20140908

TIP BISNES DARI RUMAH: NETWORKING.


Bismillah. Siapa 10 kawan paling rapat dengan kita, itulah kita. Lebih kurang begitu. Jika kita sangat minat dengan sukan bola sepak, kita mesti mempunyai ramai kawan yang mempunyai minat yang sama. Kaki pancing ikan, rapat dengan kaki pancing yang lain. Minat golf, kawan dengan kaki golf, minat superbike, mesti mempunyai kawan dengan pemilik motosikal berkuasa tinggi. Begitu juga dengan berbisnes. Mesti mencari kawan orang yang berniaga. Mesti jadi kawan akrab dengan mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Jangan kita berkawan dengan orang yang sama sahaja kerana sukar nak berkembang jika bertahun-tahun lepak dengan muka yang sama. Bina hubungan dengan Usahawan yang lain juga. Jika nak menjadi Usahawan Jutawan, mesti ada nombor telefon mereka yang sudah menjadi Jutawan. Jika nak berjaya dalam bidang hartanah, mesti bina hubungan mereka yang sangat berjaya dalam bidang ini.

Jika baru nak mulakan perniagaan, Ceo nasihatkan supaya laburkan sedikit wang untuk membeli telefon bimbit yang boleh menyimpan beribu-ribu nombor telefon orang lain. Pastikan memori besar untuk itu. Orang berjaya mempunyai ramai kenalan. Nak berjaya kita mesti ada ramai kawan. Mulakan keluar dari kepompong yang biasa. Berkawan dengan Ah Chong tauke spare part. Berbaik dengan Haslam pemuda Pakistan menjual karpet. Berbual mesra dengan Raja tukang gunting. Angkat tangan dengan pengawal keselamatan berbangsa Nepal. Bernetworkinglah dengan murid Dr Azizan Osman, Dato Roslan Ab Hamid, Puan Guru Ainon Mohd. atau mentor yang lain. Pergi belajar dengan mereka. Yuran kebijaksanaan lebih murah dari yuran kebodohan. Siapa yang kuasai networking ini, mereka berada di barisan hadapan. Siapa yang tertinggal di belakang, hanya makan sisa asap yang di hadapan.

Facebook juga boleh membantu. Add friend mereka yang positif dan mempunyai energi kejayaan. Wall Fb boleh menjadi resume. Jangan sabatoj diri atau menjadi pemalu yang salah. Akhir kata, siapa kawan -kawan kita sekarang menentukan siapa kita akan datang. Berkawanlah dengan semua orang tetapi lebih akrab dengan mereka yang positif, berjaya, motivasi tinggi, baik hati, jujur dan membawa kita ke arah kebaikan. Semoga ukhwah yang di bina menjadi satu networking yang kuat di masa hadapan. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
   

No comments:

Post a Comment