20140924

TIP BISNES DARI RUMAH: SIMPAN & LUPAKAN.


Sebagai Usahawan dari rumah, kita mesti ikat perut di awal permulaan bisnes kita. Mesti simpan sedikit dari jualan yang pertama lagi. Tetapkan matlamat kewangan dengan jelas. Tuliskan di atas kertas matlamat kita itu. Memang pada awal angka yang kita simpan itu sangat sikit & kecil. Satu digit atau dua digit. Angka kecil ini bergerak sangat perlahan pada awalnya. Bosan & malas pada peringkat ini. Ini perkara biasa. Apa yang kita lakukan ini untuk menjadikan sebagai habit. Tabiat ini mesti di buat bersungguh sungguh jika mahu menjadi seorang Jutawan Bisnes Dari Rumah. Tangguhkan dulu segala kemahuan, keseronokan, percutian & menjamu selera makanan yang mahal. Fokus perkara ini. Bagi yang baru nak bermula. Ceo drafkan cara untuk kita boleh bertindak segera. Ambil kertas & tulis ini.
Cabaran Menyimpan 30 Hari.

Aku mesti simpan minima rm10 sehari. Oleh itu aku mesti pergi ke Bank setiap hari pada jam 9.30 pagi. Aku mesti isi borang simpanan setiap malam sebelum tidur. Aku mesti mempunyai wang minima rm300 sebelum 30 haribulan. Semoga Allah permudahkan segala urusan cabaran ini. Amin.

Yang Benar,
Aku Hebat, Kaya & Berjaya.
22 September 2014.

Ini hanya contoh. Biar angka berbicara. Biar angka bercakap sebagai testimoni. Angka tidak menipu. Apa yang kita buat ini sebagai tapak untuk membina kekayaan. Bermula memang kecil tetapi masa akan menentukan sejauh mana kejayaan yang hendak kita capai. Mungkin nampak sangat mudah & boring. Bagaimana nak urus rm1000 jika nak simpan rm10 pun payah. Ini juga boleh menjadi kayu pengukur kejayaan kita. Bila usia bisnes kita setahun kita dah ada result di mana tahap kewangan kita selepas 365 hari kita berniaga. Mungkin rm3650 atau mungkin berganda. Simpan tidak akan kalah. Simpan tidak menjadi kita miskin. Kita sudah mencipta akibat yang akan datang. Tembok kewangan bertambah kukuh dari hari ke hari. Dari merangkak kita menaiki roket ke angkasa menuju ke Planet Jutawan. Dengan izin Allah. Amin. He2 kopi satu!
    

No comments:

Post a Comment