20151231

MASALAH VS HASIL

' Masalah Yang Kita Hadapi Sekarang Bukan Masalah Sebenarnya. Ianya Adalah HASIL Apa Yang Kita Buat Dahulu '.

Sebagai contoh adalah hutang. Hutang tak datang sendiri. Kita yang memilih untuk berhutang. Faham ya. He2 kopi satu!

# Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. 
             

20151230

KUAT BERUSAHA


' Tak Perlu Sangat Menjadi Pandai. Lebih Baik Kuat Berusaha '.

Untuk kuat berusaha tak perlu menjadi pandai dahulu. Kuat berusaha, lama-lama pandai juga. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
        

20151228

CABARAN USAHAWANITA


Bismillah

' Cabaran Paling Besar Seorang Usahawanita Adalah Restu & Sokongan Pasangan '.

Adakalanya suami tak melihat apa pasangan mereka nampak. Berbincang cara baik-baik ya. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
  

20151227

DERMAWAN VS JUTAWAN

 
Bismillah

' Dermawan Lebih Bernilai Dari Jutawan '.

Tak perlu jadi Jutawan dahulu untuk menjadi dermawan, tapi jadi dermawan dahulu supaya lebih pantas untuk menjadi Jutawan. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
     

20151226

USAHA


Bismillah

' Usahawan Yang Di Labelkan Sudah Berjaya Pun Masih Berusaha Apatah Lagi Usahawan Yang Masih Hijau '.

Jangan putus asa ketika sedang berusaha. Kegagalan memberi ilmu mahal. Pengalaman adalah cikgu terbaik. Sesungguhnya berusaha itu adalah proses sepanjang hayat. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
 

20151225

PUSINGAN KEKAYAAN



Penjual

Kayakan pembekal dahulu.

Pembekal

Kayakan pengilang dahulu.

Pengilang


Kayakan pekerja dahulu.

Pekerja

Kayakan penjual dahulu.

Niatkan sahaja setiap sen yang di belanjakan membantu orang lain juga. Boleh boleh? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
 

20151223

2 PERKARA UNTUK KAYA


Bismillah

2 PERKARA UNTUK KAYA

1 : Cipta sebab untuk orang lain membayar kita.

2: Bayar diri sendiri dahulu setiap hari.

# Ceo berada di sini atas sebab nombor satu. Jadikan produk Men Serum sebagai asbab orang lain membayar kita. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
  

20151216

1000 PEK


Bismillah NEW RECORD Alhamdullillah. Berjaya close deal untuk 1,000 pek Men Serum. Cerita kejayaan ini untuk di...
Posted by Ceo Samad Kinto on Tuesday, December 15, 2015

20151214

BUKU CEO DI MARANG


Bismillah BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA MARANG, TERENGGANU. Boleh hubungi Puan Fathiah AB untuk mendapatkan buku...
Posted by Ceo Samad Kinto on Sunday, December 13, 2015

20151212

MENUNGGU ATAU BERTINDAK?


Bismillah.
' Perkara Yang Baik Datang Kepada Orang Baik Yang Menunggu, Perkara Hebat Hadir Kepada Mereka Bertindak & Mencari '. 
 In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

20151207

TURNING POINT


Bismillah KISAH TURNING POINT Tulisan adalah berasaskan kisah benar. Setiap cerita kepayahan terselit kebaikan di...
Posted by Ceo Samad Kinto on Tuesday, December 8, 2015

20151206

TIP MOTIVASI

https://scontent-kul1-1.xx.fbcdn.net/hphotos-xap1/v/t1.0-9/s720x720/12311181_10205131005574307_1090450579281035363_n.jpg?oh=f8739d1f883ea508110ebf8d908161ae&oe=56EE36D7

Usahawan yang berjaya adalah mereka yang nak di ajar & belajar. Mereka belajar untuk boleh mengajar kelak. Boleh?

In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!
   

20151205

TIP UNTUK NEWBIE

https://fbcdn-photos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/v/t1.0-0/p526x296/12316271_10205129729262400_6350813073187803847_n.jpg?oh=f9ed97ad56134b9959c352c6be9cf3b6&oe=5721A81A&__gda__=1458600609_404140694ab617d2949b601b552a4ff2

Bismillah. 5 Langkah Bagaimana Nak Bernetworking Dengan Usahawan Yang Berjaya.

1 : Hadirkan diri ke program atau seminar mereka. Jika mampu, hadir lebih dari sekali.

2: Jadi murid yang aktif dalam program tersebut. Banyak bertanya soalan.

3: Baca buku yang mereka terbitkan. Kongsi ilmu setelah membaca.

4: Pm mereka. Kenalkan diri. Tunjuk kesungguhan untuk menjadi friend. Jangan add friend & tunggu untuk di appove. Taip ejaan penuh dan guna muka sebenar.

5: Sentiasa like & komen yang bernas di wall mereka. Apabila nama anda sentiasa kelihatan, pasti lebih di ingati oleh mereka. Bina hubungan dengan mereka dahulu.

Usahawan yang hebat mempunyai ramai kawan. Ruangan media social seperti Fb memudahkan kita kenal siapa mereka yang berjaya untuk kita follow.

Mulakan 5 langkah ini untuk tambah ahli rangkaian kawan kita. Tak kan rugi mempunyai kawan yang ramai. Kawan semua orang tapi rapat dengan yang berjaya. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
           

20151204

BISNES & RUGI



Bismillah.

' Bisnes Jika Tak Pernah Rugi Bukan Bisnes Namanya'. 

Faham ke faham? He2 kopi satu!

# Jangan Pandang Hina Kegagalan Usahawan Lain Kerana Kita Tidak Tahu Nasib Mereka Di Masa Depan.
  

20151203

10 PERKARA YANG MESTI DI LAKUKAN SEBELUM HADIR BILIK PROGRAM

 

Pakaian
Sediakan pakaian yang hendak di pakai satu hari lebih awal. Pastikan bersih & siap sudah berseterika.

Lokasi
Pastikan lokasi program lebih awal. Ini mengelakkan sesat & buang masa ketika memandu.

● Bayaran
Selesaikan bayaran sebelum kelas bermula. Penganjur mesti sayang peserta sebegini.

● Buku & Pen
Bawa pen & buku untuk salin ilmu. Pen bawa lebih. Ini langkah terbaik jika pen kering dakwat.

● Air Minuman
Bawa sebotol air minuman. Ini membantu badan kita lebih segar untuk mengikuti perjalanan program.

● Datang Awal
Rancang perjalanan untuk datang 15-30 minit lebih awal. Biasakan sebegini untuk lain-lain urusan.

Duduk Depan
Mesti pilih berada di barisan depan. Ini membantu lebih mudah hadam ilmu & speaker lebih mudah mengenali peserta.

Sediakan Soalan
Prepare soalan lebih awal. Jangan malu untuk bertanya. Satu soalan yang baik pasti mendapat ilmu yang bagus.

● Bau Badan
Jaga bau badan. Invest sedikit duit untuk wangi. Pastikan bau mulut segar & harum . Kunyah gula-gula jika perlu.

Kad Nama
Jangan lupa bawa kad nama. Boleh bernetworking dengan speaker & peserta yang lain.

# Perkongsian tip ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. He2 kopi satu!
 

20151202

PESAING & PELANGGAN


Persaingan wujud di pelusuk dunia perniagaan. Blue ocean boleh menjadi red ocean sekelip mata. Ini adalah realiti sebenar planet bisnes.

Andai kita view persaingan itu secara buruk, pasti buruk yang kita dapat. Andai sebaliknya, adanya persaingan itu menjadikan lebih kreatif, kuat berusaha & semakin bijak.

Bukan kuasa kita untuk pantau pesaing. Kita tidak boleh kawal mereka. Apa yang kita boleh buat adalah berusaha untuk mengekalkan pelanggan yang sedia ada & tingkatkan pelanggan baru setiap masa.

Jangan bazirkan tenaga & detik untuk burukkan pesaing. Ini tidak ideal untuk semua level bisnes termasuk bisnes dari rumah.

Pedulikan tentang pesaing tetapi upgradekan diri, ilmu & tindakan untuk pelanggan. Tanpa pelanggan, bisnes tak kemana. Hargai mereka. Nilai mereka sangat mahal. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!
        

20151201

5 PERKARA BUAT PELANGGAN SUKA


● Pujian
Pelanggan adalah manusia yang beremosi. Gembirakan emosi mereka dengan pujian yang ikhlas. Cari poin untuk memuji. Perkara kecil ini memberi pulangan besar nanti.

● Ucapkan Terima Kasih
Jadikan tabiat terima kasih sebagai latihan sepanjang hayat. Bukan sahaja kepada pelanggan malahan kepada orang sekeliling kita termasuk anak-anak kecil. Ini mesti kita buat sebagai memuliakan orang lain.

● Respon Pantas
Jangan lewat menjawab segala pertanyaan pelanggan. Jika lewat, minta maaf. Apatah lagi pelanggan yang sudah bankin duit ke akaun. Perangai yang suka lengahkan ini boleh membuat pelanggan lari & tidak mahu berurusan dengan kita lagi. Lebih teruk, mereka bercerita kepada orang lain.

● Datang Awal
Jangan biarkan pelanggan menunggu. Biar kita lebih awal dari mereka. Kita mungkin boleh bazirkan masa kita tapi jangan bazirkan masa orang lain. Ini tidak bagus untuk bisnes dalam jangka panjang. Amalkan datang awal di setiap temu janji . Bisnes boleh pergi lebih jauh.

● Jangan Busy Depan Pelanggan
Silentkan hand phone ketika berada depan pelanggan. Fokus pada mereka seketika. Beri tumpuan sepenuhnya. Ini membuat mereka suka dengan kita & kekal lebih lama untuk berurusniaga.

Tip ini percuma tanpa sebarang kos. Sebagai Usahawan, kita yang mengemudi perjalanan bisnes kita. Persaingan dunia bisnes sebenar sengit & mencabar.

Sedikit berbeza boleh membuat pelanggan memilih kita untuk menyerahkan duit mereka. Pelanggan juga mempunyai hak untuk pergi ke Usahawan lain. Hargai pelanggan kita. Tanpa mereka, kita pasti terbungkam gagal.

Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. He2 kopi satu! 
             

20151130

RAHSIA KALIS POKAI

 
Bismillah. Amalkan segera undang-undang ini, pasti boleh merawat ekonomi sendiri, keluarga & masa depan. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

# Boss yang baik adalah Boss yang suka berkongsi ilmu.
          

20151129

PROGRAM BAKI 2015


Bismillah AKTIVITI NETWORKINGAlhamdullillah. Ceo di pinang oleh Tuan Muda Firdaus Yasin untuk berkongsi dengan...
Posted by Ceo Samad Kinto on Tuesday, December 1, 2015

20151127

ALASAN & TINDAKAN

ALASAN.
Alasan adalah percuma & sentiasa ada. Sikap suka memberi alasan akan menangguhkan beberapa perkara yang sepatutnya di lakukan untuk berjaya.

Mengikut kajian, sikap ini adalah punca terbesar untuk gagal. Tiada hasil yang besar andai sikap suka beralasan ini masih kekal di jiwa.

TINDAKAN

Setiap hasil mesti di mulakan dengan tindakan. Begitu juga dengan perniagaan. Kejayaan sesebuah bisnes amat tergantung pada tindakan Usahawan itu sendiri.

Sikit tindakan, sikit hasil. Slow tindakan, slow juga hasil. Takde tindakan, takdelah hasil.

Jadi, lajukan & besarkan tindakan untuk kejayaan pantas & hasil yang besar. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

# Boss yang baik adalah Boss yang suka bertindak dengan pantas. 
        

20151126

5 PERKARA SEBELUM JUMPA PELANGGAN


Datang Awal
● Sentiasa amalkan datang awal. On time bermaksud datang lebih awal sebelum waktunya. Biasakan 15 minit lebih awal. Kita di anggap biasa-biasa andai pelanggan lebih awal sampai.

Duit Tukar
● Sediakan duit tukar. Ramai Usahawan terlepas pandang perkara ini. Kelam kabut depan pelanggan tidak bagus untuk bisnes. Remeh tapi penting.

Paper Bag
● Sediakan bajet untuk tempah paper bag yang terpampang logo syarikat kita. Jika masih belum mampu, beli plastik beg yang bercorak. Elakkan guna plastik biasa. Pelanggan adalah King.

Beri Peringatan
● Hubungi semula pelanggan sebelum bertolak. Beri juga jumlah nilai yang mesti mereka sediakan. Ada kes pelanggan terlupa. Jangan malu untuk buat perkara ini.

Belanja Makan
● Sentiasa seronok berada tangan di atas. Jangan lepaskan peluang belanja pelanggan. Tanpa mereka, bisnes tak kemana. Belum ada Usahawan yang miskin jika belanja pelanggan. Amalkan petua ini.

Usahawan yang bersedia mampu pergi lebih jauh. Pelanggan yang suka pasti rekemen kepada orang lain. Jadikan kategori Usahawan yang di percayai. Kita mampu lakukan. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!
  

20151125

BAGAIMANA NAK MENJADI PELANGGAN YANG BERKUALITI


● Sokong
Apabila adik beradik atau rakan terdekat mulakan bisnes pertama mereka, kita mesti beli. Andai tidak beli pun,beri kata-kata semangat. Ini sebagai sokongan peribadi menyuntik motivasi. Pasti mereka gembira & ingat kita lebih lama.

● Jangan Tawar
Jangan ambil kesempatan kepada mereka. Jangan pula kita menawar untuk minta harga diskaun. Sangat kejam jika minta free. Mereka baru nak bernafas , sokongan kita di perlukan di sini.

● Bayar Extra
Tidak ramai amalkan petua ini. Sentiasa bayar extra di setiap urusan jual beli produk atau servis. Amalan ini memberi nilai tambah & menjadikan kita sebagai pelanggan paling bernilai.

Ceo sendiri pernah di bayar extra rm80 dari pelanggan. Terasa sangat seronok & ingat beliau sampai bila-bila.

● Puji
Jangan kedekut untuk memuji peniaga. Kita selalu di ajar memuliakan pelanggan. Kita juga sebagai pelanggan bisnes orang lain.

Apa salahnya memuliakan & memuji peniaga. Skil ini mesti praktikkan. Biar mereka senyum sampai telinga.

● Jangan Komplen
Buang sikap ini. Adakalanya komplen boleh bunuh semangat peniaga baru. Ramai newbie gugur akibat di komplen.

Sebagai pelanggan paling bernilai, kita jangan lakukan ini. Tugas kita bantu mereka. Jika kita ingin sangat nak komplen, pilihlah untuk membina bukan menjatuhkan.

# Perkongsian tip ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. He2 kopi satu! 
       

20151117

DARI UNIVERSITI JALANAN KE PLANET JUTAWAN


Bismillah EJEN BUKUBuku ini di terbitkan khas untuk newbie dalam bisnes atau mereka yang nak mulakan bisnes kecil...
Posted by Ceo Samad Kinto on Monday, November 16, 2015

20150930

CABARAN PALING BESAR.


Bismillah. Mentorku Berpesan,

'Cabaran Paling Besar Sebuah Kejayaan Adalah Mengekalkan Kejayaan Itu Sendiri. Tahun Lepas Hot Seat, Tahun Mendatang Belum Tentu. Sekarang Tengah Laku, Akan Datang Tak Tahu '.

# Kejayaan sebenar adalah di mana kita berakhir. Bukan dari mana bermula. Lakukan yang terbaik hari ini, pasti dapat yang terbaik akan datang. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
              

20150922

HUTANG


Hutang wajib di bayar samada status syarikat kita Enterprise, Plt, Sdn.Bhd. atau tak ada syarikat. Samada masih hidup atau dah meninggal dunia.

Jangan bangga dengan status Sdn.Bhd., tapi hutang tak boleh bayar. Biar syarikat Enterprise tapi pandai urus kewangan.

Pesanan untuk diri sendiri & pembaca status ini. Jadilah pembayar hutang yang extreme. In Shaa ALLAH. Aamin. kopi satu! 
               

20150920

JIMAT TAPI MERUGIKAN


Berjimat cermat adalah amalan mulia. Ini adalah pesanan popular zaman berzaman. Tapi di dalam dunia bisnes sebenar, jangan tersalah pilih untuk bajet jimat.

Paling di takuti kita percaya, perkara yang salah, kita yakin betul. Ceo kongsi 5 perkara tersebut.

● Ilmu

Kita hendak jimat masa & duit untuk invest ilmu. Belum ada Usahawan yang berjaya tanpa ilmu. Newbie jangan terlalu kemut keluarkan sejumlah wang untuk invest ilmu yang kita tidak ada.

Ilmu percuma boleh hadir dengan bertanya soalan. Ilmu yang murah tapi berbaloi adalah dengan membaca buku. Ini mesti kita buat sebagai amalan. Ilmu boleh juga hadir dengan pergi daftarkan diri ke program ilmu.

Mesti pilih Mentor anda. Bagaimana nak ada six pack jika pilih guru senaman yang boroi. Silap pilih, kita sesat nanti.

Kejayaan ada kos melibatkan tunai yang mesti di bayar. Kejayaan tidak terjadi dalam mimpi. Sediakan bajet untuk labur dalam ilmu. Perlaburan terbaik di dunia adalah invest dalam ilmu kebaikan & sedekah.

● Penampilan

Usahawan yang nak berjaya mesti bijak berpenampilan. Lainlah jika dah berjuta duit di akaun.

Ada Usahawan berjimat habis untuk tidak beli pakaian baru. Kononnya nak berjimat. Andai kita sentiasa kelihatan memakai baju yang sama bertahun- tahun, ini memberi mesej negatif tanpa kita sedar.

Jika pesaing mempunyai kekuatan yang sama, penampilan yang baik, boleh membantu kita selangkah di depan.

● Iklan

Cuba kita perhatikan, syarikat gergasi setiap hari iklankan produk mereka. Kos iklan mereka beratus ribu malah berjuta mereka gunakan.

Mereka tahu, stop sahaja iklan, jumlah jualan mesti menurun. Kita follow je strategi mereka. Sediakan juga bajet untuk iklan.

Jumlah bajet, mesti di adakan, malahan mesti berganda dari nilai produk bisnes kita. Tanpa bajet iklan, tiada siapa yang tahu ujud produk terbaik kita. Esok lusa, kita menangis bersama produk di sisi.

● Perkakas

Andai kita Usahawan jalanan, perkakas kita mesti sentiasa kelihatan bersih & baru.

Contoh: Payung & apron. Jangan biarkan bocor, kotor & berbau busuk. Jika ini berlaku, pelanggan akan melihat bisnes kita tak maju. Malah, besar kemungkinan mereka pergi ke pesaing. Jimat sejemput, rugi besar.

Jangan biarkan perkara ini berlaku. Beri yang terbaik untuk pelanggan kita.

● Sedekah

Jangan berkira bab ini. Perlaburan kalis rugi adalah sedekah. Di dunia malah di akhirat kelak. Besarkan nilai sedekah tersebut.

Sedekah besar dengan iklas lebih baik. Malah, sentiasa gandakan nilai tersebut. Buat awal pagi setiap hari. Jika buat selalu dengan yakin, rezeki di deraskan.

Malah kita bakal menerima berganda. Biasakan berada tangan di atas. Setiap kali & masa. Magik pasti berlaku. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

# Perkongsian ini di taip oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Beliau juga bisnes Men Serum. 
               

20150815

IKLAN MAJALAH PENGANTIN.


Bismillah. Aktiviti Bisnes. •••••••••••••••••••Alhamdullillah. Iklan produk premium kami Men Serum Truetech Secret...
Posted by Ceo Samad Kinto on Thursday, August 13, 2015

20150811

CORETAN UNTUK NEWBIE.


Disetiap catatan kejayaan Usahawan, pasti mereka pernah lalui peristiwa pahit & cabaran berliku. Pahit adalah ubat untuk menikmati kemanisan kejayaan & kekayaan.

Nakhoda cekap & mahir tidak lahir dengan sendiri. Mereka di bentuk di lautan yang bergelora & ganas. Nakhoda yang paling selamat adalah hanya parking di persisiran pantai sahaja. Selamat tapi tidak berguna.

Jika sekarang masih di fasa awal, jangan di jaja kesedihan & kesusahan itu. Simpan untuk di ceritakan sebagai motivasi kepada yang lain bila sudah berada di level kejayaan. Kepahitan hari ini adalah ubat untuk kesenangan akan datang.

Buat usaha dalam senyap, biar kejayaan berkokok sendiri. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Pesanan ringkas ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Beliau juga bisnes Men Serum Truetech Secret.
           
     

20150810

5 SEBAB MENGAPA MESTI MENYIMPAN SETIAP HARI.



1: Kepercayaan
••••••••••••••••••••
Membina kepercayaan memerlukan masa yang panjang. Tapi boleh roboh dalam sekelip mata. Oleh itu, andai kita boleh menyimpan duit setiap hari & lupakan secara konsisten, kita sudah mula mendapat kepercayaan orang lain. Sangat mudah untuk close deal andai kita guna teknik ini.
Walaupun naik kapcai buruk tetapi buku perlaburan yang menunjukkan angka 6 digit yang di simpan setiap hari sangat membantu. Cakap semua orang lain boleh sembang.
Ceo kenal seorang ini, beliau guna teknik ini untuk membina kepercayaan. Orangnya bermisai & ada janggut. Stylo juga. Beliau ada lesung pipit & bisnes dari rumah. Jika ada masa Ceo kenalkan ya.

2: Ketagihan Positif.
••••••••••••••••••••••••••
Kalau kita boleh berbelanja setiap hari tanpa gagal, kita mesti boleh juga menyimpan setiap hari. Angka untuk bermula yang Ceo rekemen adalah sekitar rm10-rm20. Ya, nampak kecil tapi angka itu mulai meningkat sedikit demi sedikit. Aktiviti ini susah & sukar pada awalnya tetapi bila ketagihan menyimpan lebih seronok dari berbelanja, kita sudah berada di trek yang betul. Tak ramai yang boleh lakukan ini. Ini teknik old school yang mudah. Sebab terlampau mudah, ramai tak nak buat. Akhirnya umur dah jejak 50 tahun tapi simpanan masih ciput & berangan nak tunggu duit Kwsp pula untuk selesaikan masalah kewangan. Formula guna duit Kwsp untuk persaraan sangat bahaya. Kita bongkok baru nak belajar uruskan wang peribadi.

3: Lebih Kaya Dari Semalam.
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Usahawan yang berjaya menyimpan tidak akan kalah. Mereka sentiasa bertambah kaya setiap hari. Simpan hari ini rm50, dah menjadi kaya rm50 dari semalam. Angka tersebut tidak menipu. Angka ini boleh di kira. Biar sedikit asalkan konsisten. Sikap ini boleh berjangkit kepada yang lain termasuk keluarga & anak-anak. Cari jalan untuk menyimpan, bukan senarai alasan. Gagal menyimpan ketika muda boleh mengakibatkan terlampau busy mencari duit ketika tua.

4: Cipta Peluang.
••••••••••••••••••••••
Usahawan yang mempunyai duit boleh menyambar & mencipta peluang. Usahawan yang pokai, boleh tengok & mengeluh sahaja. Andai terlibat peluang beli rumah murah, Usahawan ada duit boleh sambar peluang tersebut. Yang sengkek, tengok je.

Berbagai peluang pasti ada setiap detik. Andai tak menyimpan dari sekarang, peluang tersebut berlalu begitu sahaja. Orang yang berwang pasti mempunyai berbagai kelebihan termasuk membuat kebaikan kepada ibubapa, jiran sekeliling, saudara mara & sahabat handai.

5: Peribadi.

•••••••••••••••
Hampir semua impian memerlukan faktor kewangan untuk merealsasikannya. Tiada yang percuma. Usahawan yang menyimpan & mempunyai kewangan yang tegap mempunyai banyak pilihan. Simpanan tunai juga boleh membeli masa untuk akan datang. Boleh memilih untuk aktiviti apa yang kita minat tanpa memikirkan duit lagi. Ini idaman ramai manusia. Kebebasan kewangan. Untuk menuju ke planet tersebut, tabiat simpan setiap hari untuk di lupakan mesti di mulakan. Bila? Sekarang! 

Jangan percaya bisikan budak kecil dari dalam diri. Halau budak tersebut & mulakan isi borang simpanan sekarang.

# Ilmu tidak berguna tanpa di amalkan. Betul. Memang betul.

Pesanan ini untuk newbie dalam bisnes atau mereka yang nak sangat tahu. Semoga memberi manfaat kepada penulis & pembaca. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
          

20150808

KHAS UNTUK NEWBIE DALAM BISNES (2/2)



10 Sebab Kenapa Anda Mesti Jual Produk Orang Lain Dahulu.

Status yang lepas, Ceo sudah berkongsi 5 sebab. Kali ini Ceo sambung lagi 5 sebab untuk lengkapkan tajuk di atas. Jom kita mulakan.

6: Production.
••••••••••••••••••
Newbie yang jual produk lain sangat beruntung. Kita tidak terlibat langsung dalam bidang production atau pembuatan. Bidang yang meletihkan. Dari design hingga end produk kita tidak terlibat. Kan best. Biar owner lakukan tugas tersebut. Kita pilih menjadi Ejen mereka & terus menjual.

7: Margin.

•••••••••••••
Margin kita yang pilih. Kebiasaannya, sedikit produk margin kecil. Volume besar baru margin juga besar. Kita jangan gopoh. Sabar ya Tuan. Kita jual produk orang untuk belajar. Kelebihan mempunyai wang besar bukan syarat utama untuk berjaya dalam bisnes. Wang yang banyak hanya sedikit kelebihan sahaja. Margin yang Ceo rekemen sekitar rm30 keatas. Jika bawah dari margin tersebut perlu bermain volume. Biar otai bermain angka volume, kita newbie di gelanggang margin.

8 : Testimoni
•••••••••••••••••
Newbie mesti pilih produk yang mempunyai banyak testimoni. Baik dari kesan produk atau kejayaan bisnes itu sendiri. Testimoni-testimoni tersebut adalah alat pemasaran yang sangat berkesan untuk membantu kita. Walaupun kita masih baru, tapi di bekalkan dengan satu teknik jualan yang berkesan. Kita boleh belajar dari situ.

9: Ilmu Bisnes.
•••••••••••••••••••
Pembekal yang bagus pasti ada menyediakan kelas untuk membantu newbie seperti kita. Mereka berpengalaman dalam perniagaan. Pasti mereka juga boleh berkongsi ilmu perniagaan kepada pengedar baru. Pilih pembekal atau syarikat seperti ini. Ilmu mahal ini sangat berbaloi untuk kita talaqi. Pasti juga kita boleh belajar dari top ejen mereka. Boleh kita upgrade ilmu bisnes perlahan-lahan.

10:Iklan.
••••••••••••
Kos iklan bukan murah. Newbie yang baru merangkak tidak perlu dahulu untuk laburkan duit untuk iklan. Biar owner produk uruskan perkara tersebut. Tapi belajar dahulu bagaimana nak tulis ayat iklan yang power. Ramai juga owner produk masih gagal kuasai teknik menulis iklan berkualiti. Sebagai newbie tetapi bijak kita boleh menimba ilmu dari owner yang berjaya. Bila ada sedikit keyakinan & modal untuk di bakar, baru kita terjun di gelanggang sebenarnya. Iklan bermutu pasti satu perlaburan berbaloi untuk perniagaan kita.

Bergelar founder & owner produk kelihatan sexy. Tapi itu sahaja tidak cukup syarat untuk berjaya dalam bisnes. Ramai juga yang bungkus dalam tempoh 12 bulan pertama produk di keluarkan.

Menjual produk orang lain juga kita boleh kaya & berjaya. Syarikat Zalora & Lazada pun jual produk orang lain. Apadehal. Bermula kecil , bermula betul lebih baik dari bermula besar & glamour. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Beliau juga bisnes Men Serum. Semoga memberi manfaat ya. Terima kasih. 
           

20150807

KHAS UNTUK NEWBIE DALAM BISNES (1/2)


Bismillah. Khas Untuk Newbie Dalam Bisnes. ••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••10 Sebab Kenapa Anda Mesti...
Posted by Ceo Samad Kinto on Wednesday, August 5, 2015

20150805

HARGA KENDERAAN.


Bismillah. 'Jangan Amalkan Harga Kenderaan Melebihi Harga Kediaman. Ini Boleh Mengundang Padah Ekonomi Di Masa Depan'. Jangan jadi Jutawan di usia muda sahaja, tapi miskin papa kedana di usia tua. Boleh boleh?

In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

# Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Beliau juga bisnes Men Serum. Ceo Samad Kinto Peneraju Rangkaian Perniagaan Truetech.


20150803

JANGAN BANDINGKAN DENGAN ORANG.


Bismillah. 'Jangan Banding- Banding Pencapaian Kita Dengan Orang Lain. Sikit Bersyukur & Banyak Pun Bersyukur '.

Lebihkan bersyukur & jangan buang masa untuk komplen. Boleh boleh? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
  

20150802

OWNER & LEADER.


Bismillah. ' Untuk Menjadi Owner Produk Sangat Mudah, Tapi Untuk Menjadi Leader Produk Itu Yang Susah '. Susah pada permulaan & boleh belajar. 
Betul betul? In Shaa ALLAH. Aamin
   

20150801

IKLAN TERBARU DI AKHBAR.


Bismillah. Aktiviti Bisnes. •••••••••••••••••••Design terbaru iklan Men Serum Truetech Secret di akbar Sinar...
Posted by Ceo Samad Kinto on Friday, July 31, 2015

20150716

SALAM AIDILFITRI


Bismillah. Di kesempatan ini, kami & keluarga ingin merakamkan ucapan salam Aidilfitri & maaf zahir batin kepada :

  • Ibu bapa kami,
  • Seluruh pelanggan terhormat,
  • Seluruh ahli keluarga,
  • Semua Usahawan Truetech,
  • Rakan taulan,
  • Pembekal kami,
  • Mentor-mentor kami,
  • Website designer kami,
  • Akhbar Sinar Harian,
  • Pesaing kami,
  • Rakan Fb yang budiman,
  • Semua umat islam,
  • & pembaca status ini.

Di doakan agar di panjangkan umur, di deraskan rezeki, di permudahkan segala urusan & beroleh kejayaan di dunia & akhirat. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
      

20150710

5 TANDA SIKAP USAHAWAN GAGAL.


1 : Kerap menukar nombor talipon bimbit. 
Ini memberi mesej tanpa sedar mereka gagal uruskan perkara sekecil ini. Antara persepsi yang timbul, tidak bayar bil, lari dari orang lain.

2: Selalu sangat tukar bisnes. 
 Sekejap join Mlm. Nanti bisnes trading. Kemudian buka kedai. Pastu menjadi Ejen insurance. Berbagai bisnes tapi masih takuk lama. Good starter but bad finisher.

3: Payah balas sms / whatapps / call.
Servis teruk. Adakalanya, nak balas sms terima kasih pun susah. Duit dah terima tapi never say thank you. Perkara kecil tapi mustahak.

4: Susah bayar hutang. 
Berjanji tapi berat atau terlalu lama untuk tunaikan. Trek rekod jika tak jaga, lama-lama boleh makan diri.

5: Suka curi stokis Usahawan lain. 
Ini martabat yang mesti di elakkan. Lagi satu, suka buang harga bertujuan orang lain berpusu-pusu beli. Belum ada Usahawan yang berjaya guna teknik ini. Tak pernah pun jumpa buku tentang kejayaan bisnes yang di tulis Usahawan begini. Jangan follow ya spesis ini.

5 perkara tersebut boleh di ubah. Perubahan mesti di lakukan andai nak keputusan berbeza. Kadangkala kita tak nampak secara zahir. Sentiasa perbaiki sikap & upgrade ilmu setiap hari. Boleh boleh? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

# Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. 
              

20150708

USAHAWAN & WEBSITE



'Website Yang Boleh Menjual Lebih Bernilai Dari Website Yang Hanya Cantik '.

Tambahan. Usahawan tanpa website bisnes umpama berbaju Melayu tanpa songkok. Kacak tapi tak lengkap. Boleh boleh? He2 kopi satu!

‪#‎Nak‬ website bisnes sendiri, pm Tuan Mutalib Attholib (facebook.com/attholib). Beliau website designer kami semenjak 2009. 
          

20150704

TOP 5 BULAN JUN


Bismillah. Top 5 May 2015•••••••••••••••••••••Alhamdullillah. Bulan May menutup tirainya semalam. Hari ini bermula...
Posted by Ceo Samad Kinto on Sunday, May 31, 2015

20150701

MINYAK NAIK


Tidak semena-mena harga minyak naik. Macam main-main je. Kejap turun lepas itu naik, naik, naik. Situasi ini macam perkara biasa sahaja setiap tahun. Ramai dah mula bosan. Gst dah buat sesak nafas. Minyak naik pula, mahu sukar bernafas.

Apa pilihan kita ada?

1: Mengeluh, komplen, marah & berserah sahaja. Share ayat menteri, di wall Fb masing-masing. Berdoa kemudian peluk tubuh. Salahkan orang lain. Guna perkataan machai lebih kerap.

Atau

2: Kita jadikan turning point untuk kita berubah. Mulakan bisnes kecil dari rumah untuk menambah paip pendapatan baru sambil tambal kebocoran yang sedia ada.
Duit jika simpan di dompet akan pergi perlahan atau laju tapi duit invest dalam perniagaan sendiri ada peluang beranak pinak.

Kita mempunyai pilihan. Ini kuasa mutlak yang kita miliki. Tak perlu tunggu pilihanraya baru nak berubah. Latih minda kita untuk melihat setiap peluang yang ada di setiap situasi buruk atau baik.

Jika tak wujud peluang, kita cipta peluang tersebut. Dunia ini penuh dengan peluang. Cukup untuk semua umat planet bumi ini.

Jutawan tidak di lahirkan tetapi di bentuk melalui proses. Lalui proses ini. Senyum ketika di uji, bersyukur ketika di puji.

Kita memang di lahirkan untuk berjaya & tidak berdosa pun menjadi kaya.
Boleh boleh? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
        

20150630

KOMPLEN VS TERIMA KASIH

Bismillah. 
 
Jangan komplen kepada Pos Laju jika lambat sampai. Berapa kali kita ucapkan terima kasih bila barang cepat sampai.

Jangan komplen kepada isteri jika masak tidak sedap. Berapa kali kita ucapkan terima kasih bila isteri masak sedap.

Jangan komplen kepada bank jika caj macam-macam. Berapa kali kita ucapkan terima kasih kepada mereka bila guna perkhidmatan bank.

Jangan komplen flight delay. Berapa kali kita ucapkan terima kasih bila kita selamat mendarat & sampai tempat di tuju.

Jangan komplen kepada Mentor sendiri. Berapa kali kita ucapkan terima kasih kepada ilmu yang di terima.

Jangan komplen di kedai Mamak andai order lambat sampai. Berapa kali kita ucapkan terima kasih bila order cepat di hidangkan.

Manusia hebat tidak komplen. Mereka ringan mulut ucapkan terima kasih & beserta senyuman.
Syukur bila senang. Sabar bila di uji. Boleh boleh? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
  

20150628

USAHAWAN UMPAMA PEMAIN BOLA.



Bismillah. Usahawan terbilang umpama pemain bola yang berusaha untuk score. Mereka mencuba banyak kali untuk menjaringkan gol.

Satu kepuasan tidak terhingga jika berjaya sumbat gol. Ini karektar yang mesti ada untuk seorang Usahawan yang nak berjaya.

Jangan pernah berputus ada untuk berusaha. Kejayaan & kekayaan ada kos yang mesti di bayar.

Belum ada Jutawan yang di lahirkan secara percuma. Mesti melalui keringat & airmata. Hadapi cabaran kehidupan dan bisnes dengan seronok. Kejayaan sentiasa menanti untuk semua. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
# Pesanan ini di bawakan oleh player jersey merah. Player jersey merah tu Ceo semasa muda. Lincah tapi tak bahaya. Hahaha
        

20150611

EJAAN PENUH.



Bismillah. Mentor Bisnesku Berpesan, 'Menulis Guna Ejaan Penuh Ya. Mula-mula Kekok, Lama-Lama Seronok'.

Ceo follow. Your writing is your branding. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
         

20150608

ILMU DAN BUAT.


Bismillah. Mentor Bisnesku Berpesan,

'Nak Berjaya, Biar Ilmu Sedikit Tapi Mesti Banyak Buat, Bukan Ilmu Dah Banyak Tapi Tak Buat -Buat'.

Ceo setuju. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

# Dua Tangan Yang Berusaha Lebih Hebat Dari Seribu Tangan Yang Hanya Berdoa. 
          

20150531

HUTANG UNTUK BISNES.


Bismillah. Mentor Bisnesku Berpesan,

'Tak Menjadi Kesalahan Andai Nak Mulakan Bisnes Dengan Berhutang Asalkan Pasang Niat Dari Awal Untuk Membayar Hutang Tersebut Dengan Segera'.

Ceo setuju. Beli kereta yang susut nilainya cepat berani berhutang, apasal nak bisnes untuk kembangkan duit tersebut tak boleh berhutang. Cuma jangan enjoy awal dengan duit keuntungan bisnes tersebut. Bayar hutang dahulu. Extreme berniaga untuk extreme membayar. Boleh boleh? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!
       

20150528

URUSAN BISNES DI MELAKA.


Bismillah. Aktiviti Bisnes. •••••••••••••••••••Ceo ke Melaka hari ini. Ada urusan bisnes di sana. Serahkan sendiri...
Posted by Ceo Samad Kinto on Wednesday, May 27, 2015

20150526

SELAMAT PULANG DARI CHIANG MAI


Bismillah. Aktiviti Bisnes. •••••••••••••••••••Alhamdullillah. Percutian kami berakhir semalam. Semua dah selamat...
Posted by Ceo Samad Kinto on Tuesday, May 26, 2015

20150515

PENGALAMAN BARU.


Bismillah. Aktiviti Peribadi. •••••••••••••••••••••Pengalaman mahal ketika berada di raga belon panas. View yang...
Posted by Ceo Samad Kinto on Thursday, May 14, 2015

20150512

MEN SERUM DI AKROPOLIS.


Bismillah. Aktiviti Bisnes. •••••••••••••••••••Alhamdullillah. Men Serum Truetech Secret sudah sampai ke...
Posted by Ceo Samad Kinto on Tuesday, May 12, 2015

20150510

BERCUTI SEBENTAR DI TURKEY.


Bismillah. Holiday Time.••••••••••••••••••Alhamdullillah. Malam ini Ceo bakal berlepas ke Turkey untuk bercuti....
Posted by Ceo Samad Kinto on Saturday, May 9, 2015

20150509

TEKNIK PEMASARAN OFFLINE


Bismillah. Aktiviti Bisnes. •••••••••••••••••••Alhamdullillah. Ceo di sini. Hari ini Ceo berkongsi & bakal...
Posted by Ceo Samad Kinto on Friday, May 8, 2015

PROGRAM TERDEKAT (PINNED POST)

Klik pada imej untuk paparan lebih besar.

             

YURAN & KONGSI ILMU.


Bismillah. Mentor Bisnesku Berpesan,  
'Ada Usahawan Yang Mengaku Mempunyai Income Harian Yang Tinggi Tapi Masih Kenakan Yuran Mahal Bila Nak Berkongsi Ilmu'.
Usahawan tersebut berniaga di Kutub Utara. Kasihan Newbie kat sana. He2 kopi satu! 
           

20150506

AKTIVITI BISNES.


Bismillah. Aktiviti Bisnes. •••••••••••••••••••Sekalung tahniah buat Tuan Zubayry Abady. Beliau menduduki tangga...
Posted by Ceo Samad Kinto on Tuesday, May 5, 2015

KETAGIH MENYIMPAN.


Bismillah. Mentor Kewanganku Berpesan '

Pelik Tetapi Benar, Ramai Yang Sanggup Membayar Yuran Yang Mahal Untuk Belajar Asas Menjadi Usahawan Kaya. Asas Untuk Kaya Adalah Mesti Menyimpan '.

Ps : Belum pernah lagi jumpa Usahawan yang ketagih menyimpan itu miskin.

Ceo setuju. Nasihat ini free. Terima kasih. Ceo hargainya. Ceo follow. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
   

20150505

AKAN DATANG.


Bismillah. Aktiviti Bisnes. •••••••••••••••••••Akan datang. Buku ke3 & terbaru bakal di terbitkan. Di jangka siap...
Posted by Ceo Samad Kinto on Monday, May 4, 2015

20150504

USAHASAMA TERBARU.

Bismillah. Aktiviti Bisnes. •••••••••••••••••••Alhamdullillah. Termeterai satu usahasama bisnes bernilai rm27,900....

Posted by Ceo Samad Kinto on Monday, May 4, 2015

20150502

MEN SERUM TELAH SELAMAT DILANCARKAN.


Bismillah. Aktiviti Bisnes. •••••••••••••••••••Alhamdullillah. Men Serum Truetech Secret sudah di lancarkan secara...
Posted by Ceo Samad Kinto on Friday, May 1, 2015

20150501

TABIAT MEMBACA.



Bismillah. Mentor Bisnesku Berpesan, 

'Ilmu Tidak Datang Sendiri. Antara Sumber Ilmu Yang Hebat Di Perolehi Adalah Dari Tabiat Membaca Buku'.

Ceo setuju. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
     

20150429

PELANGGAN ADALAH RAJA.



Bismillah. Mentor Bisnesku Berpesan,

'Mengapa Komplen Bangsa Melayu Tak Bijak Berniaga, Tapi Jangan Lupa, Mereka Adalah Pelanggan Paling Bernilai '.

Ceo setuju. Pelanggan adalah King. Tanpa mereka, bisnes akan mati. Betul betul? He2 kopi satu! 
       

20150427

TESTIMONI MEN SERUM.


Bismillah. Men Serum Truetech Secret. •••••••••••••••••••••••••••••••••••••Alhamdullillah. Sudah mendapat testimoni...
Posted by Ceo Samad Kinto on Sunday, April 26, 2015

20150426

UBAT USAHAWAN.


Bismillah. Mentor Bisnesku Berpesan,
'Ubat Untuk Usahawan Dewasa Pahit & Mahal. Tapi Inilah Nilai Yang Mesti Di Bayar Untuk Berjaya'.
Dengan izin ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!
         

20150425

JANGAN BERTANGGUH.


Bismillah. Mentor Bisnesku Berpesan, '

'Jangan Tarik Hand Brake Bila Nak Mulakan Tindakan. Ini Kerap Terjadi Kepada Usahawan Berilmu. Mereka Sangat Pantas Mencari Ilmu Tapi Terlalu Perlahan Untuk Bertindak'.

Ceo setuju. Pakar tangguh, pakar yang tiada nilai. He2 kopi satu! 
  

20150424

JENTERA SEDANG SIAP BERSEDIA


Bismillah. Aktiviti Bisnes ••••••••••••••••••Alhamdullillah. Homework semua berjaya di serahkan. Homework baru di...
Posted by Ceo Samad Kinto on Friday, April 24, 2015

20150421

BENGKEL OFFLINE MARKETING

Bismillah. Pengumuman:••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••Program : Offline Marketing. ...

Posted by Ceo Samad Kinto on Tuesday, April 21, 2015

20150416

KAPAL TERBANG.


Bismillah. Mentor Bisnesku Berkata, 'Usahawan Yang Berilmu Tetapi Tidak Bertindak Umpama Kapal Terbang Yang Paling Canggih Sedang Parking. Tiada Risiko Untuk Terhempas. Sangat Selamat Tapi Sayang Tidak Berguna '. Betul ke betul? He2 kopi satu! 
      

20150415

SIMPAN SETIAP HARI.



Bismillah.

Soalan: Bagaimana nak kaya?
Ceo : Simpan duit setiap hari.

Soalan : Bagaimana nak bebas kewangan?
Ceo : Simpan duit setiap hari.

Soalan : Bagaimana nak membeli rumah idaman?
Ceo : Simpan duit setiap hari.

Soalan : Bagaimana nak melancong luar negara setiap tahun?
Ceo : Simpan duit setiap hari.

Soalan : Bagaimana nak memandu kereta idaman?
Ceo : Simpan duit setiap hari.

Soalan : Bagaimana nak rekrut stokis?
Ceo : Simpan duit setiap hari.

Soalan : Bagaimana nak jadi Jutawan?
Ceo : Simpan duit setiap hari.

Soalan : Bagaimana nak hantar anak-anak ke Universiti tanpa hutang?
Ceo: Simpan duit setiap hari.

Soalan : Bagaimana tak nak miskin?
Ceo : Simpan duit setiap hari.

Soalan : Bagaimana tak nak lahirkan generasi miskin?
Ceo :Simpan duit setiap hari.

Soalan : Bagaimana nak isteri bertambah sayang?
Ceo : Simpan duit setiap hari.

Soalan : Bagaimana nak menunggang motorsikal idaman?
Ceo :Simpan duit setiap hari.

Soalan :Bagaimana nak kalis Gst?
Ceo :Simpan duit setiap hari.

Soalan : Bagaimana nak bantu hantar kedua ibubapa ke Mekah ?
Ceo :Simpan duit setiap hari.

Soalan : Bagaimana nak simpan setiap hari?
Ceo : Andai kata boleh berbelanja setiap hari, pasti boleh simpan setiap hari.

Ps : Formula mudah. Sebab terlampau mudah, ramai tak nak buat. Bukan tak boleh tetapi tak mahu. Betul betul? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!
         

20150413

SEKILAS KATA.


Bismillah. Di doakan semoga semua Usahawan yang masih berusaha ketika ini berjaya di dalam bidang masing-masing. Bukan...
Posted by Ceo Samad Kinto on Sunday, April 12, 2015

JOM GST


Bismillah. Soalan : Bagaimana nak isteri bertambah sayang? Ceo : Simpan duit setiap hari. Simpan juga untuk beliau....
Posted by Ceo Samad Kinto on Tuesday, April 14, 2015

20150411

MEREKA YANG MAKAN GAJI.

Bismillah. Mentor Bisnesku Berpesan, 'Jangan Perlekeh Orang Lain Yang Makan Gaji Kerana Mereka Adalah Sebahagian...

Posted by Ceo Samad Kinto on Sunday, April 12, 2015

20150410

BICARA TENTANG GST.


Sudah melebihi seminggu masa berlalu. Sangat memberi kesan dengan kehidupan seharian. Apatah lagi dengan duit kita. Tersenyum kelat membayar extra 6% sana sini. Ini baru permulaan, bahang sudah terasa.

Ceo sendiri tidak berkecuali. Air minimum di rumah kena Gst. Tempah baju terpaksa bayar lebih. Minggu lepas bayar duit botol produk pun kena. Bulat mata tengok bil Gst bernilai rm7ratus lebih.
Walaupun tidak berapa faham tentang Gst ini, suka atau tidak terpaksa telan.

Bagaimana nak hadapi permulaan era Gst? Apa pilihan kita ada? Atau nak follow Tip Bisnes dari planet asing.

' Belum Ada Yang Tak Makan Semenjak Gst'.

Atau

Kita pilih untuk peluk tubuh. Mengharapkan keajaiban berlaku untuk selesaikan masalah kita. Mengeluh, komplen, kutuk & redha sahaja. Teruskan sahaja rutin harian.

Atau

Kita jadikan turning point untuk kita berubah. Kemiskinan juga mempunyai energi tersendiri. Kekurangan duit boleh kita jadikan asbab untuk kaya & berjaya. Modal 'Big Why ' menjadi kemahuan yang membara untuk berubah untuk upgrade diri, kewangan & kehidupan. Modal 'Kemahuan Untuk Berubah ' telah berjaya membantu mereka yang terbukti berjaya sekarang.

Kejayaan besar juga terhasil dari percubaan yang kecil. Mulakan sahaja bisnes dari rumah. Tak berdosa pun. Biar kepahitan permulaan itu menjadi kemanisan untuk kita cerita kepada anak cucu kelak. Seronok kita cerita bila mereka bertanya. Apa Atok buat ketika muda?

Ps : Rezeki ALLAH tidak pernah habis. Siapa yang berusaha, dia yang dapat. Banyak atau sikit bukan urusan kita. Bukan tidak boleh tapi tak mahu. Betul betul? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
            

20150407

STRATEGI PEMASARAN.


Bismillah. Strategi pemasaran berbeza untuk hasil yang berbeza. Mana mungkin akan sama strategi menjual 10 botol sehari dengan 100 botol sehari. Kadangkala keberanian mengatasi kebijaksaan. Betul betul? He2 kopi satu! 

Ps :Setiap strategi pemasaran mempunyai kos.Kejayaan juga ada kos. Berdoa tanpa usaha adalah sia-sia.
            

20150406

ISTANBUL.


Bismillah. Reward••••••••••In Shaa ALLAH. May 2015. Hadiah kepada diri sendiri. Istanbul Ceo datang. Aamin. He2...
Posted by Ceo Samad Kinto on Monday, April 6, 2015

20150405

BUAT YANG TERBAIK.


Bismillah. Pastikan hari ini menjadi versi yang terbaik. From good to great. Boleh boleh? In Shaa ALLAH. Aamin. He2...
Posted by Ceo Samad Kinto on Monday, April 6, 2015

20150404

USAHAWAN TOP 5


Bismillah. Truetech Cosmetics Reward. •••••••••••••••••••••••••••••••••••••Sukacita dimaklumkan Top 5 Usahawan...
Posted by Ceo Samad Kinto on Saturday, April 4, 2015

20150401

5 SOLUSI JEM.


Bismillah. 5 Perkara Solusi Jem Pagi. •••••••••••••••••••••••••••••••••••1: Keluar dari rumah awal subuh untuk ke...
Posted by Ceo Samad Kinto on Wednesday, April 1, 2015

UBAT GST.


Bismillah. Ubat Gst ••••••••••••1: Kurangkan berbelanja & berjimat cermat. 2: Mulakan bisnes kecil dari rumah...
Posted by Ceo Samad Kinto on Tuesday, March 31, 2015

20150331

JANGAN GUNA DUIT LOAN UNTUK...

 

Bismillah. Mentor Bisnesku Berpesan, 
"Jangan Mulakan Bisnes Pertama Dengan Duit Loan Dari Bank & Jangan Pergi Seminar Mahal Gunakan Duit Loan Juga"
Ceo setuju. Peratus untuk hangus sangat cerah. He2 kopi satu!