20141130

TIP BISNES DARI RUMAH: AKAUN POSLAJU.


Ramai yang berniaga dari rumah selalu update gambar mereka pergi ke Pejabat Pos atau Poslaju untuk tujuan aktiviti penghantaran produk tempahan dari pelanggan mereka. Aktiviti ini sangat bagus untuk di kongsi kepada rakan Fb. Bisnes itu adalah aktiviti.

Gambar ini juga menjadi testimoni kejayaan dalam jualan perniagaan kita. Baik & bagus sekali. Tapi ianya juga mempunyai perkara yang negatif. Bagaimana kita menghabiskan masa lebih kurang 1 jam sehari atas tujuan ini. Setiap hari terpaksa ulang alik ke Pejabat Pos. Rutin picit ambil nombor & tunggu giliran kadang kala membosankan juga. Apatah lagi jika awal bulan. Sesak & padat. Sistem down pula. Adoi.

Bagaimana nak jimat masa itu Ceo? Ada caranya. Bawa sijil Ssm kita untuk membuka akaun pos laju. Ada deposit. Bila segala telah lulus. Kita sudah lebih baik dari sebelum. Docket poslaju terprint nama syarikat kita. Jimat masa untuk kita tulis docket setiap hari. Usahawan biasa seronok menulis di docket tetapi Usahawan bijak senyum melihat mereka. Segala bil kita bayar setiap bulan. Segala transaksi di rekodkan. Mudah kita tahu berapa. Segalanya di bantu oleh orang lain. Kita juga hanya membayar setelah 30 hari perkhidmatan mereka. Ini sangat baik. Mereka buat kerja dahulu, baru kita bayar. Jaga rekod pembayaran kita.

Paling best, aktiviti untuk pos lebih mudah, jimat masa & petrol. Abang Poslaju datang ke pintu rumah untuk pickup tempahan yang hendak di poskan kepada pelanggan. Sebagai Usahawan Jutawan Dari Rumah, sentiasa bina hubungan dengan Abang Poslaju ini. Mereka mempunyai jasa besar dalam membantu bisnes kita. Beri mereka rm10 setiap hari sebagai belanja minum. Jangan risau, kita tidak miskin belanja mereka. 1 jam sehari yang kita jimatkan boleh kita buat perkara lain. Ingat, jangan kuat komplen kepada Abang poslaju ini. Mereka adalah antara yang penting dalam perniagaan kita. Tanpa bantuan mereka, produk kita tidak pantas sampai. Membuka akaun pos laju adalah wajib untuk mereka yang nak bisnes kembang lebih pantas. Segalanya dengan izin Allah. Aamiin.

Ps : Terima kasih Abang Poslaju. Jasa mu sangat di hargai. 
 

20141129

TIP BISNES DARI RUMAH: NOMBOR BISNES.


Dewasa ini telefon bimbit sudah menjadi keperluan untuk majoriti owner bisnes. Celik mata sahaja terus cari telefon untuk semak whatapps, email, sms atau on Fb. Telefon bimbit sudah menjadi perkara penting dalam urusan perniagaan seharian mahu pun kehidupan. Tapi ada satu je yang tidak boleh sama iaitu nombor telefon bimbit.

Sebagai bisnes kecil dari rumah, kita mesti bijak memilih nombor telefon bimbit. Sekarang nombor Vip pun di niagakan dengan harga yang tinggi. Sukar untuk dapat nombor yang cantik secara percuma.

Sebagai Usahawan yang nak terbang lebih tinggi, kita mesti dapatkan nombor telefon yang cantik dan senang untuk prospek ingat. Pagi tadi, Ceo try tanya kepada 2 anak Ceo yang berumur 6 & 7 tahun di hadapan peserta program Jutawan Dari Rumah.
Ceo : Adik Dinie, berapa nombor telefon bimbit Papa?

Adik Dinie : 012 - ###1818 ( Senafas dia sebut )

Ceo : Omel. Ingat nombor telefon bimbit Papa?

Omel : 012 - # # #1818. Senang & kacang.

Ceo : Ok. Cuba beritahu nombor Mama?

Omel & Dinie : Err. Tak ingat.

Ada 13 saksi yang lihat & dengar. Testimoni secara spontan je. Ini menunjukkan mesej, andai kata nombor telefon bimbit yang mempunyai golden number akan mudah di ingati. Begitu juga bila kita terima name card yang ada nombor Vip ini.

Nombor juga melihatkan seperti lambang kejayaan yang tersembunyi. Apa perasaan kita bila ada nombor yang tertera di name di cetak seperti ini. 01# -888 8888. Wah. Mesti power dia ini. Secara tidak langsung kita sangat teruja & ingat dengan cepat.

Bukan menjadi kesalahan jika nak bisnes guna nombor biasa & berterabur tapi menjadi kelebihan untuk pelanggan ingat branding kita melalui nombor yang cantik dan mewah. In Shaa ALLAH. Aamiin. He2 kopi satu!

Ps : Pesanan ringkas ini di bawa oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Homework mesti siapkan sebelum bertemu beliau.
 

JANGAN LUPA HOMEWORK.

20141127

MENERIMA & MEMBERI.

20141126

HOMEWORK: BINA LAMAN WEB.

20141125

BELUM CAPAI KEJAYAAN JIKA...

 
Mentor Bisnesku Berkata, ' Anda Belum Mencapai Kejayaan Dalam Bisnes Jika Hanya Penuhkan Dompet Sendiri Sahaja '. Ceo setuju. Ada sebahagian hak orang lain di setiap jualan. He2 kopi satu!

Ps : Pesanan ringkas ini di bawa oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Homework mesti siapkan sebelum bertemu beliau. 
   

20141124

DRAF E-BOOK.

KELAS JUTAWAN.

20141123

NIAT BISNES.

20141117

AKITIVITI BISNES.

20141115

TIP BISNES DARI RUMAH: PUJIAN DALAM BISNES.


Menerima pujian membuat kita tersenyum & gembira. Begitu juga pelanggan. Mereka juga seronok jika kita memuji di awal perbualan. Biar senyuman sampai telinga tidak mengapa. Bila mereka sudah menyukai & gembira, langkah seterusnya lebih mudah. Biar 2 contoh ini membezakan antara Usahawan hebat dan yang biasa-biasa.

Contoh 1 :
Usahawan : Assallammuallaikum Puan. Apa khabar?
Pelanggan : Khabar baik.
Usahawan : Terima kasih order semula produk saya.
Pelanggan : Sama-sama.
Usahawan : Saya lihat Puan bertambah gemuk. Puan mesti jaga kesihatan tau.
Puan : Baiklah. (☆¤#*^!) berkata dalam hati.

Contoh 2 :
Usahawan : Assallammuallaikum Puan. Apa khabar?
Pelanggan : Khabar baik.
Usahawan : Terima kasih Puan sebab order lagi produk saya.
Pelanggan : Sama-sama.
Usahawan : Wah. Hand bag Puan ini sangat cantik. Design & warna pun saya suka. Puan sangat pandai pilih hand bag.
Pelanggan :

Agak - agak Usahawan yang mana beliau berurusniaga seterusnya. Teknik memuji sangat berkesan ketika bertemu pelanggan. Malah ianya percuma. Gunakan selalu boleh meningkatkan jualan dengan cepat. Teknik selalu diguna pakai oleh Usahawan hebat dan berjaya. Free but super superb. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
    

20141113

BRANDING DI FACEBOOK.


Facebook adalah medium terbaik untuk mencipta branding diri. Jenama diri sendiri adalah yang paling mahal. Majoriti Usahawan tidak perasan. Masing-masing berebut untuk menjual. Facebook masih belum caj apa - apa lagi untuk kita brandkan diri. Berikut adalah sebahagian cara kita brandkan diri sendiri.

1 : Menulis ejaan penuh.
2 : Gambar apa yang di upload
3 : Gambar apa yang di kongsi
4 : Siapa kawan baik
5 : Siapa mutual friend
6 : Komen yang ditulis
7 : Status yang di like
8 : Video yang di kongsi
9 : Program yang di hadiri
10 : Aktiviti harian


Facebook seperti resume kita. Jenama terbentuk tanpa kita sedar. Boleh jadi baik. Boleh jadi sebaliknya. Jangan pandang remeh perkara ini. Orang hebat pasti mahu berurusan dengan kita jika status kelihatan baik. Sebagai Usahawan dari rumah, kita wajib jaga nama baik dengan seeloknya. Sentiasa baca, lihat & fikir dahulu sebelum post sesuatu ke wall Facebook. Rekemen untuk buat perkara ini. Jika suka tekan like. Andai kata tidak suka diam. Sharing Is Branding. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
    

KELAS "INTEGRITI BISNES & STRATEGI MARKETING".


20141112

Kisah Cinta CEO (Episod 13)


Dah lama tak menulis kisah ini. Tak sangka, ramai juga yang mahu baca. Lebih 50 like (FB) pun aku rasa dah cukup ok. Mereka pembaca yang berkualiti. Andaikata aku mampu, aku belanja mereka kopi serentak. Jika anda pembaca yang baru, boleh cari episod sebelum ini di blog ini. Baiklah, jom aku mulakan. Sebelum membaca, aku nak pembaca senyum dahulu. Boleh mula senyum sekarang.

Pagi Sabtu aku berasa tidak selesa. Tengah hari ini aku di jemput hadir ke rumah keluarga si dia. Tujuan utama mesti mereka nak interview aku. Kumbang jantan ini kehilangan gaya stylo sekejap. Keyakinan diri terbang melayang. First time nak jumpa bapa dan mak mertua. Ops. Silap. Bakal bapa dan mak mertua.

Aku kumpul semula kekuatan. Aku buang ingatan yang negatif. Aku berkata kepada diri sendiri.

Aku : Takut dapat apa?
Aku : Malu dapat apa?
Aku : Kumbang lain nak peluang ini. Aku pula tak bersyukur.
Aku : Come on Samad. Engkau boleh.
Aku : Ya. Ini mungkin jodoh aku. Aku mesti boleh.

Sekejap sahaja aku dah kembali semangat. Aku pun dah seminggu tak jumpa kekasih hati aku tu. Rindulah juga. He2.

Jam 11 pagi aku hidupkan enjin proton wira maron. Kereta aku yang berkilat setia menemani aku. Sepanjang pemanduan aku secara solo ke Felda Soeharto berbagai fikiran yang bawa. Aku mesti susun skrip untuk bercakap. Penting ke? Ish. Mesti penting. Malah wajib bagi aku. Skrip mengorat & skrip mengurut emosi orang tua perlu skil berbeza. Mungkin aku boleh buat program tersebut. Bagaimana ayat yang berkesan untuk mengorat awek. Aku dah lari topik ini. Kita sambung semula.

Perjalanan 1.30 jam tidak terasa. Masuk je jalan kampung, perasaan seram aku datang semula. Degupan jantung lebih laju dari biasa. Lutut mula lemah dan bergoyang. Alamak. Penyakit kus -kus aku dah datang. Ya Allah, bantulah insan lemah ini.

Cerita ini ada sambungannya. Next episod, aku cerita pasal 'Sambal Tahun '.

PENJUAL TERDESAK.

 
Jangan desak atau kelihatan memaksa pelanggan membeli produk kita. Bina hubungan dahulu. Kenali mereka dengan lebih terperinci. Jangan menjadi Usahawan yang tamak pada pertemuan yang pertama & cuba membuat untung sebanyak mungkin dengan jualan tersebut. Sabar. Penjual terdesak sukar nak menang. Sebagai seorang Usahawan yang berjaya, kita mesti sabar. Banyakkan tanya soalan dahulu sebelum tindakan selanjutnya. Slow but steady. Perhatikan piawai 4 perkara ini sebelum mengunci jualan.

  1. Mereka mahu memiliki produk kita.
  2. Pelanggan nak sangat produk kita.
  3. Mereka mempunyai wang atau mampu untuk membayar harga produk kita.
  4. Pelanggan mendapat faedah setelah menggunakan produk kita.

Sekiranya 4 ciri itu tiada tapi kita cuba juga untuk menjual, besar kemungkinan kita mengalami kekecewaan. Teknik jualan terdesak membuat pelanggan lari pecut meninggalkan kita. Hafal 4 perkara di atas jika nak berjaya dalam bidang bisnes. Seni ini mesti di kuasai andai kata mahu menjadi Usahawan 5% yang berada di atas. Semua ini dengan izin Allah. Amin. He2 kopi satu!

Ps : Pesanan ringkas ini di bawa oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. 
      

20141111

MEMBANTU RAKAN NIAGA.

20141110

TIP BISNES DARI RUMAH: BERMULA KECIL. BERMULA BETUL.


Apabila kita nak mulakan bisnes kecil dari rumah. Ini tindakan yang ideal. Walaupun kita mempunyai modal rm100,000 tunai di tangan, jangan gunakan semua modal tersebut. Cukuplah guna rm10,000 atau kurang. Tindakan bermula dengan modal besar untuk perniagaan yang pertama pasti mengundang kesilapan kronik. Jangan bakar tangan sendiri. Ilmu, pengalaman dan perancangan masih lagi lemah dan kecil. Sabar. Belajar dahulu uruskan perniagaan yang kecil dahulu. Tidak salah jika impikan perniagaan besar, juta -juta hatta billion sekalipun, tapi lebih baik bermula kecil & betul. 

Ramai juga rakan Fb Ceo bermula dari rumah. Antaranya adalah Tuan Fazli Little Trees, Puan Suraya Ali, Tuan Azmin Ab Rahman, Tuan Master Zuheir Mafarz dan Tuan Zubayry Abady. Malah berniaga dari rumah juga boleh mengatasi kejayaan perniagaan yang ada kedai. Kejayaan bisnes bukan di tentukan berapa besar kedai kita tapi di ukur berapa cepat & banyak Roi yang kita terima. Mulakan sahaja bisnes kecil dengan apa yang ada di tangan. Tapi mesti bermula betul. Tidak salah bermula ciput tapi mesti bermula dengan jiwa yang besar. Salah satu cara yang betul adalah cari Mentor yang betul. Ehem2. Lebih afdal Cikgu garang yang ada janggut. Beliau dah lalui proses tersebut dan bersedia untuk berkongsi pengalaman & formula. In Shaa ALLAH. Amin. 

Ps : Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Homework mesti siapkan sebelum bertemu beliau. He2 kopi satu! 
   

20141109

TIP BISNES DARI RUMAH: UNIVERSITI BERGERAK.



Sebagai Usahawan dari rumah, kita mesti menambah ilmu pengetahuan setiap hari. Cari jalan bagaimana setiap masa yang terluang di gunakan dengan sebaiknya. Untuk berjaya & kaya, jangan buat apa Usahawan biasa-biasa amalkan. Mereka juga tidak mahu buat apa Usahawan berjaya lakukan.

Secara purata, kita memandu kenderaan 2 jam setiap hari.Jangan hanya dengar muzik. Dengar juga Cd ilmu dalam pemanduan kita. 2 jam sehari, kita ada 14 jam seminggu sumber ilmu yang di terima. Mendengar dengan fokus selama setahun, kita mendapat ilmu melebihi 500 jam, seperti sudah berada 2 semester di Universiti. Universiti bergerak ini telah membantu ramai Usahawan yang hebat & berjaya. Keluarkan sejumlah wang untuk membeli Cd ilmu ini. Program audio yang kita dengar setiap hari boleh menjadikan daya fikiran kita semakin ampuh.Kekuatan minda juga bertambah bijak mengurus segala cabaran. Formula ini mudah tetapi berkesan. Murah tapi sangat bernilai. Jika sudah tahu formula ini, terus bertindak hari ini. Bukan esok atau lusa. Jumpa anda semua di Planet Jutawan. In Shaa ALLAH. Amin. 

Ps : Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Homework mesti siapkan sebelum bertemu beliau. He2 kopi satu! 
  

20141108

SURVEY ASET.

20141106

1000 KENALAN.


Cipta jambatan untuk mencari & menerima 1000 kenalan baru setahun. Bina hubungan dahulu. Pilih yang berkualiti untuk lebih rapat. Networking, networking, networking before earning. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

Ps : Ini juga homework untuk nak berjaya.
  

20141105

PROGRAM PAGI TADI.

20141104

KISAH AKU DAN ABAH.

Gambar Arwah Haji Abdul Rahman Bin Ibrahim.

Kisah ini berlaku seminggu sebelum 4 November 2012.

Ketika aku sedang memandu, tiba - tiba telefon bimbit aku berdering. Aku mengangkat telefon tertera nama Abah di skrin.

Aku : Assallammuallaikum Abah?

Abah : Waallaikumsallam. Duku sihat ke? ( Duku panggilan manja Abah kepada aku. Setiap adik beradik aku ada gelaran tersendiri. )

Aku : Alhamdulillah. Sihat Bah. Sekarang tengah memandu. Nak hantar order ke pelanggan. Abah sihat?

Abah : Abah sihat je. Abah nak minta sesuatu boleh?

Aku : Boleh Bah.

Abah : Abah nak kereta. Kor belikan Abah kereta kancil buruk boleh? Harga 3-4 ribu je. Senang Abah nak pergi mengeteh dengan kawan.

Aku : Boleh Abah. Tapi untuk Abah saya carikan kereta kelisa gear automatik. Senang sikit Abah nak bawa. Model ini baru sikit.

Abah : Abah tak kisah. Janji boleh tayang kat kawan - kawan Abah yang kereta ini anak Abah yang beli. Abah nak beritahu mereka yang anak Abah berjaya dalam bisnes. Abah tumpang bangga. ( Bunyi sangat ceria )

Aku : Baiklah. Beri masa seminggu. Samad carikan kelisa untuk Abah. Siapa nak pandu nanti? Abah mata dah tak berapa nampak.

Abah : Abah ada pemandu. Terus letak.

Lepas perbualan ringkas, aku terus cari majalah yang menjual kereta terpakai. Ada beberapa yang aku berkenan. Hadiah kepada Abah mesti yang agak baru & gear automatik. Aku mesti tunaikan permintaan beliau. In Shaa ALLAH.

Seminggu selepas itu, jam awal pagi. Kami menerima panggilan yang Abah jatuh di rumah beliau.Perbualan aku minggu lepas adalah perbualan kami yang terakhir. Malam sebelum itu, beliau di masukkan ke Hospital tetapi berkeras untuk balik. Sudah bertahun -tahun setiap kali Abah masuk hospital, aku orang pertama yang beliau hubungi. Tapi kali ini tidak. Beliau menghembuskan nafas terakhir di rumah sendiri. Penyakit tiga serangkai menjadi asbab untuk di jemput. Memang benar, kenderaan terakhir yang arwah naik bersama pemandu. Air mata mengalir tanpa di sedari. Ketika memandikan arwah Abah aku lihat wajahnya yang tenang. Wajah beliau banyak persamaan dengan aku. Bentuk badan juga begitu. Ketika aku menaip kisah ini, aku menangis. Aku menangis semahunya. Aku rindu Abah. Ya. Aku sangat rindu.

Hari ini, genap 2 tahun kami kehilangan Abah. Gurau senda & lawak spontan yang membuat kami ketawa masih kekal di ingatan. Semoga roh Abah aman di sana & di tempatkan golongan yang beriman. Amin. Al -Fatihah.
         

20141101

AKTIVITI BISNES.


 

4 Perkara Penting Dalam Bisnes.
  1. Starting 
  2. Branding 
  3. Marketing 
  4. Networking
Tidak mengapa bermula kecil tapi mesti bermula dengan betul. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!