20141029

TIP BISNES DARI RUMAH: 7 KETAGIHAN.

 
 
7 DNA ketagihan ini mesti ada di setiap Usahawan bisnes dari rumah jika mahu berbeza dari yang biasa-biasa. We do the best, let ALLAH do the rest. Amin. He2 kopi satu!
  

20141028

MODAL BESAR & KECIL.


Tidak salah bermula modal besar. Boleh juga bermula modal ciput. Tapi keduanya mesti bermula BETUL '. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
   

20141026

ILMU & AMAL.

20141025

PILIHAN.


Mentor Bisnesku Berkata, ' Kita Boleh Pilih Hidup Sederhana & Biasa - Biasa Tetapi Di Dalam Bisnes Kita Mesti Pilih Untuk Kaya & Berjaya. Tiada Kesalahan Untuk Menjadi Kaya Dari Segi Undang- Undang & Agama '. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
  

20141022

KISAH SEMASA DI THAILAND.

Biar slow tetapi mesti stylo.

5 Perkara Yang Di Perhatikan Di Thailand. 

1 : Sepanjang perjalanan ride dari Danok, sempadan Thailand menuju ke Phuket, tiada jumpa satu pun kemalangan kecil mahupun besar. Walaupun cuaca hujan lebat dan jalan licin. Banyak juga jalan yang mempunyai selekoh tajam. 95 % pemandu di sana sentiasa memberi ruang untuk kami memotong. Averange kelajuan motorsikal yang di tunggang sekitar 140 kmh- 200 kmh tetapi sentiasa mereka memberi ruang. Alhamdulillah.

2 : Kenderaan yang agak popular di sana adalah trak pickup. Mereka boleh sumbat penumpang hingga 10 orang di bahagian tempat barang. Mak Cik - Mak Cik pun ramai yang sanggup duduk berhimpit di kenderaan tersebut. Jika hujan mereka gunakan kanvas untuk tutup kepala. Ini perkara biasa di sana. Walaupun faktor keselamatan agak longgar tetapi amalan pemanduan normal di sana. Seperti di Malaysia, menunggang motosikal memakai jaket terbalik adalah standard biasa di sini.

3 : Tiada Tol. Langsung tiada tol. Walaupun jalan 2 lorong bersama lorong kiri untuk kegunaan motosikal & lorong kecemasan tetap tidak di kenakan bayaran tol. Memang selesa menunggang di sana. Cuma kami tidak ride waktu malam. Jika pembaca sebagai Bikers mesti beranikan diri untuk ride di sini. Tidak perlu ride laju pun. Biar slow tetapi mesti stylo.

4 : Petrol mahal tetapi barang keperluan tetap murah. Mitos minyak mahal barang mahal tidak berlaku di Selatan Thailand. Sekitar rm3.80 liter. Lebih kurang begitu. Ceo isi minyak petrol penuh sekitar rm75. Memang terasa isi sebegitu tetapi yang belian barangan lain masih murah. Barangan kain, buah-buahan, cenderahati masih murah banding di Malaysia.

5 : Hotel 4 bintang tetapi bayar harga 2 bintang. Memang berbaloi membayar rm720 untuk 4 malam berada di sana. Contoh, pihak pengurusan Hotel Patong Heritage di Phuket beri kami katil 2 Queen. Bilik besar, bilik air besar dan air shower yang laju. Puas mandi. Tilam selesa dan air cond 2 hp memberi keselesaan maksima. Kami juga bertemu ramai pelancong dari Taiwan, Korea yang suka sangat dengan konvoi kami. Beratur mereka hendak bergambar dengan motosikal kami. Kembang semangkuk kami. He2kopi satu!
   

20141021

TIRU TAKTIK.

20141018

BERCUTI SEBENTAR.

20141016

KELAS 'BERMULA KECIL, BERMULA BETUL".


Nota: 
Hubungi Tuan Zubayry Abady untuk mendaftar nama di program ' Bermula Kecil. Bermula Betul '. Klik di sini.
 

AKU, BANGLA & RM20.

Ceo bersama rakan lama, Abdul Fattah.
Hari ini aku bercuti. Berehat untuk bersedia ride ke Phuket, Thailand esok. Pagi jam 11.30 pagi aku jumpa dahulu Abdul Fattah @ Nik A Ramli kawan lama semasa di Sekolah Menengah Taman Tun Dr Ismail. Kami berbual sekitar 2 jam. Topik yang menjadi perbualan kami ialah beliau bercadang untuk terbit buku tentang hiasan dalaman. Aku yang dah ada sedikit pengalaman ada berkongsi pengalaman dan sedikit tip. Hari ini beliau belanja aku. Tak sempat aku nak bayar, bil dah setel. Seraya tersenyum, Fattah berkata, 'Asyik Samad je bayar, mana boleh. Fattah pun nak pahala.

Aku gagal belanja dia. Selepas itu, kami ke Mph untuk pergi tengok buku. Aku senyum melihat dua buku aku masih berada di rak jualan.Tersusun cantik. Kami tidak lama di situ Fattah kena balik. Selepas bersalaman aku terus ke tempat bowling. Sebelum itu aku singgah sekejap untuk beli tiket wayang. Dah lama tak menonton filem. Sebab cuti, aku belanja diri sendiri. Aku terus ke bowling bertujuan untuk pinjam toilet mereka. Di sinilah tempat aku anjurkan bowling ria Truetech Group awal tahun. Pekerja yang bertanggungjawab menjaga tandas seorang Bangla, dia tersenyum melihat aku walaupun dari jauh.
Bangla : Assallammuallaikum Boss. Lama tarak mari. Banyak busy ke?
Aku : Iyalah.You sudah makan.
Bangla : Belum Boss. Sikit jam.
Aku : Saya sudah lama tidak belanja kamu makan. Ambil ini, buat belanja makan.
Bangla : Terima kasih.

Kami berbual sekitar 2 minit sebelum aku pergi menonton wayang. Cerita hari ini tidak berapa best. Tapi tak kisah pun sebab aku memang nak rehat. 30 minit selepas wayang bermula, aku menerima satu sms dari seorang pelanggan yang lama tidak order. Setahun lebih tidak pernah order. Kali beliau meminta sebut harga dengan kuantiti yang banyak sedikit. Aku memberi satu sebut harga yang bernilai Rm1,700. Lepas itu beliau minta kompomkan nombor akaun aku. Selang beberapa minit, beliau sms yang duit bernilai Rm1,700 sudah di kredit di akaun aku. Alhamdulillah. Janji Allah memang benar. Setiap sedekah yang di sumbang pasti mendapat balasan. Tiba - tiba aku teringat akan kawan Bangla aku tadi. Walaupun aku tak berjaya belanja Fattah tetapi sumbangan Rm20 kepada Bangla, Allah gandakan 850 kali nilai duit tersebut. Nikmat apa lagi yang hendak di dustakan. 

Begitu kisah MAGIC tentang sedekah. Jangan tunggu kaya baru nak bersedekah. Bersedekah setiap hari jika nak kaya. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

20141015

BERMULA MODAL BESAR TAPI ILMU CIPUT.


Aku bermula bisnes secara sepenuh masa bulan june 2008. Niat aku bisnes hanya untuk cari makan & duit untuk membayar segala bayaran bulanan. Jadi sebelum aku berhenti kerja, aku gunakan payslip sebagai dokumen untuk aku buat personal loan. Permohonan aku berjaya. 3 bank yang aku pohon luluskan. Jumlah terkumpul sebanyak rm29 ribu. Bank A beri rm7 ribu. Bank B luluskan rm8 ribu. Bank C yang paling popular di Malaysia banyak untung dengan personal loan memberi aku hutang rm14 ribu. Aku bermula dengan angka yang besar. Cuma aku terjun di lautan perniagaan dengan dua kaki.
 
Perjalanan bisnes aku kelihatan ok. Kelihatan berjaya. Kelihatan seronok. Serba serbi best. Rm29 ribu aku guna perlahan - lahan. Aku belanja apa jua yang terlintas di fikiran. Walaupun aku rekod jualan & perbelanjaan setiap hari tetapi aku gagal kawal perbelanjaan aku. Aku sangat rajin. Aku jaga disiplin. Aku seronok jumpa pelanggan. Aku sentiasa anggap pelanggan sebagai King. Aku bekerja keras. Aku bisnes 18 jam sehari. Sabtu & ahad pun bisnes. Kadangkala hingga jam 3 pagi. Masih mempunyai kekuatan untuk keluar semula jumpa pelanggan walaupun baru sahaja sampai rumah. Aku mempunyai stamina luar biasa. Aku datang 30 minit lebih awal dari pelanggan. Akhirnya bila aku semak pencapaian aku 12 bulan.

1 : Aku sudah mempunyai ramai pelanggan.
2 : Brand nama aku mula di kenali oleh pembekal, kawan & orang sekeliling.
3 : Repeat sale sudah mula berlaku.
4 : Ramai yang mula berminat berniaga perkara yang sama.
5 : Aku menjadi semakin busy & order sentiasa ada setiap hari.

Rumusan yang terakhir ini membuat aku terduduk & menjadi wake up call. Segala had kad kredit aku guna. Duit simpanan habis aku guna. Personal loan clear aku pakai. Dalam tempoh setahun aku mengumpul hutang yang banyak. Bisnes aku ini menjadikan aku busy tetapi miskin. Aku cepat papa dari perniagaan ini berbanding aku bekerja berpuluh tahun. Di mana silapnya? Bukankah bisnes boleh jadi kaya. Kini baru aku sedar ada kesilapan sudah berlaku. Aku tiada siapa untuk tegur. Aku belajar & bisnes sendirian. Aku terima result ini sebagai cukai kebodohan. June 2009 aku bermula sekali lagi. Aku bermula dengan apa yang ada di tangan. Hutang rm80k yang aku kumpul tanpa sedar menjadikan yuran kebodohan paling mahal aku. Kali ini aku bermula dengan modal azam yang berapi tetapi dengan modal tunai terciput. Ya. Sumbu motivasi aku sudah di nyalakan.
  
Ops. Cerita ini aku sambung semula di dalam kelas 'Bermula Kecil. Bermula Betul. ' In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
  
# Hubungi Tuan Zubayry Abady untuk mendaftar nama di program ' Bermula Kecil. Bermula Betul '.
  • 23 October 2014. Sudah Penuh.
  • 5 November. Dibuka untuk pendaftaran. 

20141014

PROGRAM BISNES DARI RUMAH.

20141013

ROCK YOUR BRAND.


Bismillah. Sabtu & ahad yang lalu, Ceo hadirkan diri di Program Rock Your Brand. Siri 2. Satu program yang sangat yang hebat untuk Usahawan yang berniaga dari rumah. Jika bisnes tidak mempunyai branding yang kuat, sukar untuk bertahan lama. Speaker yang mempunyai pengalaman 9 tahun, Tuan Fazli Little Trees berkongsi bagaimana beliau bermula. Pada awalnya beliau juga tidak mempunyai pekerja & pejabat. Mitos jika ingin berniaga mesti ada pejabat yang cantik untuk berjaya adalah tidak benar.Terlalu banyak ilmu yang Ceo sedut dari perkongsian beliau. Ceo kongsikan 5 perkara di blog ini.

1 : Murah Hati.
Sikap ini mesti ada untuk berjaya dalam bisnes. Sikap yang mesti kita amalkan. Antara sikap yang Ceo lihat faktor kejayaan Tuan Speaker adalah beliau sangat suka memberi hadiah. Beri. Beri. Beri. Beri. Beri. Kami 60 orang sebagai murid beliau, balik dengan berbagai barangan bernilai tetapi di beri dengan percuma. Belum pernah lagi program seumpama ini Ceo jumpa. Beliau juga sarat membawa balik hadiah yang di terima dari peserta hasil dari sikap ini. More you give, more you get back.

2 : Brand Diri Sendiri.
Ini adalah formula kejayaan yang di guna pakai oleh insan yang hebat dan berjaya. Kita mesti belajar bagaimana membrandkan diri sendiri. Berbagai skil mesti kita kuasai. Antara contoh :
  1. Bijak berkomunikasi
  2. Pandai bina hubungan
  3. Skil berunding
  4. Mesti kreatif
  5. Cara penampilan
Jenama diri kita mesti di yakini oleh orang lain. Andaikata kita sudah mempunyai brand yang kuat, beratur panjang orang yang nak berurusan dengan kita.

3 : Strategi Laut Biru.
Sebagai bisnes kecil dari rumah, kita mesti alert persaingan produk di pasaran. Sedikit kreatif di perlukan di sini. Jangan bersaing dengan harga yang murah dengan pesaing yang menjual produk yang sama atau lebih kurang sama. Sentiasa cari jalan menjadikan produk kita unik dan berbeza dengan pasaran. Cipta pasaran kita sendiri. Bina tribe & berniaga sahaja dengan tribe kita dahulu.

4 : Kecil Dan Simple.
Jangan memilih packaging produk yang besar. Berbagai masalah yang kita hadapi nanti. Keep It small & simple. Andai kata produk kita besar, susah nak simpan. Ruang besar di perlukan. Susah nak bawa juga. Jika kita hanya mempunyai motorsikal sahaja, bagaimana kita nak angkut tempahan kita kelak. Harga untuk pos laju pun tambah mahal. Kos operasi pun naik. Pilih produk yang kecil, lasak, tahan lama tetapi margin besar.

5 : Proses.
Untuk mempunyai jenama yang kuat dan di percayai ramai, ianya mesti melalui proses yang sangat lama & berbagai halangan. Kita mesti tempuh proses ini dengan berani. Setiap cabaran yang dihadapi boleh menjadikan kita lebih bijak & matang. Untuk berjaya kita mesti buat apa yang biasa-biasa tidak mahu lakukan. Apabila kita berdiri di puncak kejayaan, episod duka di awal pendakian menjadi cerita manis untuk anak cucu. In Shaa ALLAH. Amin.

Terima kasih Tuan Guru & Puan Lily Sabrina Md Saberi. Semoga kita berjumpa lagi. Halalkan ilmu ini. Di doakan kalian terus sihat dan bersemangat waja untuk memandaikan bangsa. Amin.

# Fenomena 'Biar Slow Tetapi Mesti Stylo ' sudah merebak. He2 kopi satu!
  

20141012

Kisah Cinta CEO (Episod 12)

 

Bismillah. Bercinta jarak jauh memang seronok.Tak perlu dating setiap hari. Jimat duit sikit. Jadi aku boleh fokus dalam pekerjaan aku. Cuma, bila rindu sedikit terus sms segera. Jika tidak boleh kawal perasaan kerinduan itu yang payah. Mesti dengar suara. Terpaksa buat panggilan. Bergayut di telefon pula. He2. Aku ingat jimat duit, tapi bil berjela. Perkara biasa dalam percintaan. Hero mesti berkorban.

Aku & si dia berhubung melalui telefon bimbit. Nampaknya skil aku dalam talian ternyata tidak luntur. Walaupun aku tidak berada di sisi tapi aku seperti sentiasa ada di sebelah. Kami berhubung mesra seperti pasangan lain juga. Cuma aku masih kurang yakin sebab keluarga beliau masih belum mengenali aku lagi. Siapalah mamat dari Damansara Damai ini? Restu mesti di pohon. Restu mesti ada. Kali ini aku tidak boleh tunggu lama. Aku mesti bertindak segera. Aku nak jumpa keluarga beliau cepat. Aku bersedia apa jua kemungkinan. Aku mungkin tidak di terima. Jawapan mesti di perolehi. Jika aku tahu lebih awal senang aku plan lain. Aku ada plan lebih besar jika di sambut baik. Aku bersedia jika di reject. Kumbang jantan ini dah biasa kena reject. Apa ada hal. At least jika aku serius nak bertanya, aku bakal terima 2 jawapan aje. Ya atau tidak. 

Selang seminggu, Nor call aku
Nor : Abang, Bapak nak jumpa.
Aku :Bila?
Nor : Sabtu ini. Boleh?
Aku : Boleh. Abang ready. Bapak garang ke?
Nor : Ntah. 

Jawapan terakhir membuatkan aku telan air liur. Bagaimana aku nak berdepan dengan Bapa mertua yang garang? Maksud aku bakal Bapa mertua. Psikologi orang tua aku tak faham sebab aku masih muda. Ehem2. Kelihatan masih muda. Aku berpengalaman luas menjadi ketua penanggah kenduri kahwin. Tapi ini aku bakal di interview untuk menjadi menantu. Level konfiden aku turun hingga 10%. Ini pengalaman aku yang pertama. .

Oklah. Aku nak bancuh kopi dahulu. Kita sambung semula ya. He2 kopi satu! 
 

20141011

BIAR ANGKA BERBICARA:

20141010

RADIANCE SIGNATURE.

20141009

5 TANDA POKAI.

 

Bismillah. 5 Tanda Pokai:
  1. Gagal menyimpan hatta rm50 sebulan.
  2. Terpaksa melihat baki dahulu di skrin ATM sebelum mengeluarkan wang.
  3.  Membayar jumlah minima kad kredit.
  4. Terpaksa berhutang untuk membayar hutang yang lain.
  5. Tidak membalas atau menjawab sms atau call dari pemiutang.

Sekitar tahun 2008 hingga awal 2009 aku juga berada di status nombor 1,2 & 3. Walaupun 2008 aku dah mulakan bisnes secara full time tapi aku lebih miskin dari 10 tahun aku menjadi seorang driver. Aku mula tersedar bila aku duduk menulis nilai perniagaan aku. Segala wang keluar & wang masuk aku catit rapi. Walaupun pernah aku keuntungan bersih sehari rm900 hasil bisnes telefon bimbit dari rumah tapi tunai yang berada di tangan & baki di bank tidak seimbang. Pada mulanya aku rasa segalanya ok, tapi bila kaji kedudukan kewangan aku, rupanya aku berundur ke belakang. Setahun perniagaan aku ini menjadikan aku miskin perlahan - perlahan. Aku gagal pantau ke mana duit aku pergi. Barulah aku sedar yang aku ini jahil menguruskan kewangan. Walaupun pun 4 kad kredit aku sudah mencapai tahap maksimum, aku lemas dengan personal loan dari 3 buah bank ternama. 

Aku bangkit semula. Aku mesti belajar tentang duit. Aku mesti menguasai kemahiran tentang duit. Aku bermula sekali lagi. Kali ini, aku bersedia ikat perut. Ilmu tentang kewangan aku upgrade perlahan - perlahan melalui pembacaan. Amat kurang sekali program atau seminar tentang pengurusan wang peribadi masa itu. Segala nafsu untuk berbelanja secara semberono aku pecat. Ketagihan berbelanja aku ubah. Tabiat ketagihan menyimpan mula terbentuk. Sikap & pandangan aku sudah berbeza. 

Ketika mempunyai wang yang sedikit, berbagai jenis barangan aku nak beli. Tetapi bila sudah mempunyai wang yang lebih aku mula rasa tidak selesa untuk berbelanja sesuka hati. Memang betul, bila aku sudah merasai berada di lokasi paling bawah, aku mula menghargai apa yang di miliki. Aku sanggup membayar untuk buku & program ilmu tanpa berfikir panjang, tetapi aku ambil masa yang lama untuk berbelanja perkara material yang lain. Perubahan mesti di lakukan jika mahu ubah 5 status di atas. Boleh buang ego untuk turunkan life style. Jual segala barangan yang di sayang tetapi tidak berguna. 

Lari dari cabaran kewangan tidak menyelesaikan masalah tersebut. Akui kesilapan diri & mulakan keyakinan untuk mengurus segala cabaran kewangan. Hutang duit tidak datang secara sengaja. Kita yang memilih untuk tanda tangan bersetuju untuk membayar dalam tempoh yang lama & jumlah yang lebih dari yang di pinjam. Setiap cabaran ada pakej kejayaan. Walaupun nasi kelihatan sudah jadi bubur. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

Ps : Di doakan semoga semua pembaca status ini sihat, kaya & berjaya dunia & akhirat. Amin.
  

20141008

BAHAGIA & BERJAYA.

 

Mesti Bahagia Dahulu Sebelum Berjaya Bukan Dah Berjaya Baru Bahagia '. Ceo pilih untuk bahagia. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
  

20141007

BEST SELLER.

20141006

PESANAN KEPADA DIRI SENDIRI :


"Aku Tiada Masa Untuk Mencari Kesilapan Atau Kekurangan Orang Lain Kerana Aku Terlalu Sibuk Memperbaiki Kesilapan & Menambah Nilai Diri Sendiri ."
Kejayaan bukan destinasi tetapi kejayaan adalah sebuah lebuhraya dalam pembikinan. Dengan izin Allah. Amin.

He2 kopi satu!
  

20141004

TIP BISNES DARI RUMAH: KISAH SMS..


Pada suatu pagi Jumaat sekitar tahun 2012, aku menerima satu sms. Memang kerap benar aku menerima sms berbentuk tawaran menjadi kaya & berjaya. Selalunya aku delete sms tersebut atau buat tak tahu je. Memandangkan aku free pagi itu, aku pun berbalas sms dengan si penghantar sms tersebut. Berikut antara yang aku ingat.
Sms 1 :
Peluang menjana pendapatan sehingga 4 digit sehari dengan modal rm100. Tak perlu jual barang. Tak perlu simpan stok. Ini bukan Mlm, skim cepat kaya & sistem piramid. Berminat sila balas semula untuk kita berjumpa. Terima kasih.

Aku :
Saya berminat. Boleh kita berjumpa di Restoran Mekdee di Damansara Damai, jam 11 pagi Isnin depan. Boleh saya tahu nama & lokasi Tuan?
Samad.

Sms 2 :
Baiklah. Kita jumpa hari isnin di Restoran Mekdee Damansara Damai jam 11am. Nama saya Pak Pandir ( Bukan nama sebenar ). Lokasi saya di Klang.

Aku :
Ok. Tolong bawa statement bank 6 bulan yang terbaru. Pastikan nama Pak Pandir punya ya. Kita jumpa hari isnin. Terima kasih.

Sms ke 3 :
Ok. Boleh. Terima kasih.

Sms ke 4 :
Maaf. Jadual saya hari isnin sibuk. Saya berada di Shah Alam. Lagipun saya tidak tahu di mana Damansara Damai.

Aku :
Lewat pun takpe. Saya tunggu. Mesti bawa 6 bulan bank statement Pak Pandir ya. Jika tidak tahu tempat, naik teksi. Nanti saya bayarkan.

Sms ke 5 :
Saya tahu ke Damansara Perdana sahaja. Ibu pejabat kat sana. Boleh datang ke sana. Kita jumpa di Damansara Perdana.

Aku :
Damansara Perdana dekat sahaja dengan Damansara Damai. Pak Pandir naik teksi. Nanti saya bayarkan. Jangan lupa bawa 6 bulan bank statement ya.

Sms ke 6 :
Boleh datang ibu pejabat kami. Boss kami boleh tunjuk statement bank tu.

Ini sms beliau yang terakhir. Aku tidak tahu bagaimana bisnes bermodalkan rm100 tanpa jual barang tapi boleh memberi pulangan sehingga 1000%. Hebat betul sistem ini. Sekarang ini pun masih berleluasa sistem ini. Masih banyak iklan seperti ini. Perkara asas dalam bidang bisnes ada berlaku jualan. Mesti ada pembeli. Mesti ada penjual. Pertukaran produk atau perkhidmatan. Berlaku bisnes di situ.

Untuk usahawan yang baru bisnes kecil dari rumah, mesti belajar teknik yang betul dalam bidang jualan. Mesti jadi jurujual terbaik sebelum upgrade menjadi pembekal pula di masa hadapan. Mentor yang hebat pun mesti jadi anak murid dahulu. Beginner dahulu sebelum expert. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
     

20141003

MEETING EXCO TRUETECH GROUP.

20141002

MENCARI SILAP.


'Mencari Kesilapan Orang Lain Umpama Mencari Gula Di Kilang Gula.' 

Jangan fokus perkara ini. Lebih baik perbaiki diri sendiri & upgrade ilmu di dada. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!