20141104

KISAH AKU DAN ABAH.

Gambar Arwah Haji Abdul Rahman Bin Ibrahim.

Kisah ini berlaku seminggu sebelum 4 November 2012.

Ketika aku sedang memandu, tiba - tiba telefon bimbit aku berdering. Aku mengangkat telefon tertera nama Abah di skrin.

Aku : Assallammuallaikum Abah?

Abah : Waallaikumsallam. Duku sihat ke? ( Duku panggilan manja Abah kepada aku. Setiap adik beradik aku ada gelaran tersendiri. )

Aku : Alhamdulillah. Sihat Bah. Sekarang tengah memandu. Nak hantar order ke pelanggan. Abah sihat?

Abah : Abah sihat je. Abah nak minta sesuatu boleh?

Aku : Boleh Bah.

Abah : Abah nak kereta. Kor belikan Abah kereta kancil buruk boleh? Harga 3-4 ribu je. Senang Abah nak pergi mengeteh dengan kawan.

Aku : Boleh Abah. Tapi untuk Abah saya carikan kereta kelisa gear automatik. Senang sikit Abah nak bawa. Model ini baru sikit.

Abah : Abah tak kisah. Janji boleh tayang kat kawan - kawan Abah yang kereta ini anak Abah yang beli. Abah nak beritahu mereka yang anak Abah berjaya dalam bisnes. Abah tumpang bangga. ( Bunyi sangat ceria )

Aku : Baiklah. Beri masa seminggu. Samad carikan kelisa untuk Abah. Siapa nak pandu nanti? Abah mata dah tak berapa nampak.

Abah : Abah ada pemandu. Terus letak.

Lepas perbualan ringkas, aku terus cari majalah yang menjual kereta terpakai. Ada beberapa yang aku berkenan. Hadiah kepada Abah mesti yang agak baru & gear automatik. Aku mesti tunaikan permintaan beliau. In Shaa ALLAH.

Seminggu selepas itu, jam awal pagi. Kami menerima panggilan yang Abah jatuh di rumah beliau.Perbualan aku minggu lepas adalah perbualan kami yang terakhir. Malam sebelum itu, beliau di masukkan ke Hospital tetapi berkeras untuk balik. Sudah bertahun -tahun setiap kali Abah masuk hospital, aku orang pertama yang beliau hubungi. Tapi kali ini tidak. Beliau menghembuskan nafas terakhir di rumah sendiri. Penyakit tiga serangkai menjadi asbab untuk di jemput. Memang benar, kenderaan terakhir yang arwah naik bersama pemandu. Air mata mengalir tanpa di sedari. Ketika memandikan arwah Abah aku lihat wajahnya yang tenang. Wajah beliau banyak persamaan dengan aku. Bentuk badan juga begitu. Ketika aku menaip kisah ini, aku menangis. Aku menangis semahunya. Aku rindu Abah. Ya. Aku sangat rindu.

Hari ini, genap 2 tahun kami kehilangan Abah. Gurau senda & lawak spontan yang membuat kami ketawa masih kekal di ingatan. Semoga roh Abah aman di sana & di tempatkan golongan yang beriman. Amin. Al -Fatihah.
         

No comments:

Post a Comment