20140830

TIP BISNES DARI RUMAH: KEWANGAN


Bismillah. Tajuk di atas sangat simple tetapi terlalu penting dalam sesebuah perniagaan. Besar atau kecil mesti mahir menguruskannya. Kewangan adalah nyawa sebuah perniagaan. Biar pun kita bisnes dari rumah, mesti kita kuasai ilmu tersebut. Ramai yang kita jumpa bercerita hebat tentang jualan tetapi amat sedikit atau jarang yang bercerita berapa yang mereka simpan. Sangat kencang dalam jualan tapi sangat ciput simpanan. Hari ini Ceo nak berkongsi tentang topik ini. Topik penting untuk kita bersama. Lepas baca terus share supaya manfaat ini kita kongsi bersama sahabat yang lain. Amat jarang Ceo share topik ini. 5 perkara yang mesti buat jika ingin bergelar Jutawan Dari Rumah. In Shaa ALLAH.

1 : Tangguhkan Kepuasan Diri
Kita kosongkan minda untuk membeli apa sahaja barangan idaman. Lupakan sementara apa yang kita inginkan. Dalam tempoh tersebut, kita mesti menjadikan diri sendiri sebagai kalis iklan. Contoh : Ceo dahulu pun seorang yang boros. Walaupun bergaji kecil, seluar jeans mesti berjenama Levis. Tiada kepuasan jika sarungkan yang ciplak atau tiruan. Selepas Ceo tahu tip ini, bajet harian di ketatkan. Belanja makan minum hanya Rm15 sahaja. 12 bulan Ceo amalkan begitu. Akhirnya berjaya menyimpan sejumlah wang yang agak besar. Nafsu belanja mesti di jinakkan, ketagih menyimpan di besarkan.

2 : Perlaburan.
Jika kita baru mula berniaga dari rumah, lupakan dahulu apa jua perlaburan lain. Emas, rumah, tanah, saham & sebagainya. Labur dahulu dengan stok perniagaan kita dahulu. Stok sedikit menjadi banyak sedikit demi sedikit. Stok kita ini yang menjadikan duit kita beranak dengan cepat. Secara idealnya, lebih banyak yang kita beli, lebih murah yang kita dapat. Tak mungkin sama harga 10 unit dengan harga borong 1ribu unit. Laburkan juga sebahagian keuntungan untuk iklan. Mesti ada bajet iklan setiap bulan. Bisnes tanpa iklan seumpama mengorat awek cun dalam gelap gelita.

3 : Simpan. Simpan. Simpan.
Perkara paling asas untuk menjadi kaya adalah simpan. Inilah rahsia besar untuk menjadi kaya. Sebab terlampau mudah, Usahawan amatur terlepas pandang. Mereka terus mencari rahsia orang kaya bertambah kaya merata dunia. Fokus sepanjang 12 bulan kita simpan setiap hari. Jom kita kira. Kita bisnes herskin. Setiap hari kita berjaya jual 2 set. Kita simpan rm50 sehari. Sebulan kita berjaya simpan rm1500. Setahun rm18,000. Angka ini pun besar. Tanamkan azam, majukan diri. Berniaga dengan bijak. Cipta peluang untuk simpan rm500 sehari. Jumpa kita di kelab Jutawan hujung tahun ke6. In Shaa ALLAH.

4 : Belanja Bawah Pendapatan.
Duit kita tanggung jawab kita. Jangan terlalu cepat upgrade cara hidup kita. Biarkan kita kekalkan kehidupan biasa-biasa dahulu walaupun perniagaan yang kita jalankan sudah maju & income juga bertambah. Jangan ambil pusing penasihat 20% di sekeliling kita. Dapat banyak simpan banyak. Dapat sikit simpan sedikit. Angka yang bergerak naik setiap hari lagi best dari melihat susut setiap hari. Rilek & sabar. Kebalkan dahulu tembok kewangan kita. Kita nak kaya lebih lama, bukan sekejap. Selagi kita amalkan belanja kurang dari yang kita dapat, selagi itulah kita tidak kalah.

5 : Ilmu Kewangan
Ilmu tidak datang kepada mereka yang menanti. Ilmu kewangan mesti di pelajari & kuasai. Buang ego diri jauh -jauh. Mulakan mempelajari ilmu kewangan ini. Mula beli buku & baca. Mulakan tanam benih pokok kewangan. Cari Mentor yang berjaya. Belajar dengan mereka. Hadirkan diri di majlis ilmu. Jadikan diri kita celik kewangan. Jika tidak boleh hadam dengan lebih jelas, beritahu diri sendiri ayat ini ' JANGAN belanja lebih dari yang kita dapat '.

Semua yang di atas memang sudah terbukti. Ceo sendiri pun masih amalkan hingga sekarang. Biar bisnes kecil tetapi simpanan besar daripada bisnes kelihatan besar bertahun-tahun tetapi simpanan kecil. Ceo harap semua pembaca status ini dapat belajar sesuatu untuk menjadi amalan. In Shaa ALLAH. He2 kopi satu!
   

No comments:

Post a Comment