20140917

TIP BISNES DARI RUMAH: 5 FORMULA TAK NAK MISKIN.


Bismillah. Jika tidak mahu miskin dalam perniagaan, ilmu tentang kewangan mesti upgrade. Walaupun kita hanya berniaga bisnes kecil dari rumah secara solo tapi jangan ambil mudah tentang kewangan. Majoriti yang Ceo jumpa masih terkial - kial dalam pengurusan kewangan. Sukar bisnes nak berkembang jika wang yang datang kepada kita hanya menjadi transit sementara sebelum ianya bertukar Tuan. Ramai yang makan gaji mula berniaga atas sebab faktor kewangan. Tak kisah begitu asalkan ilmu kewangan & ilmu perniagaan kita belajar serentak. Jangan nanti hanya sembang tentang jualan yang banyak tapi tidak berani berkongsi tentang simpanan yang dikumpul hasil perniagaan kita. Ada 5 tip Ceo nak kongsi di sini supaya kita tak miskin.

1 : Baca. Baca. Baca.
Mulakan tindakan untuk mencari buku tentang kewangan untuk kita hadam. Keluarkan bajet untuk beli buku -buku tersebut. Apalah sangat rm40 jika ilmu di dalamnya menyelamatkan kita dari rugi rm40 ribu. Bila katam 10 buku tentang kewangan, kita sudah ada asas ilmu yang kukuh tentang kewangan. Bagaimana nak urus rm300k jika modal rm3k gagal kita kembangkan.

2 : Simpan & Lupa.

Mulakan simpanan kita sekarang. Jangan tunggu esok atau lusa. 24 jam berlalu tanpa menyimpan kita sudah menjadi miskin dari semalam. Simpan setiap hari menjadikan kita menjadi kaya setiap hari. Mulakan tabiat Jutawan ini. Asas untuk kaya adalah tabiat suka menyimpan. Nafsu menyimpan lebih tinggi dari nafsu berbelanja. Mulakan dengan angka yang kecil. Contoh rm10 sehari. Walaupun angka kecil tetapi penyelamat terbesar kita sendiri di hari tua. Tanya Tuan Zubayry Abady. Beliau ketagih tegar dalam bab ini.

3 : Kad Kredit.
Duit plastik ini telah menjahanamkan banyak kubu kewangan Usahawan & akaun peribadi. Duit masa depan telah di gunakan sewenang -wenangnya hari ini. Tak perlu banyak kad kredit. Cukup maksima 2 kad. Sentiasa bayar penuh di setiap bil. Jangan sesekali membayar bayaran minima. Ini menjadikan bank bertambah kaya, kita bertambah miskin.

4 : Belanja Bawah Pendapatan.

Ini amalan yang wajib kita buat. Rahsia bahagia dalam kewangan. Hanya belanja kurang apa yang kita perolehi. Jangan terikut -ikut dengan gaya hidup rakan sebaya. Kewangan kita, kita mesti jaga. Tunda kemewahan sekarang untuk kekal kaya. Jangan jadi orang kaya kosmetik. Kelihatan kaya di luar tetapi miskin di akaun. Dapat rm100, belanja bawah rm100, formula kaya sepanjang zaman.

5 : Hutang.
Jangan mudah berhutang, jangan mudah beri hutang. Perkara hutang jangan di buat main -main. Silaturahim boleh putus angkara hutang. Kawan boleh menjadi lawan. Saudara mara boleh bermusuh. Emosi kemarahan melonjak tinggi jika hutang tidak boleh di bayar. Jika tidak mahu gangguan emosi tentang hutang ini berlaku, cegah sebelum ianya bermula. Jika mahu juga berhutang, hutang di bawah minima kelayakan. Sejarah sudah ada untuk kita teladani, gagal uruskan hutang, impian untuk menjadi Jutawan dari rumah juga berkubur.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Ceo doakan supaya pembaca status ini sihat, kaya & berjaya dunia & akhirat. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
  

No comments:

Post a Comment