20140930

UBAH 3 PERKARA.


Bismillah. Kita Tidak Boleh Ramal Masa Depan Tetapi Kita Boleh Merancang Untuk Masa Depan.

Lihat Di Bawah:
1 : Siapa Kawan Kita.
2 : Buku Apa Kita Baca.
3 : Siapa Mentor Kita.
Ubah 3 perkara di atas, pasti ada perubahan. ' Dengan izin Allah. Amin. He2 kopi satu!
   

20140929

TIP BISNES DARI RUMAH: KAD NAMA BISNES.


Bismillah. Sebagai Usahawan yang baru, kita mesti berusaha untuk membina rangkaian kenalan bisnes mahupun pelanggan. Sebelum kita turun padang untuk berjumpa dengan mereka, pastikan persiapan awal ini mesti di siapkan. Situasi ini pasti berlaku di dalam apa jua program yang kita hadiri atau berbual dengan kawan yang baru kita kenali. Contoh :

Usahawan : Nama saya Samad. Saya bisnes dari rumah. Tuan apa khabar?

Kenalan: Alhamdulillah. Saya sihat. Tuan bisnes produk apa? Boleh beri kad bisnes?

Usahawan : Maaf. Kad bisnes saya belum siap.

Perkara ini simple sahaja.Kelihatan kita tidak bersedia tanpa sedar. Kita sudah menyampaikan mesej tentang bisnes yang kita sedang usahakan. Pertemuan pertama kita sudah tewas pusingan itu. Usahawan yang bersedia dengan kad bisnes yang sentiasa ada di dompet tahu bila masa yang sesuai untuk menyerahkannya. Situasi di atas berlaku di mana - mana. Begitu dengan kehadiran kita di program yang di hadiri beribu peserta. Peluang untuk kenal mereka hilang begitu sahaja. Kita tidak mempunyai banyak masa untuk berkongsi cerita tentang kita kepada mereka. Kad nama menjadi duta kepada kita. Usah terlalu kemut untuk melabur sedikit duit merekacipta kad bisnes ini. Buat yang benar-benar bermutu tinggi & kalis air. 
 
Rekemen kuat supaya sertakan sekali gambar kita selain info bisnes, nombor telefon & website. Gambar kita membantu mereka ingatkan diri kita. Cuba kita tengok beratus - ratus kad yang kita terima. Dalam tempoh tertentu, kita terlupa siapa empunya sebenarnya kad itu. Begitu juga nasib kita, kad kita juga gagal di ingati oleh penerima. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, letak gambar versi kita yang terbaik. Mereka pasti ingat kita dalam tempoh yang lama. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
 
   

20140928

ANTARA USAHAWAN TAKUT DAN BERANI.


Bismillah. 'Usahawan Yang Terlalu Takut Rugi Biasanya Yang Selalu Mengalami Kerugian Berbanding Dengan Usahawan Yang Berani Mengambil Risiko Kerugian '. Semuanya dengan izin Allah. Amin. He2 kopi satu! 
  

20140927

TIP BISNES DARI RUMAH: WEBSITE BISNES.


Bismillah. Mempunyai satu website rasmi untuk bisnes kita menjadi satu kelebihan. Bermula tanpa website pun boleh tetapi mempunyai website menjadikan kita lebih bersedia. Sebagai Usahawan baru bisnes dari rumah kita mesti siapkan website kita dalam tempoh 3 bulan sekurang - kurangnya. Dalam tempoh tersebut, kita dah boleh kumpul testimoni pelanggan -pelanggan kita. Jangan lupa juga mengambil gambar setiap aktiviti perniagaan kita. Bisnes mesti ada aktiviti. Bukan gebang kaku tanpa nyawa. Sebagai contoh, kita boleh lihat Usahawan yang berjaya sentiasa update aktiviti mereka. Kita mesti follow trend ini. Di muatkan dalam website. Tak tahu buat takpe. Upah sahaja kepada yang pakar. Mari kita membuat satu situasi ini sebagai contoh :

Semasa kita sedang memandu. Ada panggilan telefon berdering.
Usahawan : Assallammuallaikum.

Prospek : Waallaikumsallam. Saya Puan Nor dari Rawang. Boleh saya bertanya tentang produk herskin?

Usahawan : Puan nak bertanya dahulu atau nak beli?

Prospek : Saya nak tahu dahulu produk herskin itu apa?

Usahawan : Saya sedang memandu. Sukar untuk explain dalam pemanduan. Boleh Puan baca dahulu di website kami dahulu?

Prospek : Boleh. Apa laman webnya?

Usahawan : www.HerSkin2u.com. Puan boleh baca dahulu ya. Terima kasih.

Prospek : Baiklah. Sama-sama.

Website boleh membantu jika kita dalam keadaan sibuk & tidak bersedia untuk membuat penerangan di dalam talian. Skrip menjawab mesti ada di sediakan. Jangan jadi penjual terdesak yang ingin terus menjual pada panggilan pertama dengan jualan yang banyak & untung tinggi. Sabar. Bina hubungan dahulu. Usahawan yang mempunyai website mempunyai banyak kelebihan. Walaupun pun bukan kewajipan tetapi website boleh menjadi salah satu tool marketing perniagaan yang sangat berkesan. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
  

20140926

TIP BISNES DARI RUMAH: PETA 1 TAHUN.


Bismillah. Peta kejayaan dari hari pertama hingga 1 tahun.

  1. Niat bisnes mesti betul.
  2. Skrip doa untuk di berikan kepada Ibu bapa.
  3. Restu kedua ibu bapa mesti ada.
  4. Mesti pasangan doakan.
  5. Modal kecil takpe. Modal jiwa mesti besar.
  6. Tulis matlamat. Jelas sejelasnya.
  7. Produk pertama mesti di pilih melepasi piawai.
  8. Pilih nama syarikat yang mempunyai maksud yang bagus. Jangan cincai sahaja.
  9. Slogan mesti ada.
  10. Pilih warna tema.
  11. Logo syarikat mesti siap.
  12. Kad nama yang pro.
  13. Buka akaun bank.
  14. Buat resit.
  15. Chop syarikat yang berkualiti.
  16. Website rasmi.
  17. Besarkan memori telefon bimbit. Upgrade jika ada kemampuan.
  18. Komputer basic pun cukup.
  19. Tutup Tv.
  20. Baca buku.
  21. Cd motivasi di dalam kereta.
  22. Stop membaca suratkhabar.
  23. Gunakan apa jua yang idea yang ada untuk bermula.
  24. Mula belajar menjual.
  25. Sms kepada semua prospek.
  26. Dapatkan jualan pertama.
  27. Masa terbaik untuk mendapatkan jualan kedua adalah selepas jualan pertama.
  28. Beritahu semua tentang bisnes kita.
  29. Dapatkan maklum balas.
  30. Kawal emosi.
  31. Jangan bergaduh dengan pelanggan. Iakan aje. Kita newbie maa.
  32. Bersihkan kenderaan rasmi.
  33. Buang stokin lama.
  34. Penampilan mesti ubah. Jangan pakai selipar semasa temu janji.
  35. Rekod jualan.
  36. Simpan duit. Asingkan.
  37. Mula cari kawan baru.
  38. Belajar bertindak pantas.
  39. Hadir 3 program ilmu.
  40. Cipta kejayaan kecil dahulu.
  41. Jangan main game. Delete Angry Bird.
  42. Penolakan di terima dengan senyuman.
  43. Jangan terlibat dengan mana - mana perlaburan.
  44. Jangan beri pelanggan hutang.
  45. Belajar bagaimana mendapatkan belian ulangan.
  46. Sentiasa berada tangan di atas.
  47. Bina hubungan dengan semua.
  48. Doa yang konsisten dan jelas.
  49. Maafkan semua orang.
  50. Minta maaf kepada semua.
  51. Jujur amalan harian.
  52. Datang lebih awal.
  53. Ilmu kewangan mesti di pelajari.
  54. Beri kucing makan. Jangan beri sisa.
  55. Cari Mentor.
  56. 365 hari mesti fokus. Tiada cuti untuk fokus.
  57. Jangan mudah putus asa.
  58. Sediakan pelbagai plan.
  59. Belajar ilmu pemasaran. Gunakan serta merta ilmu yang dapat.
  60. Jadi fleksibel.
  61. Kumpul data base.
  62. Senyum sentiasa.
  63. Tegur semua. Kita mesti tegur dahulu.
  64. Puji semua orang. Hatta pencuci toilet sekali pun.
  65. Ucap terima kasih.
  66. Berkongsi ilmu dengan orang lain.
  67. Ubah penampilan & sentiasa kemas.
  68. Buat dengan cara yang terbaik semua perkara di atas.
  69. Tawakal kepada Allah.

Tahun pertama adalah tahun yang mencabar. Banyak kesilapan berlaku dalam tempoh tersebut. Perbaiki. Keputusan boleh di perolehi selepas 1 tahun. Ada kejayaan mula datang. Ada cabaran baru mula muncul. Sabar & terus berusaha. Proses awal ini ramai yang kecundang. Tapi jika peta berada di tangan, melangkah tahun ke 2 dengan steady. Pengalaman satu tahun berjaya mematangkan kita. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
  

20140925

TIP BISNES DARI RUMAH: UNTUNG.

Bismillah. Menjalankan perniagaan dari rumah adalah perkara biasa dewasa ini. Bagi yang baru berjinak - jinak dengan bisnes, adalah lebih baik bermula begini. Modal pun tidak perlu besar. Duit sewa kedai pun tak payah. Jangan terikut - ikut dengan Usahawan yang lain. Kita dengan trek kita sahaja. Fokus kepada satu produk yang kita pilih. Banyak sangat produk akan mengakibatkan kita kehilangan fokus. Dalam bisnes kecil atau besar akan ada kategori untung yang mesti kita ambil tahu. Kategori untung boleh di bahagi kepada 4.

1 : Untung kecil kadang kala.
2 : Untung kecil konsisten.
3 : Untung besar kadang kala.
4 : Untung besar konsisten.

Ramai Usahawan tergesa -gesa mahu kategori keuntungan nombor 4. Ini perkara normal. Bisnes mahu untung banyak & nak segera. Sebagai matlamat nak menjadi Usahawan berjaya dari rumah , kita mesti ada sikap sabar. Biar kita mempunyai stamina seperti pelari maraton. Tidak mudah mengah dalam jarak jauh. Nikmati dahulu jualan angka kecil.Tidak mengapa. Lebih baik untung kecil daripada rugi kecil. Teruskan lagi upgrade ilmu. Pantaskan tindakan. Bina tribe. Untung kecil tetapi konsisten mesti di rasai jika sudah upgrade ilmu, skil & tindakan. Jika kita dah boleh uruskan perkara yang kecil, kita boleh belajar bagaimana uruskan perkara yang besar dengan lebih mudah . In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
   

20140924

TIP BISNES DARI RUMAH: RISIKO.


Bismillah. Jangan kecut perut jika berbicara tentang risiko. Apabila kita memulakan perniagaan bisnes dari rumah, ada beberapa jenis risiko yang mesti kita ambil tahu. Mesti pandai melihat bisnes kita kategori apa. Tidak mengapa bermula dengan kecil, untung ciput, bisnes tidak glamour, jual produk orang lain atau masih jahil dalam ilmu bisnes. Semua orang yang hebat juga pada peringkat awal pun banyak yang tidak tahu. Jika mulakan bisnes kita dari rumah ada 4 risiko yang bakal terjadi:

1 : Rugi kecil.
2 : Untung kecil.
3 : Rugi besar.
4 : Untung besar.

Ini aje. Proses untuk mendapatkan untung besar mesti ada peralihan masa. Mesti ingat 2 ayat ini, mesti sematkan dalam minda ya. TAMAK & TAKUT. Kawal dua emosi ini. Ramai Usahawan mahukan untung yang besar secara tergesa -gesa. Pasti kita berjaya memperolehi untung yang besar jika sentiasa berjaya untung kecil setiap hari. Rugi kecil tidak mengapa, ianya yuran untuk berjaya. Takut untuk rugi bermaksud takut untuk berjaya. Rugi boleh menjadi guru yang hebat. Semua Usahawan dari rumah pernah rugi. Cuma Usahawan berjaya bertindak dengan cara berbeza bila menghadapi situasi tersebut. Rugi tidak berjaya menghalang mereka ini untuk terus berusaha. Malah mematangkan fikiran mereka. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

Ps : Di Truetech Group, Ceo berkongsi ilmu bisnes bagaimana menjemput jualan kecil dahulu. Biar kecil tetapi berhasil. Dengan izin Allah.
 

TIP BISNES DARI RUMAH: SIMPAN & LUPAKAN.


Sebagai Usahawan dari rumah, kita mesti ikat perut di awal permulaan bisnes kita. Mesti simpan sedikit dari jualan yang pertama lagi. Tetapkan matlamat kewangan dengan jelas. Tuliskan di atas kertas matlamat kita itu. Memang pada awal angka yang kita simpan itu sangat sikit & kecil. Satu digit atau dua digit. Angka kecil ini bergerak sangat perlahan pada awalnya. Bosan & malas pada peringkat ini. Ini perkara biasa. Apa yang kita lakukan ini untuk menjadikan sebagai habit. Tabiat ini mesti di buat bersungguh sungguh jika mahu menjadi seorang Jutawan Bisnes Dari Rumah. Tangguhkan dulu segala kemahuan, keseronokan, percutian & menjamu selera makanan yang mahal. Fokus perkara ini. Bagi yang baru nak bermula. Ceo drafkan cara untuk kita boleh bertindak segera. Ambil kertas & tulis ini.
Cabaran Menyimpan 30 Hari.

Aku mesti simpan minima rm10 sehari. Oleh itu aku mesti pergi ke Bank setiap hari pada jam 9.30 pagi. Aku mesti isi borang simpanan setiap malam sebelum tidur. Aku mesti mempunyai wang minima rm300 sebelum 30 haribulan. Semoga Allah permudahkan segala urusan cabaran ini. Amin.

Yang Benar,
Aku Hebat, Kaya & Berjaya.
22 September 2014.

Ini hanya contoh. Biar angka berbicara. Biar angka bercakap sebagai testimoni. Angka tidak menipu. Apa yang kita buat ini sebagai tapak untuk membina kekayaan. Bermula memang kecil tetapi masa akan menentukan sejauh mana kejayaan yang hendak kita capai. Mungkin nampak sangat mudah & boring. Bagaimana nak urus rm1000 jika nak simpan rm10 pun payah. Ini juga boleh menjadi kayu pengukur kejayaan kita. Bila usia bisnes kita setahun kita dah ada result di mana tahap kewangan kita selepas 365 hari kita berniaga. Mungkin rm3650 atau mungkin berganda. Simpan tidak akan kalah. Simpan tidak menjadi kita miskin. Kita sudah mencipta akibat yang akan datang. Tembok kewangan bertambah kukuh dari hari ke hari. Dari merangkak kita menaiki roket ke angkasa menuju ke Planet Jutawan. Dengan izin Allah. Amin. He2 kopi satu!
    

20140922

MESTI MENARIK.

20140921

TIP BISNES DARI RUMAH: 5 KEHEBATAN BISNES DARI RUMAH.

  1. Tidak menempuh kesesakan di jalan raya pada sebelah pagi dan petang. Keluar boleh lewat & pulang awal. Jimat duit minyak & tol.
  2. Tidak perlu menyewa pejabat yang canggih atau sewa kedai yang mahal. Hanya membayar sewa rumah atau bayaran bulanan hutang rumah.
  3. Tidak perlu membuat produk sendiri yang meletihkan. Jual sahaja produk yang laku dan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran.
  4. Pos laju datang ke rumah untuk ambil pesanan pelanggan untuk di hantar.
  5. Masa kerja yang fleksibel. Kita sendiri yang tentukan. Boleh mengopi dengan tenang. 

He2 kopi satu! 
   

20140920

JADILAH INSPIRASI.

20140919

ENERGI KEKAYAAN & KEMISKINAN.

JANGAN LEKA.

20140918

TIP BISNES DARI RUMAH: HUKUM SEBAB & AKIBAT.

 
Bismillah. Siapa pun kita hari ini adalah akibat apa yang telah kita lakukan dahulu. Penagih dadah yang tegar juga bermula berkawan dengan penagih dadah yang lain dahulu. Mula mengambil dalam dos yang kecil. Kemudian apabila dos yang kecil tadi sudah tidak lagi sampai piawai untuk menjadi high, mula menambah dos yang lebih tinggi. Hasilnya mereka sudah tidak boleh kawal ketagihan dadah. Ini hanya contoh hukum sebab & akibat. Dalam bisnes kecil dari rumah juga begitu. Kita mesti faham konsep sebab & akibat ini. Kita mesti rancang kejayaan. Kita selalu dengar nasihat ini. Jika gagal merancang untuk berjaya kita automatik merancang untuk gagal. Kadangkala Usahawan yang merancang pun boleh gagal inikan pula yang langsung tidak merancang. Cipta sebab yang boleh memberi akibat kejayaan. 
 
Di bawah ini sebagai contoh.

Pasang niat nak menjual 1000 set produk sebulan. Mulakan tambah bajet untuk iklan. Buat plan marketing untuk melantik agen. Bertanya kepada mereka yang berjaya. Buat website bisnes yang baru. Flyers yang menarik. Beri diskaun. Ubah penampilan. Hadir program ilmu. Tambah marketing tool. Jika banyak penambah baik yang berlaku akan mengakibatkan jualan 1,000 set sebulan mesti tercapai. Strategi untuk menjual 10 set tidak mungkin sama dengan strategi menjual 1,000 sebulan. 
 
Hukum sebab & akibat terpakai untuk semua jenis bisnes. Baik kecil atau berskala besar. Berhati-hati dengan aktiviti harian kita. Jangan buat perkara yang menjauhkan dari matlamat kita. Kesilapan kecil yang dilakukan sekarang boleh mengakibatkan kerugian yang besar di masa hadapan. Oleh itu, fikir dahulu sebelum bertindak. 99 kejayaan boleh dimusnahkan dengan 1 kesilapan. Semoga semua rakan Ceo sentiasa terus maju dalam bidang yang diceburi. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
 
   

20140917

DRAF IKLAN SUPER OPA SLIM.


TIP BISNES DARI RUMAH: 5 FORMULA TAK NAK MISKIN.


Bismillah. Jika tidak mahu miskin dalam perniagaan, ilmu tentang kewangan mesti upgrade. Walaupun kita hanya berniaga bisnes kecil dari rumah secara solo tapi jangan ambil mudah tentang kewangan. Majoriti yang Ceo jumpa masih terkial - kial dalam pengurusan kewangan. Sukar bisnes nak berkembang jika wang yang datang kepada kita hanya menjadi transit sementara sebelum ianya bertukar Tuan. Ramai yang makan gaji mula berniaga atas sebab faktor kewangan. Tak kisah begitu asalkan ilmu kewangan & ilmu perniagaan kita belajar serentak. Jangan nanti hanya sembang tentang jualan yang banyak tapi tidak berani berkongsi tentang simpanan yang dikumpul hasil perniagaan kita. Ada 5 tip Ceo nak kongsi di sini supaya kita tak miskin.

1 : Baca. Baca. Baca.
Mulakan tindakan untuk mencari buku tentang kewangan untuk kita hadam. Keluarkan bajet untuk beli buku -buku tersebut. Apalah sangat rm40 jika ilmu di dalamnya menyelamatkan kita dari rugi rm40 ribu. Bila katam 10 buku tentang kewangan, kita sudah ada asas ilmu yang kukuh tentang kewangan. Bagaimana nak urus rm300k jika modal rm3k gagal kita kembangkan.

2 : Simpan & Lupa.

Mulakan simpanan kita sekarang. Jangan tunggu esok atau lusa. 24 jam berlalu tanpa menyimpan kita sudah menjadi miskin dari semalam. Simpan setiap hari menjadikan kita menjadi kaya setiap hari. Mulakan tabiat Jutawan ini. Asas untuk kaya adalah tabiat suka menyimpan. Nafsu menyimpan lebih tinggi dari nafsu berbelanja. Mulakan dengan angka yang kecil. Contoh rm10 sehari. Walaupun angka kecil tetapi penyelamat terbesar kita sendiri di hari tua. Tanya Tuan Zubayry Abady. Beliau ketagih tegar dalam bab ini.

3 : Kad Kredit.
Duit plastik ini telah menjahanamkan banyak kubu kewangan Usahawan & akaun peribadi. Duit masa depan telah di gunakan sewenang -wenangnya hari ini. Tak perlu banyak kad kredit. Cukup maksima 2 kad. Sentiasa bayar penuh di setiap bil. Jangan sesekali membayar bayaran minima. Ini menjadikan bank bertambah kaya, kita bertambah miskin.

4 : Belanja Bawah Pendapatan.

Ini amalan yang wajib kita buat. Rahsia bahagia dalam kewangan. Hanya belanja kurang apa yang kita perolehi. Jangan terikut -ikut dengan gaya hidup rakan sebaya. Kewangan kita, kita mesti jaga. Tunda kemewahan sekarang untuk kekal kaya. Jangan jadi orang kaya kosmetik. Kelihatan kaya di luar tetapi miskin di akaun. Dapat rm100, belanja bawah rm100, formula kaya sepanjang zaman.

5 : Hutang.
Jangan mudah berhutang, jangan mudah beri hutang. Perkara hutang jangan di buat main -main. Silaturahim boleh putus angkara hutang. Kawan boleh menjadi lawan. Saudara mara boleh bermusuh. Emosi kemarahan melonjak tinggi jika hutang tidak boleh di bayar. Jika tidak mahu gangguan emosi tentang hutang ini berlaku, cegah sebelum ianya bermula. Jika mahu juga berhutang, hutang di bawah minima kelayakan. Sejarah sudah ada untuk kita teladani, gagal uruskan hutang, impian untuk menjadi Jutawan dari rumah juga berkubur.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Ceo doakan supaya pembaca status ini sihat, kaya & berjaya dunia & akhirat. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
  

20140915

TIP BISNES DARI RUMAH: TIRUVASI


Bismillah. Walaupun kita berniaga dari rumah, kita mesti ada role model untuk kita contohi. Seorang yang telah berjaya dalam bidang yang diceburi. Lagi baik jika model yang kita minati itu bisnes perkara yang sama. Jangan sesekali merasa rendah diri walaupun kita baru memulakan perniagaan. Cari peluang untuk rapat dengan beliau. Tanya buku apa yang di baca. Kursus mana yang beliau hadiri. Mentor dia siapa. Berkawan dengan orang yang lebih berjaya dari kita adalah satu tip yang mesti kita ikuti. 
 
Aura kejayaan boleh berjangkit. Pernah dengar pepatah berbunyi begini. Enggang dengan enggang, pipit dengan pipit. Jika mahu terbang tinggi bersama helang, jangan terlalu lama bermain dengan anak ayam yang baru menetas. Kita mesti keluar mencari kawan baru. Bina hubungan dengan Usahawan yang lain juga. Buang perasaan malu jauh -jauh. Lambat laun, rakan yang berkualiti pasti bertambah ramai. Pasti ada langkah yang boleh kita tiruvasi daripada mereka ini. 
 
Role model ada di mana -mana. Cuma kita mesti bertindak keluar mencari mereka. Orang yang berjaya tidak lokek ilmu kejayaan mereka. Cuma kita sahaja yang tidak mahu bertanya. Jawapan untuk yang tidak mahu bertanya adalah TIDAK sepanjang masa. Buang ego, mulakan tindakan. Mentor sudah ada untuk di talaqi. 
 
In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
   

Kisah Cinta CEO (Episod 11)


Bismillah. Dah lama aku bercuti tulis kisah ini. Tak sedar masa berlalu begitu pantas. Siapa yang tertinggal episod 1 hingga 11, boleh baca dalam website aku ya. Kisah ini berlaku sekitar 9 tahun yang lepas. Ketika aku berusaha keras untuk menjemput jodoh. Berbagai peristiwa yang berlaku. Jom ikut aku semula ke peristiwa yang sudah berlaku.

'Aku sampai awal 15 minit dari masa yang dijanjikan. Mungkin sudah biasa dengan keadaan sebagai driver Boss. Memang aku mesti datang lebih awal dari Boss. Perasaan petang sabtu itu bercampur -campur. Aku gembira dalam gabra. Hari ini aku sudah berjanji untuk membantu awek cun itu berpindah. Awek yang bernama Nor itu aku mesti hantar ke rumah Ibu & bapa beliau. Dia sudah berhenti kerja semalam.

Tepat jam 3.15 petang, si dia keluar. Kali ini, dia berbaju hitam. Wah. Warna kegemaran aku tu. Petang itu, aku melihat seorang wanita yang sangat cantik. Bertuahnya hero seorang ini. Tapi aku mesti kontrol macho. Tak banyak barang yang hendak di bawa. Hanya 3 beg besar dan 1 beg kecil.
Aku : Ada barang lagi?
Nor : Ini aje Bang.
Aku : Ok. Boleh kita berangkat sekarang.
Nor : Boleh. Jom.

Setelah dia bersalaman & berpelukan dengan teman serumah, kami pun bertolak. Sebaik sahaja beliau masuk ke dalam kereta, bau minyak wangi yang dia pakai menguasai segenap penjuru pancaindera bau ku. Aroma yang best.
Aku : Kita nak ke mana Nor?
Nor : Kita naik high way ke utara. Exit Tanjung Malim. Sana nanti Nor tunjuk jalan.

Sepanjang perjalanan, kami berbual mesra. Walaupun hanya baru mengenali tidak sampai 2 minggu tetapi sudah ada chemistri antara kami. 45 minit yang berlalu sangat cepat. Dari Tanjung Malim, Nor menunjukkan jalan menuju rumah ibu bapa beliau. Ini pertama kali aku drive area sini. Kami lalu Kampung Sekolah, Kampung Selisik & beberapa kampung sebelum sampai Felda Soeharto atau lebih glamour dengan nama Kampung Dusun. Tapi nasib baik tak jumpa samseng Kampung Dusun. He2. 

Walaupun pertama kali sampai ke situ, tetapi ingatan aku sangat kuat. Aku sudah hafal jalan tersebut. Maklumlah pengalaman sebagai seorang driver membantu sel ingatan aku berhubung. Aku tak lama di situ, selepas menurunkan beg, aku terus memandu pulang.

Dalam 5 minit sahaja, aku sudah rindu. Aku rasa mahu berpatah balik je. Menyesal aku tak duduk lebih lama tadi. Tapi apa nak buat. Aku tersenyum sendirian ketika memandu pulang . Semangat aku semakin kuat. Semoga visi dan misi aku di sampaikan oleh Nor ke keluarga dia. Aku memandu dalam kerinduan di iringi lagu Hindustan. Kadangkala rindu juga menyiksakan. Betul ke betul?

Kisah ini berhenti di sini. Nanti aku sambung ya. Sila sabar dalam iman.He2 kopi satu!
 

20140914

TIP BISNES DARI RUMAH: KUALITI.


Bismillah.

Soalan: Antara kereta kancil atau sebuah kereta Bmw, yang mana satu lebih berkualiti?

Dah ada jawapan? Simpan jawapan tersebut dahulu.

Kualiti bermaksud 'Servis atau produk memenuhi piawai kehendak pelanggan '.


Kita ambil situasi kedai makan ini sebagai contoh :
Tauke : Tuan berdua nak order apa?

Pemuda A : Saya nak bihun goreng ya.

Pemuda B : Saya nak bihun goreng juga tapi tak nak sayur.

Akibat kesibukan memasak, tauke tadi terlupa, beliau masak bihun goreng dua pinggan dengan menu pelanggan A. Beliau terlupa asingkan sayur untuk pelanggan B. Jadi di sini situasi sudah kualiti berbeza. Walaupun bihun yang beliau goreng sangat sedap tetapi berkualiti untuk pelanggan A tetapi tidak berkualiti untuk pelanggan B. Boleh faham situasi ini ya.

Sebagai Usahawan dari rumah, kita mesti faham & sentiasa ambil tahu tentang apa yang pelanggan mahu bukan apa yang kita nak jual. Mungkin berkualiti bagi kita tetapi tidak bagi mereka. Sebelum serah sesuatu produk, tanya dahulu beberapa soalan yang bernas untuk lebih tahu apa keperluan pelanggan.

Soalan : Jam tangan Casio dengan jam tangan Omega, yang mana satu berkualiti?

Jawapan : Pembaca tentukan sebab sudah faham. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
  
  

20140913

TIP BISNES DARI RUMAH: CIPTA SEBAB.


Bismillah. Ayat pendek ini pernah menyentap emosi Ceo.
Soalan : Kenapa engkau tidak kaya Samad?
Jawapan : Engkau tiada sebab untuk orang lain bayar engkau.

Terpana seketika. Apa yang di tulis memang benar.Jangan pula merajuk atau marah jika soalan yang sama kita terima. Bagaimana orang lain nak bayar kita tanpa sebab. Di sini, kita mesti berfikiran lebih jauh & bijak. Cari jalan untuk mencipta sebab untuk orang lain membayar kita. Lagi banyak sebab lebih baik. Lagi bernilai sebab yang kita cipta , lagi tinggi bayaran yang kita terima. Lagi tinggi kepakaran kita, lagi power sebab yang kita cipta. Kita ambil kedai gunting rambut sebagai contoh sahaja :
Sebab yang mesti kena bayar:

1 : Potong rambut.
2 : Hitamkan rambut.
3 : Alter misai & janggut.
4 : Cuci rambut.
5 : Cukur misai.
6 : Cukur janggut.

Banyak lagi yang boleh di cipta sebab untuk seseorang pelanggan kedai gunting rambut di kenakan bayaran. Walaupun kita bisnes dari rumah, mesti ada sebab untuk kita tambah. Jangan hanya statik sahaja perniagaan kita. Idea mungkin tercipta jika mula menggunakan kuasa berfikir. Ambil pen & kertas. Tulis sahaja idea yang datang. Pastikan sebab yang kita cipta itu sangat bernilai untuk pelanggan bayar. Nak jadi Jutawan bisnes kecil dari rumah, cipta sebab untuk orang lain membayar kita kerana kita pun ada sebab tersendiri untuk membayar sejumlah wang kepada orang lain. Betul ke betul? Satu sebab yang bagus boleh menjadikan kita kaya. 10 sebab yang hebat boleh menjadikan kita kaya raya. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

Ps : Cipta sebab untuk Ceo boleh mengopi bersama.

  

20140912

KEJAYAAN & CABARAN.


Bismillah. Kejayaan bukan hadir dalam tempoh yang singkat. Kembar siam kejayaan adalah cabaran. Jangan pernah berhenti berusaha walaupun rintangan datang menghalang. Kejayaan besar di hantar dengan kenderaan cabaran. Pasti kematangan bertambah selepas selesai urus cabaran. Setiap cabaran yang datang mesti ada solusi. Jumpa kita di kelab sukses & berjaya. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
   

20140911

TIP BISNES DARI RUMAH: EJAAN DALAM BISNES.


Bismillah. Tulisan yang lengkap sedap di baca.Tiada gangguan emosi. Sebagai Usahawan dari rumah kita mesti tahu & ambil tahu emosi prospek atau pelanggan. Setiap sms atau whatapps yang di balas mesti guna ejaan lengkap. Apa yang kita tulis itu menunjukkan perniagaan kita. Kita boleh guna ayat cincai tetapi berjaya menarik ikan bilis ke perniagaan kita. Tapi jika mahu jerung penuh dalam pukat perniagaan kita, ayat lengkap mesti menjadi amalan. Usahawan yang berjaya memilih untuk berurusan niaga dengan siapa yang mereka mahu. Bukan main terjah dengan siapa sahaja. Duta sebagai wakil kita adalah ayat & ejaan yang kita tulis. Sentiasa pastikan ejaan yang betul, semak dua tiga kali sebelum hantar, guna huruf besar di tempat sesuai & jangan berhenti untuk belajar. Mari kita lihat contoh ayat makhluk asing & ayat ejaan penuh.

Ayat Makhluk Asing:
Sya ska msk nsi greng yg pds sbb slera sya mmg ska bgitu. Biasalh sya kn rkyt mlsia.

Ayat Ejaan Penuh:
Saya suka masak nasi goreng yang pedas sebab selera saya memang suka begitu. Biasalah, saya kan rakyat Malaysia.

Emosi mana yang best untuk kita baca. Jika kita ingin memilih jaringan rakan niaga, tulisan yang bagaimana kita pilih. Jika menulis pun malas nak lengkap, itu sudah menunjukkan isyarat malas pada perkara yang lain. Bisnes kecil dari rumah tetapi nak jadi Jutawan mesti ada kepakaran ini. Susah pada awal untuk ubah tetapi melalui latihan menulis setiap hari kita boleh capai tahap aras yang lebih tinggi. Lagipun, smart phone yang kita ada mempunyai program memori ayat penuh yang telah kita tulis. Mudah & memudahkan. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
   

20140909

TIP BISNES DARI RUMAH: MESTI PILIH BIDANG YANG DI GEMARI.


Bismillah. Hidup ini pilihan. Kita mempunyai kuasa untuk memilih. Semua mempunyai hak yang sama. Tiada siapa pun yang boleh nafikan hak mutlak tersebut. Semua Usahawan yang berjaya & mempunyai pendapatan yang lumayan sangat menggemari tugas mereka. Belajarlah cintai bisnes kita & jalani perniagaan kita dengan cemerlang. Resipi turun temurun orang yang berjaya. Kita cuma perlu menjadi jurujual yang terbaik bagi menikmati kehidupan yang istimewa. Kita tidak perlu tahu semuanya tetapi kita mesti pandai lebih sedikit dari jurujual yang lain. Tumpuan masa & usaha mesti di fokuskan supaya kita boleh berada di liga elit jurujual yang mencetak banyak wang.

Jangan mudah berpuas hati dengan apa yang ada. Sentiasa tingkatkan nilai diri sendiri setiap masa. Kita semua mempunyai kebolehan tetapi kepakaran hanya mampu datang dari kegigihan usaha yang lama. Memang tiada pilihan. Kegigihan yang bertahun menjadikan kita Pakar dalam bidang yang kita usahakan. Ianya lebih mudah jika apa yang kita buat itu memang menjadi kegemaran kita. Energi luar biasa pasti ada bersama kita. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

 

20140908

TIP BISNES DARI RUMAH: 10 TIP JURUJUAL BERJAYA.


Bismillah. 10 Tip Bagaimana Menjadi Jurujual Yang Berjaya. Mesti ada 10 list ini ya. Nanti Ceo kongsi satu persatu.
1 : Mesti Pilih Bidang Yang Di Gemari.
2 : Mesti Tetapkan Matlamat Yang Jelas.
3 : Mesti Mempunyai Keazaman Yang Kuat.
4 : Mesti Belajar. Belajar. Belajar.
5 : Mesti Bijak Uruskan Masa.
6 : Mesti Ada Mentor Yang Berjaya.
7 : Mesti Kenal Potensi Diri.
8 : Mesti Berbuat Kebaikan Setiap Masa.
9 : Mesti Jujur Dengan Diri Sendiri & Orang Lain.
10 : Mesti Sanggup Bekerja Keras.

Ada masa Ceo uraikan satu persatu. 10 itu tajuk besar.Cukup 100 like Ceo sambung. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Ceo doakan supaya pembaca status ini sihat, kaya & berjaya dunia & akhirat. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

TIP BISNES DARI RUMAH: NETWORKING.


Bismillah. Siapa 10 kawan paling rapat dengan kita, itulah kita. Lebih kurang begitu. Jika kita sangat minat dengan sukan bola sepak, kita mesti mempunyai ramai kawan yang mempunyai minat yang sama. Kaki pancing ikan, rapat dengan kaki pancing yang lain. Minat golf, kawan dengan kaki golf, minat superbike, mesti mempunyai kawan dengan pemilik motosikal berkuasa tinggi. Begitu juga dengan berbisnes. Mesti mencari kawan orang yang berniaga. Mesti jadi kawan akrab dengan mereka yang berjaya dalam bidang tersebut. Jangan kita berkawan dengan orang yang sama sahaja kerana sukar nak berkembang jika bertahun-tahun lepak dengan muka yang sama. Bina hubungan dengan Usahawan yang lain juga. Jika nak menjadi Usahawan Jutawan, mesti ada nombor telefon mereka yang sudah menjadi Jutawan. Jika nak berjaya dalam bidang hartanah, mesti bina hubungan mereka yang sangat berjaya dalam bidang ini.

Jika baru nak mulakan perniagaan, Ceo nasihatkan supaya laburkan sedikit wang untuk membeli telefon bimbit yang boleh menyimpan beribu-ribu nombor telefon orang lain. Pastikan memori besar untuk itu. Orang berjaya mempunyai ramai kenalan. Nak berjaya kita mesti ada ramai kawan. Mulakan keluar dari kepompong yang biasa. Berkawan dengan Ah Chong tauke spare part. Berbaik dengan Haslam pemuda Pakistan menjual karpet. Berbual mesra dengan Raja tukang gunting. Angkat tangan dengan pengawal keselamatan berbangsa Nepal. Bernetworkinglah dengan murid Dr Azizan Osman, Dato Roslan Ab Hamid, Puan Guru Ainon Mohd. atau mentor yang lain. Pergi belajar dengan mereka. Yuran kebijaksanaan lebih murah dari yuran kebodohan. Siapa yang kuasai networking ini, mereka berada di barisan hadapan. Siapa yang tertinggal di belakang, hanya makan sisa asap yang di hadapan.

Facebook juga boleh membantu. Add friend mereka yang positif dan mempunyai energi kejayaan. Wall Fb boleh menjadi resume. Jangan sabatoj diri atau menjadi pemalu yang salah. Akhir kata, siapa kawan -kawan kita sekarang menentukan siapa kita akan datang. Berkawanlah dengan semua orang tetapi lebih akrab dengan mereka yang positif, berjaya, motivasi tinggi, baik hati, jujur dan membawa kita ke arah kebaikan. Semoga ukhwah yang di bina menjadi satu networking yang kuat di masa hadapan. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
   

20140907

PERIKSA KESIHATAN.

20140904

BERCUTI SEBENTAR.

20140903

TIP BISNES DARI RUMAH: TANGGUNGJAWAB.


Bismillah. Sebagai Usahawan dari rumah kita mesti memiliki sikap ini. Walaupun bisnes kecil tetapi kita mesti besarkan salah satu sikap Jutawan ini iaitu bertanggungjawab 100% ke atas diri sendiri. Jangan ikut jemaah Usahawan yang menyalahkan orang lain. Salahkan pesaing. Salahkan Mentor. Salahkan ahli politik. Salahkan jiran. Salahkan pembekal. Salahkan suami. Salahkan isteri. Paling teruk, salahkan takdir. Cari kesalahan diri sendiri dengan apa yang berlaku walaupun kelihatan orang lain yang bersalah. Tarik nafas, kita ubah cara penilaian kita terhadap apa yang berlaku. Mesti ada perbezaan antara mereka yang bertanggungjawab dengan diri sendiri dengan mereka yang asyik menyalahkan orang lain. Beberapa situasi ini sebagai contoh.
1 : Aku dah berniaga bertahun-tahun tapi tak juga kaya.
Aku yang salah. Kenapa aku tak simpan sebahagian jualan yang aku terima.

2 : Kenapa produk yang aku jual susah nak laku. Tengok tengah hot sekarang.
Aku yang salah. Orang lain senang je jual. Aku mesti bertanya dengan mereka. Aku mesti buat apa yang mereka buat.

3 : Umur aku dah lebih 30 tahun. Tapi belum kahwin lagi.
Aku yang salah. Aku kurang fokus untuk mendapatkan jodoh. Aku terlalu busy. Aku mesti tahu apa yang mereka mahu. Aku mesti ubah penampilan supaya mereka terpikat. Gaya mesti tukar.

4 : Aku takde idea baru.
Aku yang salah. Mengapa aku kawan orang yang sama je. Aku mesti join puak kaya & berjaya. Aku mesti rajin membaca. Aku mesti kerap bertanya. Aku mesti bayar yuran kebijaksanaan.

5 : Aku takut nak kaya. Nanti aku di gelar macam -macam.
Aku yang salah. Orang akan gelar macam -macam walau apa pun situasi. Aku kaya aku boleh hantar ibu bapa pergi Mekah . Aku mesti kaya. Aku boleh beri semula kepada masyarakat. Aku boleh bersedekah. Aku boleh bayar zakat.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca semua. Ceo doakan supaya kita sihat, kaya & berjaya dunia & akhirat. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!