
Bismillah. Peta kejayaan dari hari pertama hingga 1 tahun.
Tahun pertama adalah tahun yang mencabar. Banyak kesilapan berlaku dalam tempoh tersebut. Perbaiki. Keputusan boleh di perolehi selepas 1 tahun. Ada kejayaan mula datang. Ada cabaran baru mula muncul. Sabar & terus berusaha. Proses awal ini ramai yang kecundang. Tapi jika peta berada di tangan, melangkah tahun ke 2 dengan steady. Pengalaman satu tahun berjaya mematangkan kita. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
- Niat bisnes mesti betul.
- Skrip doa untuk di berikan kepada Ibu bapa.
- Restu kedua ibu bapa mesti ada.
- Mesti pasangan doakan.
- Modal kecil takpe. Modal jiwa mesti besar.
- Tulis matlamat. Jelas sejelasnya.
- Produk pertama mesti di pilih melepasi piawai.
- Pilih nama syarikat yang mempunyai maksud yang bagus. Jangan cincai sahaja.
- Slogan mesti ada.
- Pilih warna tema.
- Logo syarikat mesti siap.
- Kad nama yang pro.
- Buka akaun bank.
- Buat resit.
- Chop syarikat yang berkualiti.
- Website rasmi.
- Besarkan memori telefon bimbit. Upgrade jika ada kemampuan.
- Komputer basic pun cukup.
- Tutup Tv.
- Baca buku.
- Cd motivasi di dalam kereta.
- Stop membaca suratkhabar.
- Gunakan apa jua yang idea yang ada untuk bermula.
- Mula belajar menjual.
- Sms kepada semua prospek.
- Dapatkan jualan pertama.
- Masa terbaik untuk mendapatkan jualan kedua adalah selepas jualan pertama.
- Beritahu semua tentang bisnes kita.
- Dapatkan maklum balas.
- Kawal emosi.
- Jangan bergaduh dengan pelanggan. Iakan aje. Kita newbie maa.
- Bersihkan kenderaan rasmi.
- Buang stokin lama.
- Penampilan mesti ubah. Jangan pakai selipar semasa temu janji.
- Rekod jualan.
- Simpan duit. Asingkan.
- Mula cari kawan baru.
- Belajar bertindak pantas.
- Hadir 3 program ilmu.
- Cipta kejayaan kecil dahulu.
- Jangan main game. Delete Angry Bird.
- Penolakan di terima dengan senyuman.
- Jangan terlibat dengan mana - mana perlaburan.
- Jangan beri pelanggan hutang.
- Belajar bagaimana mendapatkan belian ulangan.
- Sentiasa berada tangan di atas.
- Bina hubungan dengan semua.
- Doa yang konsisten dan jelas.
- Maafkan semua orang.
- Minta maaf kepada semua.
- Jujur amalan harian.
- Datang lebih awal.
- Ilmu kewangan mesti di pelajari.
- Beri kucing makan. Jangan beri sisa.
- Cari Mentor.
- 365 hari mesti fokus. Tiada cuti untuk fokus.
- Jangan mudah putus asa.
- Sediakan pelbagai plan.
- Belajar ilmu pemasaran. Gunakan serta merta ilmu yang dapat.
- Jadi fleksibel.
- Kumpul data base.
- Senyum sentiasa.
- Tegur semua. Kita mesti tegur dahulu.
- Puji semua orang. Hatta pencuci toilet sekali pun.
- Ucap terima kasih.
- Berkongsi ilmu dengan orang lain.
- Ubah penampilan & sentiasa kemas.
- Buat dengan cara yang terbaik semua perkara di atas.
- Tawakal kepada Allah.
Tahun pertama adalah tahun yang mencabar. Banyak kesilapan berlaku dalam tempoh tersebut. Perbaiki. Keputusan boleh di perolehi selepas 1 tahun. Ada kejayaan mula datang. Ada cabaran baru mula muncul. Sabar & terus berusaha. Proses awal ini ramai yang kecundang. Tapi jika peta berada di tangan, melangkah tahun ke 2 dengan steady. Pengalaman satu tahun berjaya mematangkan kita. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

No comments:
Post a comment