20141004

TIP BISNES DARI RUMAH: KISAH SMS..


Pada suatu pagi Jumaat sekitar tahun 2012, aku menerima satu sms. Memang kerap benar aku menerima sms berbentuk tawaran menjadi kaya & berjaya. Selalunya aku delete sms tersebut atau buat tak tahu je. Memandangkan aku free pagi itu, aku pun berbalas sms dengan si penghantar sms tersebut. Berikut antara yang aku ingat.
Sms 1 :
Peluang menjana pendapatan sehingga 4 digit sehari dengan modal rm100. Tak perlu jual barang. Tak perlu simpan stok. Ini bukan Mlm, skim cepat kaya & sistem piramid. Berminat sila balas semula untuk kita berjumpa. Terima kasih.

Aku :
Saya berminat. Boleh kita berjumpa di Restoran Mekdee di Damansara Damai, jam 11 pagi Isnin depan. Boleh saya tahu nama & lokasi Tuan?
Samad.

Sms 2 :
Baiklah. Kita jumpa hari isnin di Restoran Mekdee Damansara Damai jam 11am. Nama saya Pak Pandir ( Bukan nama sebenar ). Lokasi saya di Klang.

Aku :
Ok. Tolong bawa statement bank 6 bulan yang terbaru. Pastikan nama Pak Pandir punya ya. Kita jumpa hari isnin. Terima kasih.

Sms ke 3 :
Ok. Boleh. Terima kasih.

Sms ke 4 :
Maaf. Jadual saya hari isnin sibuk. Saya berada di Shah Alam. Lagipun saya tidak tahu di mana Damansara Damai.

Aku :
Lewat pun takpe. Saya tunggu. Mesti bawa 6 bulan bank statement Pak Pandir ya. Jika tidak tahu tempat, naik teksi. Nanti saya bayarkan.

Sms ke 5 :
Saya tahu ke Damansara Perdana sahaja. Ibu pejabat kat sana. Boleh datang ke sana. Kita jumpa di Damansara Perdana.

Aku :
Damansara Perdana dekat sahaja dengan Damansara Damai. Pak Pandir naik teksi. Nanti saya bayarkan. Jangan lupa bawa 6 bulan bank statement ya.

Sms ke 6 :
Boleh datang ibu pejabat kami. Boss kami boleh tunjuk statement bank tu.

Ini sms beliau yang terakhir. Aku tidak tahu bagaimana bisnes bermodalkan rm100 tanpa jual barang tapi boleh memberi pulangan sehingga 1000%. Hebat betul sistem ini. Sekarang ini pun masih berleluasa sistem ini. Masih banyak iklan seperti ini. Perkara asas dalam bidang bisnes ada berlaku jualan. Mesti ada pembeli. Mesti ada penjual. Pertukaran produk atau perkhidmatan. Berlaku bisnes di situ.

Untuk usahawan yang baru bisnes kecil dari rumah, mesti belajar teknik yang betul dalam bidang jualan. Mesti jadi jurujual terbaik sebelum upgrade menjadi pembekal pula di masa hadapan. Mentor yang hebat pun mesti jadi anak murid dahulu. Beginner dahulu sebelum expert. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
     

No comments:

Post a Comment