20141016

AKU, BANGLA & RM20.

Ceo bersama rakan lama, Abdul Fattah.
Hari ini aku bercuti. Berehat untuk bersedia ride ke Phuket, Thailand esok. Pagi jam 11.30 pagi aku jumpa dahulu Abdul Fattah @ Nik A Ramli kawan lama semasa di Sekolah Menengah Taman Tun Dr Ismail. Kami berbual sekitar 2 jam. Topik yang menjadi perbualan kami ialah beliau bercadang untuk terbit buku tentang hiasan dalaman. Aku yang dah ada sedikit pengalaman ada berkongsi pengalaman dan sedikit tip. Hari ini beliau belanja aku. Tak sempat aku nak bayar, bil dah setel. Seraya tersenyum, Fattah berkata, 'Asyik Samad je bayar, mana boleh. Fattah pun nak pahala.

Aku gagal belanja dia. Selepas itu, kami ke Mph untuk pergi tengok buku. Aku senyum melihat dua buku aku masih berada di rak jualan.Tersusun cantik. Kami tidak lama di situ Fattah kena balik. Selepas bersalaman aku terus ke tempat bowling. Sebelum itu aku singgah sekejap untuk beli tiket wayang. Dah lama tak menonton filem. Sebab cuti, aku belanja diri sendiri. Aku terus ke bowling bertujuan untuk pinjam toilet mereka. Di sinilah tempat aku anjurkan bowling ria Truetech Group awal tahun. Pekerja yang bertanggungjawab menjaga tandas seorang Bangla, dia tersenyum melihat aku walaupun dari jauh.
Bangla : Assallammuallaikum Boss. Lama tarak mari. Banyak busy ke?
Aku : Iyalah.You sudah makan.
Bangla : Belum Boss. Sikit jam.
Aku : Saya sudah lama tidak belanja kamu makan. Ambil ini, buat belanja makan.
Bangla : Terima kasih.

Kami berbual sekitar 2 minit sebelum aku pergi menonton wayang. Cerita hari ini tidak berapa best. Tapi tak kisah pun sebab aku memang nak rehat. 30 minit selepas wayang bermula, aku menerima satu sms dari seorang pelanggan yang lama tidak order. Setahun lebih tidak pernah order. Kali beliau meminta sebut harga dengan kuantiti yang banyak sedikit. Aku memberi satu sebut harga yang bernilai Rm1,700. Lepas itu beliau minta kompomkan nombor akaun aku. Selang beberapa minit, beliau sms yang duit bernilai Rm1,700 sudah di kredit di akaun aku. Alhamdulillah. Janji Allah memang benar. Setiap sedekah yang di sumbang pasti mendapat balasan. Tiba - tiba aku teringat akan kawan Bangla aku tadi. Walaupun aku tak berjaya belanja Fattah tetapi sumbangan Rm20 kepada Bangla, Allah gandakan 850 kali nilai duit tersebut. Nikmat apa lagi yang hendak di dustakan. 

Begitu kisah MAGIC tentang sedekah. Jangan tunggu kaya baru nak bersedekah. Bersedekah setiap hari jika nak kaya. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

No comments:

Post a Comment