20140918

TIP BISNES DARI RUMAH: HUKUM SEBAB & AKIBAT.

 
Bismillah. Siapa pun kita hari ini adalah akibat apa yang telah kita lakukan dahulu. Penagih dadah yang tegar juga bermula berkawan dengan penagih dadah yang lain dahulu. Mula mengambil dalam dos yang kecil. Kemudian apabila dos yang kecil tadi sudah tidak lagi sampai piawai untuk menjadi high, mula menambah dos yang lebih tinggi. Hasilnya mereka sudah tidak boleh kawal ketagihan dadah. Ini hanya contoh hukum sebab & akibat. Dalam bisnes kecil dari rumah juga begitu. Kita mesti faham konsep sebab & akibat ini. Kita mesti rancang kejayaan. Kita selalu dengar nasihat ini. Jika gagal merancang untuk berjaya kita automatik merancang untuk gagal. Kadangkala Usahawan yang merancang pun boleh gagal inikan pula yang langsung tidak merancang. Cipta sebab yang boleh memberi akibat kejayaan. 
 
Di bawah ini sebagai contoh.

Pasang niat nak menjual 1000 set produk sebulan. Mulakan tambah bajet untuk iklan. Buat plan marketing untuk melantik agen. Bertanya kepada mereka yang berjaya. Buat website bisnes yang baru. Flyers yang menarik. Beri diskaun. Ubah penampilan. Hadir program ilmu. Tambah marketing tool. Jika banyak penambah baik yang berlaku akan mengakibatkan jualan 1,000 set sebulan mesti tercapai. Strategi untuk menjual 10 set tidak mungkin sama dengan strategi menjual 1,000 sebulan. 
 
Hukum sebab & akibat terpakai untuk semua jenis bisnes. Baik kecil atau berskala besar. Berhati-hati dengan aktiviti harian kita. Jangan buat perkara yang menjauhkan dari matlamat kita. Kesilapan kecil yang dilakukan sekarang boleh mengakibatkan kerugian yang besar di masa hadapan. Oleh itu, fikir dahulu sebelum bertindak. 99 kejayaan boleh dimusnahkan dengan 1 kesilapan. Semoga semua rakan Ceo sentiasa terus maju dalam bidang yang diceburi. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
 
   

No comments:

Post a Comment