20140915

Kisah Cinta CEO (Episod 11)


Bismillah. Dah lama aku bercuti tulis kisah ini. Tak sedar masa berlalu begitu pantas. Siapa yang tertinggal episod 1 hingga 11, boleh baca dalam website aku ya. Kisah ini berlaku sekitar 9 tahun yang lepas. Ketika aku berusaha keras untuk menjemput jodoh. Berbagai peristiwa yang berlaku. Jom ikut aku semula ke peristiwa yang sudah berlaku.

'Aku sampai awal 15 minit dari masa yang dijanjikan. Mungkin sudah biasa dengan keadaan sebagai driver Boss. Memang aku mesti datang lebih awal dari Boss. Perasaan petang sabtu itu bercampur -campur. Aku gembira dalam gabra. Hari ini aku sudah berjanji untuk membantu awek cun itu berpindah. Awek yang bernama Nor itu aku mesti hantar ke rumah Ibu & bapa beliau. Dia sudah berhenti kerja semalam.

Tepat jam 3.15 petang, si dia keluar. Kali ini, dia berbaju hitam. Wah. Warna kegemaran aku tu. Petang itu, aku melihat seorang wanita yang sangat cantik. Bertuahnya hero seorang ini. Tapi aku mesti kontrol macho. Tak banyak barang yang hendak di bawa. Hanya 3 beg besar dan 1 beg kecil.
Aku : Ada barang lagi?
Nor : Ini aje Bang.
Aku : Ok. Boleh kita berangkat sekarang.
Nor : Boleh. Jom.

Setelah dia bersalaman & berpelukan dengan teman serumah, kami pun bertolak. Sebaik sahaja beliau masuk ke dalam kereta, bau minyak wangi yang dia pakai menguasai segenap penjuru pancaindera bau ku. Aroma yang best.
Aku : Kita nak ke mana Nor?
Nor : Kita naik high way ke utara. Exit Tanjung Malim. Sana nanti Nor tunjuk jalan.

Sepanjang perjalanan, kami berbual mesra. Walaupun hanya baru mengenali tidak sampai 2 minggu tetapi sudah ada chemistri antara kami. 45 minit yang berlalu sangat cepat. Dari Tanjung Malim, Nor menunjukkan jalan menuju rumah ibu bapa beliau. Ini pertama kali aku drive area sini. Kami lalu Kampung Sekolah, Kampung Selisik & beberapa kampung sebelum sampai Felda Soeharto atau lebih glamour dengan nama Kampung Dusun. Tapi nasib baik tak jumpa samseng Kampung Dusun. He2. 

Walaupun pertama kali sampai ke situ, tetapi ingatan aku sangat kuat. Aku sudah hafal jalan tersebut. Maklumlah pengalaman sebagai seorang driver membantu sel ingatan aku berhubung. Aku tak lama di situ, selepas menurunkan beg, aku terus memandu pulang.

Dalam 5 minit sahaja, aku sudah rindu. Aku rasa mahu berpatah balik je. Menyesal aku tak duduk lebih lama tadi. Tapi apa nak buat. Aku tersenyum sendirian ketika memandu pulang . Semangat aku semakin kuat. Semoga visi dan misi aku di sampaikan oleh Nor ke keluarga dia. Aku memandu dalam kerinduan di iringi lagu Hindustan. Kadangkala rindu juga menyiksakan. Betul ke betul?

Kisah ini berhenti di sini. Nanti aku sambung ya. Sila sabar dalam iman.He2 kopi satu!
 

No comments:

Post a Comment