20140830

TIP BISNES DARI RUMAH: KEWANGAN


Bismillah. Tajuk di atas sangat simple tetapi terlalu penting dalam sesebuah perniagaan. Besar atau kecil mesti mahir menguruskannya. Kewangan adalah nyawa sebuah perniagaan. Biar pun kita bisnes dari rumah, mesti kita kuasai ilmu tersebut. Ramai yang kita jumpa bercerita hebat tentang jualan tetapi amat sedikit atau jarang yang bercerita berapa yang mereka simpan. Sangat kencang dalam jualan tapi sangat ciput simpanan. Hari ini Ceo nak berkongsi tentang topik ini. Topik penting untuk kita bersama. Lepas baca terus share supaya manfaat ini kita kongsi bersama sahabat yang lain. Amat jarang Ceo share topik ini. 5 perkara yang mesti buat jika ingin bergelar Jutawan Dari Rumah. In Shaa ALLAH.

1 : Tangguhkan Kepuasan Diri
Kita kosongkan minda untuk membeli apa sahaja barangan idaman. Lupakan sementara apa yang kita inginkan. Dalam tempoh tersebut, kita mesti menjadikan diri sendiri sebagai kalis iklan. Contoh : Ceo dahulu pun seorang yang boros. Walaupun bergaji kecil, seluar jeans mesti berjenama Levis. Tiada kepuasan jika sarungkan yang ciplak atau tiruan. Selepas Ceo tahu tip ini, bajet harian di ketatkan. Belanja makan minum hanya Rm15 sahaja. 12 bulan Ceo amalkan begitu. Akhirnya berjaya menyimpan sejumlah wang yang agak besar. Nafsu belanja mesti di jinakkan, ketagih menyimpan di besarkan.

2 : Perlaburan.
Jika kita baru mula berniaga dari rumah, lupakan dahulu apa jua perlaburan lain. Emas, rumah, tanah, saham & sebagainya. Labur dahulu dengan stok perniagaan kita dahulu. Stok sedikit menjadi banyak sedikit demi sedikit. Stok kita ini yang menjadikan duit kita beranak dengan cepat. Secara idealnya, lebih banyak yang kita beli, lebih murah yang kita dapat. Tak mungkin sama harga 10 unit dengan harga borong 1ribu unit. Laburkan juga sebahagian keuntungan untuk iklan. Mesti ada bajet iklan setiap bulan. Bisnes tanpa iklan seumpama mengorat awek cun dalam gelap gelita.

3 : Simpan. Simpan. Simpan.
Perkara paling asas untuk menjadi kaya adalah simpan. Inilah rahsia besar untuk menjadi kaya. Sebab terlampau mudah, Usahawan amatur terlepas pandang. Mereka terus mencari rahsia orang kaya bertambah kaya merata dunia. Fokus sepanjang 12 bulan kita simpan setiap hari. Jom kita kira. Kita bisnes herskin. Setiap hari kita berjaya jual 2 set. Kita simpan rm50 sehari. Sebulan kita berjaya simpan rm1500. Setahun rm18,000. Angka ini pun besar. Tanamkan azam, majukan diri. Berniaga dengan bijak. Cipta peluang untuk simpan rm500 sehari. Jumpa kita di kelab Jutawan hujung tahun ke6. In Shaa ALLAH.

4 : Belanja Bawah Pendapatan.
Duit kita tanggung jawab kita. Jangan terlalu cepat upgrade cara hidup kita. Biarkan kita kekalkan kehidupan biasa-biasa dahulu walaupun perniagaan yang kita jalankan sudah maju & income juga bertambah. Jangan ambil pusing penasihat 20% di sekeliling kita. Dapat banyak simpan banyak. Dapat sikit simpan sedikit. Angka yang bergerak naik setiap hari lagi best dari melihat susut setiap hari. Rilek & sabar. Kebalkan dahulu tembok kewangan kita. Kita nak kaya lebih lama, bukan sekejap. Selagi kita amalkan belanja kurang dari yang kita dapat, selagi itulah kita tidak kalah.

5 : Ilmu Kewangan
Ilmu tidak datang kepada mereka yang menanti. Ilmu kewangan mesti di pelajari & kuasai. Buang ego diri jauh -jauh. Mulakan mempelajari ilmu kewangan ini. Mula beli buku & baca. Mulakan tanam benih pokok kewangan. Cari Mentor yang berjaya. Belajar dengan mereka. Hadirkan diri di majlis ilmu. Jadikan diri kita celik kewangan. Jika tidak boleh hadam dengan lebih jelas, beritahu diri sendiri ayat ini ' JANGAN belanja lebih dari yang kita dapat '.

Semua yang di atas memang sudah terbukti. Ceo sendiri pun masih amalkan hingga sekarang. Biar bisnes kecil tetapi simpanan besar daripada bisnes kelihatan besar bertahun-tahun tetapi simpanan kecil. Ceo harap semua pembaca status ini dapat belajar sesuatu untuk menjadi amalan. In Shaa ALLAH. He2 kopi satu!
   

20140829

Kisah Cinta CEO (Episod 10)


Bismillah. Lama betul aku tak tulis kisah ini. Tersangkut lebih 2 bulan. Alasan aku ialah tiada idea, bulan puasa & syawal. Kita kat Malaysia ini raya kan sebulan. Peminat fanatik kisah ini Suhana Che Lah & мs Lucy Honey mesti bengang sebab lama betul tunggu. Jika mereka mengandung 8 bulan, dah dapat baby baru boleh baca balik. Aku pun ada cadangan nak bukukan kisah ini. Ada juga dalam 101 wish list aku untuk di filem cerita cinta ini. Hero mesti aktor Aaron Aziz atau setampan & berbakat sebab penulis pun stylo. Tolong doakan sekali. Jika korang pembaca baru kisah ini. Boleh tengok blog aku www.SamadKinto.com . Ada siri 1-10 kat situ. Jom aku bawa kembali kisah aku mengorat awek. Jom!

'Pagi Sabtu itu, aku bangun awal. Aura kerajinan aku luarbiasa sekali. Semangat untuk cuci kereta lebih power dari semangat sarapan nasi lemak sambal sotong. Aku mesti cuci, vakum & polishkan kereta wira maron aku. Aku mesti pastikan tiada sebutir pasir yang ada di dalam kereta kesayangan aku itu. Tayar mesti hitam berkilat. Pantulan cahaya dari cat kereta yang baru aku polish jelas kelihatan. Silau mata memandang. Mesti pakai rayban jika nak lihat. Kuyup baju pagoda yang aku pakai dengan peluh. Semangat ini kekal hingga tengahari. Lepas lunch aku ada misi. Aku sudah berjanji untuk setuju hantar si dia balik ke kampung.

Peluang yang aku dapat ini mesti di gunakan sepenuhnya. Skrip sudah di hafal dalam minda. Minyak petrol sudah di isi penuh. Kad touch & go sudah aku top up. Persiapan awal aku mesti tip top. Gagal merancang akan jahanamkan rancangan aku. Kasut aku dah kiwi. Hitam menawan. Baju sudah tergantung awal di dinding. Stokin & seluar dalam nyaris aku nak seterika. Terlalu excited. Aku bukan sahaja hendak hantar dia balik. Takut bertemu bakal mertua. Dari mata turun ke hati. Apa kata mereka tengok balak dari Kl selekeh jer. Belum sempat meminang dah reject.

Pagi itu aku sarapan lewat. Saja aku lewatkan supaya aku boleh makan tengahari dengan beliau. Jam 12 tengahari aku dah siapkan kereta. Masa untuk aku rehatkan badan. Aku janji datang jam 3 petang. Aku mesti gerak jam 2 petang. Hero mesti datang awal. Merajuk sang Puteri padah jawabnya. Tepat jam 2 petang aku start enjin kereta. Wajah ayu dia tergambar dalam minda aku. Tiba -tiba penyakit gemuruh aku datang. Gemuruh dalam kerinduan. Pantas aku ambil telefon bimbit dari kocek seluar.

Aku : Assallammuallaikum.

Awek: Waallaikumsallam Abang.

Aku : Abang dah on the way ke sana. Dah siap?

Awek : Nor dah siap. Abang hati - hati memandu ya.

Aku senyum. Dari nada suara dia pun dapat ku rasakan ada sesuatu yang bergema. Kuch kuch hota hei..'
   

20140828

TIP BISNES DARI RUMAH: ALERT 5 PERKARA INI.


Bismillah. Alhamdullillah. Ceo dah berniaga dari rumah semenjak 2009. Ada beberapa perkara yang Ceo perhatikan. Walaupun bisnes kecil dari rumah pun, mesti alert perkara ini. Kecil tetapi penting. Masih boleh di perbaiki & boleh kembali ke landasan kejayaan. Buat masa ini, Ceo kongsi 5 perkara dahulu.

1 : Stok habis. Duit pun habis.
Ramai yang gembira dengan bisnes kecil tetapi berhasil. Bermula dengan stok bernilai Rm5 ribu tetapi kembali ke asal sebelum mereka berniaga. Gagal untuk gandakan stok bererti gagal juga gandakan wang.

2 : Takut untuk bayar duit iklan.
Usahawan ini sangat fobia untuk bayar duit iklan. Mereka cukup takut nak keluarkan duit. Takut nak cuba. Dengar angka 4 digit dah rasa nak pitam. Usahawan ini tinggal kenangan dalam tempuh beberapa bulan sahaja.

3 : Tidak suka membaca.

Satu tabiat yang wajib ada jika nak rasa peringkat tertinggi dalam bidang bisnes. Tabiat ini semakin di lupakan atas sebab alasan tersendiri. Beli. Baca. Buat. Buat. Buat. Buat. Buat. Hingga dapat. Beli pun kemut, baca pun malas, tabiat pun menjadi cari duit untuk belanja. Bisnes tetapi semakin miskin.

4 : Gagal menyimpan.

Nak kaya. Tapi tak menyimpan. Macam mana tu? Asas nak kaya, mesti menyimpan. Bila? Bila urusan jualan selesai. Dapat rm100, simpan rm10. Dapat Rm1ribu simpan rm100. Jika ketagihan menyimpan ada, kita kaya tanpa sedar. Bila nak mula? Sekarang!

5 : Takde Mentor.
Dahlah malas membaca. Malas menyimpan pula. Sebab? Takde Mentor yang tegur. Ada Mentor yang tegur. Merajuk pula. Aku ni dah tua, mestilah sensitif. Jiwa kecil. Tadah telinga. Dengar bebelan Mentor. Dia tegur sebab sayang. Pujian rakan sebelah sebenarnya racun membunuh. Jasad hidup tapi jiwa dah meninggal. Cari Mentor, talaqi dengan beliau. Bukan cari kelemahan pula. Bayar & azam jadi murid terbaik.

Ini adalah sebahagian yang Ceo lihat & alami sendiri. Semoga pembaca status ini sihat, kaya & berjaya dunia & akhirat. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

  

20140827

UBAH.

1:Asal:Aku takde duit nak berniaga.
Ubah: Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga.

2:Asal : Aku mana ada bakat berniaga.
Ubah : Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga.

3:Asal : Keluarga aku mana ada berniaga.
Ubah : Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga.

4 :Asal : Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk.
Ubah : Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.

5 :Asal : Aku takut gagal, tak laku dan malu.
Ubah : Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je.

6 :Asal : Aku takut sombong bila kaya.
Ubah : Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan.

7:Asal :Aku banyak hutang.
Ubah : Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat.

8 :Asal : Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde.
Ubah : Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang aku berniaga.

9 : Asal: Kalau aku kaya & berjaya, aku takut kahwin dua,tiga atau empat.
Ubah : Ramai juga orang miskin yang kahwin lebih dari satu. Aku mesti fokus untuk dalam bidang bisnes.

10: Asal : Bila masa sesuai untuk berniaga?
Ubah : Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
   

20140824

MENGOPI SEBELUM MENUNTUT ILMU.

20140822

BAKAL MENEMUI ANDA.

20140821

EDARAN BUKU CEO SEMAKIN LUAS

20140819

SENANG DENGAN KEJAYAAN INSAN LAIN.


Jangan cemburu dengan kejayaan orang lain. Biar kita berasa senang melihat setiap kesenangan mereka. Boleh ke boleh? He2 kopi satu!
  

20140817

KUNJUNGAN CEO TEMPOYAKING


20140807

TIP BISNES DARI RUMAH: 6 JENIS PEMBELI (2/6)

Bismillah. Usahawan yang mempunyai jualan tinggi mempunyai kemahiran yang tidak ada oleh usahawan jualan yang ciput. Mereka faham bagaimana mengurus prospek & kenal profil mereka. Jom Ceo kongsi.

6 Jenis Personaliti Pembeli :

2 : Pembeli yang tahu keperluannya.

Prospek ini berlawanan sifatnya daripada prospek yang tidak peduli. Mereka 5% mewakili pelanggan di pasaran. Prospek ini tahu dengan tepat apa yang mereka inginkan.Prospek jenis ini bersikap mesra, positif dan ceria. Apabila berurusan dengan prospek jenis ini, jual produk yang mereka mahu. Jika kita ada produk yang diperlukan, mereka terus beli tanpa banyak soalan. Memang seronok bertemu pelanggan jenis ini. Pembeli jenis ini jarang kita temui. Mungkin seorang daripada 20 pelanggan. Kita boleh berikan maklumat tambahan tetapi jangan sesekali pujuk mereka beli produk yang bukan pilihannya.
He2 kopi satu! Akan bersambung..
  

20140806

TIP BISNES DARI RUMAH: 6 JENIS PEMBELI (1/6)

Bismillah. Ada enam jenis profil pembeli yang di temui oleh Usahawan setiap hari. Walaupun bisnes dari rumah, kita perlu mengenali keenam - enam jenis profil supaya kita dapat belajar cara berurusan dengan setiap jenis prospek.
  
 
6 Jenis Personaliti Pembeli:

1: Pembeli Tidak Peduli.
Mengikut perangkaan, prospek ini mewakili 5% daripada keseluruhan prospek. Mereka jenis tidak membeli apa -apa walau sebagus mana produk yang di jual. Jenis ini biasanya bersikap pesimis, sinis, gundah gulana & tidak berminat langsung. Sekali sekala kita pasti bertemu dengan prospek jenis ini. Biasanya mereka mempunyai masalah peribadi dan kerjaya. Bila mengenali mereka, kita tidak perlu memenatkan diri untuk membuat penerangan tentang produk. Lebih baik kita senyum & dengan sopan meminta diri dan tinggalkan mereka. Lebih kita pergi menemui prospek yang memerlukan produk kita. Jenis begini beri percuma pun mereka tak mahu. 

He2 kopi satu! Akan bersambung..
  

20140804

BERI KEMAAFAN.

20140803

TIP BISNES DARI RUMAH: TEKNIK MENJAWAB TELEFON.


Bismillah. Telefon adalah alat komunikasi yang paling bernilai malah sangat berkesan untuk membuat jualan bisnes dari rumah. Ada dua cara yang Ceo nak kongsi di sini supaya boleh tambah nilai teknik kita bercakap dengan prospek atau bakal pelanggan.

1: Kita mesti berdiri semasa menjawab panggilan atau membuat panggilan. Apabila kita berdiri, seluruh tenaga dalam badan menjadi lurus & fokus. Nada suara kita menjadi lebih jelas & meyakinkan mereka.

2 : Kita mesti sentiasa senyum ketika bercakap melalui telefon. Senyuman boleh di kesan oleh pelanggan walaupun tidak bersua muka. Malah mereka juga tahu kita tidak senyum apatah lagi bercakap dengan muka yang masam. Perkara ini pelik tetapi benar.

Jika dua teknik ini di gabungkan maka kita kedengaran lebih tenaga & ikhlas. Tambah usaha sedikit maka proses jualan berjalan lancar. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

Nak cantik? Klik
www.herskin2u.com
Kecantikan. Penampilan. Kejayaan.

  

20140802

DULU & SEKARANG

20140801

SENYUM


Mentorku Berkata, ' Apabila Jumpa Seseorang Yang Sukar Senyum, Kita Mesti Beri Senyuman Dahulu'. Setuju ke setuju? He2 kopi satu!

Nak beri senyuman yang kepada yang tersayang? Hadiahkan mereka sesuatu yang bernilai. Klik di sini: www.herskin2u.com