
Apabila kita nak mulakan
bisnes kecil dari rumah. Ini tindakan yang ideal. Walaupun kita
mempunyai modal rm100,000 tunai di tangan, jangan gunakan semua modal
tersebut. Cukuplah guna rm10,000 atau kurang. Tindakan bermula dengan
modal besar untuk perniagaan yang pertama pasti mengundang kesilapan
kronik. Jangan bakar tangan sendiri. Ilmu, pengalaman dan perancangan
masih lagi lemah dan kecil. Sabar. Belajar dahulu uruskan perniagaan
yang kecil dahulu. Tidak salah jika impikan perniagaan besar, juta -juta
hatta billion sekalipun, tapi lebih baik bermula kecil & betul.
Ramai juga rakan Fb Ceo bermula dari rumah. Antaranya adalah Tuan Fazli Little Trees, Puan Suraya Ali, Tuan Azmin Ab Rahman, Tuan Master Zuheir Mafarz dan Tuan Zubayry Abady.
Malah berniaga dari rumah juga boleh mengatasi kejayaan perniagaan yang
ada kedai. Kejayaan bisnes bukan di tentukan berapa besar kedai kita
tapi di ukur berapa cepat & banyak Roi yang kita terima. Mulakan
sahaja bisnes kecil dengan apa yang ada di tangan. Tapi mesti bermula
betul. Tidak salah bermula ciput tapi mesti bermula dengan jiwa yang
besar. Salah satu cara yang betul adalah cari Mentor yang betul. Ehem2.
Lebih afdal Cikgu garang yang ada janggut. Beliau dah lalui proses
tersebut dan bersedia untuk berkongsi pengalaman & formula. In Shaa
ALLAH. Amin.
Ps : Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang
garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Homework mesti siapkan
sebelum bertemu beliau. He2 kopi satu!

No comments:
Post a comment