20141013

ROCK YOUR BRAND.


Bismillah. Sabtu & ahad yang lalu, Ceo hadirkan diri di Program Rock Your Brand. Siri 2. Satu program yang sangat yang hebat untuk Usahawan yang berniaga dari rumah. Jika bisnes tidak mempunyai branding yang kuat, sukar untuk bertahan lama. Speaker yang mempunyai pengalaman 9 tahun, Tuan Fazli Little Trees berkongsi bagaimana beliau bermula. Pada awalnya beliau juga tidak mempunyai pekerja & pejabat. Mitos jika ingin berniaga mesti ada pejabat yang cantik untuk berjaya adalah tidak benar.Terlalu banyak ilmu yang Ceo sedut dari perkongsian beliau. Ceo kongsikan 5 perkara di blog ini.

1 : Murah Hati.
Sikap ini mesti ada untuk berjaya dalam bisnes. Sikap yang mesti kita amalkan. Antara sikap yang Ceo lihat faktor kejayaan Tuan Speaker adalah beliau sangat suka memberi hadiah. Beri. Beri. Beri. Beri. Beri. Kami 60 orang sebagai murid beliau, balik dengan berbagai barangan bernilai tetapi di beri dengan percuma. Belum pernah lagi program seumpama ini Ceo jumpa. Beliau juga sarat membawa balik hadiah yang di terima dari peserta hasil dari sikap ini. More you give, more you get back.

2 : Brand Diri Sendiri.
Ini adalah formula kejayaan yang di guna pakai oleh insan yang hebat dan berjaya. Kita mesti belajar bagaimana membrandkan diri sendiri. Berbagai skil mesti kita kuasai. Antara contoh :
  1. Bijak berkomunikasi
  2. Pandai bina hubungan
  3. Skil berunding
  4. Mesti kreatif
  5. Cara penampilan
Jenama diri kita mesti di yakini oleh orang lain. Andaikata kita sudah mempunyai brand yang kuat, beratur panjang orang yang nak berurusan dengan kita.

3 : Strategi Laut Biru.
Sebagai bisnes kecil dari rumah, kita mesti alert persaingan produk di pasaran. Sedikit kreatif di perlukan di sini. Jangan bersaing dengan harga yang murah dengan pesaing yang menjual produk yang sama atau lebih kurang sama. Sentiasa cari jalan menjadikan produk kita unik dan berbeza dengan pasaran. Cipta pasaran kita sendiri. Bina tribe & berniaga sahaja dengan tribe kita dahulu.

4 : Kecil Dan Simple.
Jangan memilih packaging produk yang besar. Berbagai masalah yang kita hadapi nanti. Keep It small & simple. Andai kata produk kita besar, susah nak simpan. Ruang besar di perlukan. Susah nak bawa juga. Jika kita hanya mempunyai motorsikal sahaja, bagaimana kita nak angkut tempahan kita kelak. Harga untuk pos laju pun tambah mahal. Kos operasi pun naik. Pilih produk yang kecil, lasak, tahan lama tetapi margin besar.

5 : Proses.
Untuk mempunyai jenama yang kuat dan di percayai ramai, ianya mesti melalui proses yang sangat lama & berbagai halangan. Kita mesti tempuh proses ini dengan berani. Setiap cabaran yang dihadapi boleh menjadikan kita lebih bijak & matang. Untuk berjaya kita mesti buat apa yang biasa-biasa tidak mahu lakukan. Apabila kita berdiri di puncak kejayaan, episod duka di awal pendakian menjadi cerita manis untuk anak cucu. In Shaa ALLAH. Amin.

Terima kasih Tuan Guru & Puan Lily Sabrina Md Saberi. Semoga kita berjumpa lagi. Halalkan ilmu ini. Di doakan kalian terus sihat dan bersemangat waja untuk memandaikan bangsa. Amin.

# Fenomena 'Biar Slow Tetapi Mesti Stylo ' sudah merebak. He2 kopi satu!
  

No comments:

Post a Comment