di murahkan rezeki & di beri kesihatan yang baik supaya boleh terus berkongsi ilmu. Begitu juga dengan penulis & pembaca status ini. In Shaa ALLAH. Aamin.

Ps : Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan.
       

20150124

KHAS BUAT ORANG UTARA.

20150123

BAGAIMANA KITA BOLEH KAYA?

20150122

TIP BISNES DARI RUMAH: KOMPLEN DALAM BISNES


Salah satu rahsia kejayaan seseorang Usahawan adalah mereka yang suka menerima cabaran komplen dari pelanggan. Setiap komplen yang datang mereka dengar dengan gembira. Setiap perkataan yang di luahkan pelanggan mereka hadam dengan cermat.

Siapa kita ini, pasti bersedia untuk menerima teguran pelanggan walaupun situasi itu menunjukkan kita di pihak yang benar. Sabar & tarik nafas perlahan.

Seorang pelanggan yang benci dengan kita akan beritahu ramai orang lain. Biar kita mengalah. Ya. Biar kalah sekejap tapi menang lebih lama.

Jangan sesekali bergaduh dengan pelanggan. Masak & celaru emosi kita.

Ceo ingat satu ketika pernah kena komplen. Antara temubual kami berbunyi begini :

Pelanggan : Encik Samad!

Ceo : Assallammuallaikum . Apa khabar Tuan?

Pelanggan : Kepala hotak kor! Aku demam teruk lepas makan produk kor. Kor nak kasi aku mampos ke?

Ceo : Sabar Tuan. Saya setuju dengar Tuan punya marah. Minta jangan mencarut je. Boleh?

Pelanggan : Sabar otak kor. Aku nak duit balik.

Ceo : Duit boleh je. Saya beri penuh. Minta Tuan terangkan secara clear. Saya dengar. Duit saya bayar lepas kita letak phone.

Pelanggan : (Sedikit Cool Down). Aku nak tanya. Apasal aku demam lepas guna produk kor?

Ceo : Boleh saya bertanya? Lepas itu saya explain. Boleh? Jika tak terima penjelasan saya, saya gembira beri semua duit Tuan. Setuju?

Pelanggan : Baiklah. Aku setuju.

Ceo : Melihat rekod kami, ini botol ke3 Tuan beli. Betul?

Pelanggan : Betul.

Ceo : Apasal selepas botol ke3 baru demam? Jika produk ini buat Tuan demam, pasti dari awal lagi demam. Betul?

Pelanggan : Ntah. ( Ego sudah turun sedikit )

Ceo : Tuan 56 tahun kan. Adakah sebelum ini tidak pernah demam? Makan atau tidak produk ini, Tuan masih pernah demam. Adakah jika Tuan stop makan produk ini, Tuan yakin tidak demam di masa akan datang?

Pelanggan : Betul. Maaf. Baru aku ingat, aku kena hujan petang itu. Aku badan tak tahan. Hujan sedikit dah demam.

Ceo : Beri nombor akaun Tuan. Saya bayar sekarang.

Pelanggan : Ish. Tak yah. Produk ini aku rasa ok je. Hujung bulan ini aku nak order lagi.

Settle. Alhamdullillah. Beliau antara yang Ceo ingat komplen kaw-kaw. Nasib baik Ceo Jemaah Kopi Satu. Kami di didik untuk beri telinga untuk di kritik.

Walaupun kita bisnes dari rumah & size bisnes yang kecil, kita mesti bersedia dari awal. Listkan apa jua kekurangan bisnes atau produk kita supaya kita bersedia dengan jawapan. Siapa lagi yang beli jika bukan pelanggan?

Antara Kehebatan Komplen :
1: Kita dapat maklum balas.
2:Tahap kesabaran meningkat.
3: Menjadikan kita lebih kuat & matang.
4 : Kita sudah dapat pengalaman baru.
5: Ini proses jemput kejayaan &kekayaan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada penulis & seluruh pembaca status ini. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Ps: Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan.
       

20150121

SIMPAN SETIAP HARI UNTUK DILUPAKAN.


Salah satu homework untuk Usahawan Jemaah Kopi Satu. Group Bisnes Dari Rumah adalah menyimpan setiap hari untuk di lupakan. Ada yang berjaya & ada yang masih memberi alasan untuk tangguhkan buat aktiviti ini.

Antara contoh alasan yang popular :
1 : Ketakutan kurang duit untuk berbelanja.
2 : Rasa tidak yakin untuk bermula.
3 : Tidak mahu ubah sikap.
4: Tunggu ada duit banyak baru mula.
5 : Malas untuk pergi bank.
6 : 24 jam masa yang ada tidak cukup.
7: Pendapatan bulanan. Mana boleh.
8 : Rasa macam kelihatan poyo je simpan rm10 sehari.
9: Malu nak pergi simpan sebab sikit.
10 : Masih menanti teknik lain yang lebih untuk kaya.

Pelbagai alasan boleh di berikan. Takde masalah pun. Alasan mudah & free. Tiada paksaan pun. Ini simpan dalam akaun sendiri. Bukan akaun bank orang lain.

Pelik bin Ajaib. Belanja boleh setiap hari tapi simpan gagal.

Perkara paling susah nak ubah adalah rutin harian. Tapi rutin ini mesti di ubah & boleh berubah andai nak keputusan berbeza. Gila apa tanam pokok pisang tapi harapkan durian Musang King.

Gambar yang di kongsi adalah homework yang di lakukan salah seorang Jemaah Kopi Satu.Beliau bersungguh-sungguh & berdisiplin. Mudah jika nak, susah kalau tak mahu. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

# Siapa buat, dia yang dapat.
         

PELABURAN TERBAIK.

20150120

TIP BISNES DARI RUMAH: PESANAN UNTUK NEWBIE.

 
Tip di bawah bukanlah jaminan untuk kita berjaya & kaya raya dari bisnes yang pertama tapi kita boleh bermula dengan langkah kanan. At least ada tip bagaimana nak mulakan tindakan awal.
Ceo berkongsi supaya boleh mengurangkan cukai ' stupid ' sebagai ahli baru bisnes. Belum ada lagi senarai nama Usahawan berstatus Jutawan lahir dari perniagaan yang pertama. Mari Ceo kongsi:
1 : Mulakan bisnes kecil dahulu & beroperasi dari rumah. Jadikan rumah kita sebagai pejabat perniagaan kita. Tak berdosa pun. Buat apa bazirkan sewa kedai yang tinggi untuk kayakan pemilik kedai tersebut. Bajet sewa kita laburkan di dalam iklan kita. Duit sewa kedai hangus tapi perlaburan dalam iklan boleh gandakan untung. Bisnes mesti nak untung bukan nak glamour.

2 : Jangan buat produk sendiri dahulu. Berada di dalam bidang production amat penat & hasil ciput. Kita hilang banyak masa tetapi hasil cukup makan. Mazhab bisnes kecil dari rumah bukan begitu. Kita pilih produk orang lain yang laku & margin tinggi. Minima pilih rm30 margin. Jual produk orang juga sebagai latihan untuk kita upgrade skil jualan. Sebarang komplen tidak peningkan kepala sebab bukan kita yang buat produk. Di sini kita ada kuasa mutlak produk apa nak kita niagakan. Pilih guna mesin kira -kira bukan guna emosi.

3 : Jika ada produk yang di pilih,boleh mulakan langkah ini.Rekemen bermula satu produk dahulu. Jangan lebih 3 produk. Modal juga pasti bertambah. Kos lain juga. Fokus untuk dapatkan jualan sepantas mungkin. Roi mesti laju untuk dapatkan semula modal. Mohon restu dari pasangan. Minta mereka doakan. Call juga kedua ibubapa. Mohon maaf & mohon restu juga. Sediakan skrip doa untuk mereka juga. Jangan skrip biasa :

'Mak, doakan saya berjaya ya'. Ubah skrip ini. Terlalu general.
'Mak doakan saya berjaya jual 1,000 pek Extend Gel sebulan'. Skrip ini boleh kaya. Tugas kita usaha & buat sebaik mungkin.

4 : Adjust niat kita. Jemaah Kopi Satu berbeza. Niat bisnes kami'
Sahaja Aku Berniaga Hari Ini Untuk Membantu Ramai Pelanggan Melalui Manfaat Produk Atau Servis Yang Aku Tawarkan Kerana ALLAH Taala '. Aamin.
Kan seronok bila niat bisnes dah betul. Hafal & baca setiap hari. Hadam & buat.

5: Ilmu duit mesti dapatkan. Kegagalan urus duit adalah sebahagian besar sebab kenapa bisnes rugi & bungkus. Kita mulakan bisnes kecil dahulu. Belajar urus bisnes Rm1ribu dahulu sebelum menguasai bisnes rm10 ribu. Simpan sebahagian untung untuk di lupakan. Biarkan duit berada lebih lama dalam jagaan kita. Duit warna purple sangat setia kepada Tuannya yang simpan lebih lama. Modal mesti di kembangkan peringkat awal. Jangan stok habis, duit pun habis.

Ps : Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Nak tahu lebih lanjut , datang program beliau. Jika nasib baik, Mem Besar masak ikan patin tempoyak & sambal petai. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!
          

20150118

UBAH DENGAN BISNES.


Bismillah. Mentor Bisnesku Berkata : ' Di Dalam Dunia Perniagaan, Ada Peluang Untuk Kita Mengubah Diri Sendiri, Keluarga & Generasi Seterusnya Ke Arah Lebih Baik '. Ceo setuju. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Ps : Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. 
           

20150117

TIP BISNES DARI RUMAH: NAMA SYARIKAT.

 
Majoriti Usahawan yang baru hendak bermula bisnes agak sukar untuk memilih nama syarikat mereka. Lantas akibat tunda & anggap tidak penting untuk daftarkan syarikat di Ssm, ramai yang memilih berniaga tanpa nama.Hatta bertahun bisnes tersebut. Kita jangan ikut mereka biar pun bisnes kita kecil dari rumah.

Bagaimana nak berjaya dalam bisnes jika nak fikir nama syarikat sendiri pun gagal. Biarkan mereka, kita berbeza. Mazhab bisnes dari rumah mesti daftarkan syarikat di Ssm. Ini ada beberapa tip untuk pilih nama syarikat.

Nama jangan terlalu panjang. Cari yang ringkas tetapi orang lain faham bisnes yang kita jalankan. Ada beberapa kelebihan nama syarikat yang pendek & simple.

1 : Senang & jimat masa ketika isi pelbagai borang.
2 : Mudah orang lain nak ingat.
3 : Tidak guna ruang yang panjang jika nak tulis atas cek.
4 : Boleh guna domain website sama dengan nama syarikat. Branding bagus.
5: Senang nak design logo syarikat.
6 : Boleh buat name card bisnes.

Jangan pilih nama syarikat mengikut emosi sendiri sahaja.Boleh rujuk dahulu kepada kenalan atau Pakar Bisnes. Tulis dahulu dari awal sebelum mendaftarkan. Nama Syarikat Bisnes yang hebat, melambangkan pemilik syarikat bukan calang-calang. Lagi bagus domain website rasmi sama dengan nama syarikat. Ini bonus. Jika membuat persediaan awal, bonus ini pasti kita bolot. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Ps : Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. 
       

20150116

AKTIVITI BISNES.

20150115

WORK HARD ATAU WORK SMART?



Bismillah. Mentorku Bisnesku Berpesan, ' Work hard sebagai permulaan supaya mendapatkan pengalaman untuk menjadi Usahawan work smart'. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 

Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. 
           

20150114

TULIS KEBURUKAN BISNES.


Mentor Bisnesku Berpesan, 'Setiap Perniagaan Mesti Ada Keburukan. Tuliskan Di atas Kertas Supaya:

1:  Boleh Bersedia Menjawab Bantahan.
2 : Boleh Perbaiki.
3 : Boleh Berhenti & Mulakan Bisnes Baru.'

In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Ps : Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan.
     

20150112

TIP BISNES DARI RUMAH: KEWANGAN & BISNES.


Berbelanja adalah satu tabiat secara automatik dari kecil. Memang seronok terima duit dari ibubapa sewaktu sekolah kebangsaan. Dapat duit & belanja adalah perkara normal sejak dahulu.

Bisnes & bekerja untuk mencari sejumlah wang juga adalah rutin harian. Tapi sayang, majoriti mencari wang untuk membayar hutang & berbelanja secara suka hati. Jarang untuk bayar diri sendiri dahulu. Bagaimana hutang apabila kecil menjadi kawan & apabila semakin besar menjadi Tuan Besar kepada yang berhutang.

Sebagai Usahawan dari rumah, jangan mudah berhutang & mudah beri hutang. Ini mazhab bisnes dari rumah.

Berhutang umpama kita menggunakan duit akan datang yang belum pasti kita terima. Antara contoh :
1: Kad kredit. Guna maksima, bayar minima adalah teknik yang di sayangi bank. Akhirnya kita merana dengan tambahan interest yang bertambah setiap bulan.

2 : Personal loan. Setiap amaun yang kita pinjam, pasti kita membayar extra. Ini juga pasti mencekik leher dalam tempoh yang panjang. Over leap pun sangat di sayangi bank. Bank bertambah kaya. Kita cepat kayap.

3 : Meminjam dengan kawan juga salah satu cara gunakan duit yang belum kita terima. Walaupun ini baik sedikit dari 2 contoh terawal tapi berhati-hati. Andai kata gagal tunai janji untuk membayar, kawan baik dari kecil bertukar musuh paling utama. Malah musuh yang tahu segala hal tentang kita kerana kenal dari bangku sekolah lagi.

Hutang tidak datang sendiri. Hutang kita sendiri yang jemput. Jadi kita yang mesti bertanggungjawab dengan jumlah hutang yang terkumpul.

Tabiat berbelanja kita mesti ubah. Kali ini, bayar kita dahulu. Simpan lebih lama setiap kali terima duit. Bila ada transaksi yang bakal di terima , ubah cara berfikir. Jangan plan nak belanja, tapi plan nak simpan. Cari duit untuk di simpan. Cari bersungguh-sungguh. Simpan kaw-kaw.

Memang sukar pada peringkat awal. Tapi kita mesti berubah. Ilmu kewangan mesti kita kuasai. Ianya boleh di pelajari. Ilmu kekayaan sudah lama kita tahu. Cuma tak nak bermula je. Nak bermula dengan angka besar & malu nak start angka kecil.

Ilmu Kekayaan.
••••••••••••••••••••
Simpan rm10 hari ini, sudah menjadikan kita kaya rm10 dari semalam.

Mudahnya. Sebab mudahlah ramai tak nak mula & buat. Pelik bin Ajaib. Kita boleh berbelanja setiap hari tapi tak boleh simpan setiap hari. Bila berbelanja duit tidak kembali, simpan tetap kekal bersama kita. Akhir kata, sentiasa tanam dalam minda & amalkan. ' JANGAN Belanja Lebih Dari Yang Kita Dapat '. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Ps: Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. 
    

20150111

TINGGALKAN EMOSI SERONOK.

20150110

PROGRAM TERBARU 2015 (PINNED POST)

Klik imej untuk zoom.

Lokasi program: Damansara Damai, Petaling Jaya.
          

20150109

DIARI "PAKAR PERGI SEMINAR".


January 2014: Hadir ke seminar 'Bagaimana Kenal Diri Dengan Mendalam'. Yuran: Rm1,000.

February 2014: Daftar & bayar yuran rm500 ke seminar ' Bagaimana Nak Pukau Pelanggan Dengan Penampilan '.

Mac 2014 : Daftar program ' Meeting Sehingga Lewat Malam Boleh Jadi Jutawan Dengan Kacang '. Bayar rm2,500.

April 2014 : Pergi ke program ' Francise Terbaik Abad Ini '. Bayar guna kad kredit rm800.

May 2014 : Tunjuk muka & bayar dalam program ' Bisnes Tanpa Modal, Tak Perlu Jumpa Orang & Tak Perlu Ada Stok Boleh Kaya'. Modal nak dengar rm700.

June : Bersemangat hadir untuk program ' Mudahnya Untuk Jadi Jutawan Hartanah '. Yuran untuk duduk depan rm1500.

July 2014 : Datang awal ke program ' Jutawan Logam Keluli. Beli Masa Murah, Jual Masa Mahal'. Yuran pun murah. Rm,2000 je.

August 2014 : Datang bersama jiran ke program ' Masak 20 Jenis Lauk Dalam Tempoh 15 Minit '. Yuran untuk lauk Rm250.

September 2014 : Di jemput kawan baik ke Seminar 'Jutawan Ikan Keli. Bayar & Tunggu '. Kena balik awal walaupun dah bayar rm600. Isteri call suruh beli ikan keli kat pasaran.

October 2014 : Berkobar-Kobar di barisan depan di seminar ' Senangnya Menjadi Usahawan Sebagai Pemborong Luar Negara '. Duit di borong rm1500.

November 2014: Tidak tidur malam untuk pergi ke Seminar ' Marketing Super Power. 100 Teknik Pemasaran Yang Berkesan '.Hilang rm500 dengan sengaja untuk bayar kehadiran.

Disember 2014 : Batalkan percutian bersama keluarga sebab dapat tiket diskaun untuk ke program ' Bagaimana Hilangkan Gemuruh Bila Bertemu Pelanggan '. Nilai rm yang mesti di bayar selepas diskaun rm750.

January 2015 hidup macam biasa. Pada awal pagi, terjumpa Cikgu stylo sedang mengopi seorang diri.

Cikgu : Dah ada nama syarikat nak daftar?
Pakar : Err.Belum. Tak tahu nak bisnes apa. Tiada idea.
Cikgu : Idea free je.
Pakar : Adoi. Kena rotan aku.

Tamat.

20150108

KISAH SEDEKAH.


Dua minggu lepas Ceo bersama 10 Usahawan Truetech Group bercuti ke Vietnam. Kami pergi untuk meninjau strategi bisnes marketing mereka. Apa yang baik, kami apply terus dalam bisnes kami. Ceo teruja dengan teknik yang mereka guna dalam peperangan menentang tentera USA. Walaupun Usa dibekalkan dengan kelengkapan perang paling canggih pun masih gagal untuk melumpuhkan tentera Viet Cong. Selama 30 tahun. Ya. 30 tahun masa yang sangat lama. Semangat juang yang ini memberi satu suntikan motivasi kepada Ceo. Mereka gigih untuk bangkit. Tiada sekolah percuma. Tiada brim, trim, krim atau sebarang bentuk bantuan dari kerajaan. Mereka berdikari sendiri tanpa tongkat.

Dipendekkan cerita, kami lunch disebuah Masjid disana. Golongan Muslim sangat kecil. Kedai makan tersebut betul-betul sebelah masjid. Hidangan kari ikan memang enak & lazat. Sesuai dengan tekak Banjar Ceo. Selepas sahaja makan, Ceo nampak tabung derma sebelah meja. Terlintas untuk menyumbang. Sebelum syaitan berbisik untuk menghalang, Ceo ambil sehelai note 200ribu Dong @ Rm34 untuk didermakan. Duduk sahaja, terus terima sms pertanyaan sebut harga produk terlaris. Prospek bernama Tuan Ashamadi dari Miri, Sarawak. Setelah membalas sms tersebut, Ceo terima sekali lagi sms tentang pembayaran sudah pun dilakukan. Transaksi berlaku dengan amat mudah. Dalam tempoh 15minit sahaja, ALLAH gandakan 35 kali ganda. Alhamdullilah. Duit Rm1,200 sudah berada di akaun Ceo.

Mudahnya menjemput rezeki dengan bersedekah.Tak payah tunggu kaya baru buat. Tak perlu jadi Jutawan dahulu baru dermawan. Tak yah disuruh-suruh. Sentiasa jadi sukarela tangan diatas. Setiap kali setiap hari.

Ingat, rezeki mesti dikongsi bukan untuk dimonopoli. Amin. He2 Kopi satu!
 

20150107

SECEBIS MOTIVASI UNTUK JEMAAH KOPI SATU.

20150105

PRODUK PREMIUM BISNES DARI RUMAH.


20150102

PANTUN JEMAAH KOPI SATU.



Tahun baru sudah di kira,
Bergerak pantas tidak menanti,
Bisnes kecil sudah bermula,
Biar betul dari awal lagi.

Homework Usahawan sudah di serahkan,
Untuk Jemaah Kopi Satu,
Simpan setiap hari untuk di lupakan,
Baca buku seminggu satu.

Esok bank mula beroperasi,
Majoriti semua update ASB,
Jemaah simpan setiap hari,
Usaha murni menjadi testimoni.

Sorong papan tarik papan,
Kayuh perlahan bersama joran,
Mereka berebut keluarkan perlaburan,
Jemaah ketagih untuk menyimpan.

Bermula kecil dari rumah,
Ini mazhab bisnes kami,
Semangat kami sentiasa bertambah,
Sebab di rotan setiap hari.

Sebelum pantun ini tamat,
Jangan lupa niat berniaga ,
Bisnes kecil tapi hebat,
Kejayaan di jemput dengan berusaha.

In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Ps:Pantun ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan.