20140711

TIP BISNES DARI RUMAH: SKRIP BERCAKAP DI TELEFON


Sebagai seorang Usahawan, kita berurusan dengan manusia. Bukan dengan pokok, haiwan & kenderaan. Mereka membayar kita atas pembelian produk atau servis kita. Mereka akan pilih untuk membayar kepada siapa yang mereka suka & percaya. Walaupun menjual produk yang sama di pasaran yang serupa, ada Usahawan boleh menjual dengan banyak tetapi ada Usahawan berjaya menjual sedikit. Ada yang langsung gagal menjual. Mesti ada perbezaan antara mereka. Sebagai contoh, Jom Ceo tunjuk. Skrip bercakap dalam telepon. Ini yang berlaku kat Ceo ketika awal perniagaan. Apabila ada prospek call untuk bertanya.

Prospek: Hello, saya nak bertanya, saya ada tengok iklan produk Tuan di akbar, berapa harganya?
Ceo: Rm150 sebotol 30biji Tuan.
Prospek: Mahalnya. Nanti saya hubungi semula. Hujung bulan ini saya order. Takde diskaun ke. Saya tunggu gaji. Saya tunggu bonus.

Ini jawapan lazim yang Ceo terima. Tiada jualan berlaku. Proses ini mematangkan Ceo. Manusia ini mesti di belai emosi. Berjaya dalam bab ini, urusan seterusnya sangat mudah. Ini contoh kedua dengan soalan yang sama. Cuma kali ini Ceo ubah sedikit skrip dalam telefon.

Prospek: Hello. Saya nak bertanya, saya ada tengok iklan Tuan di akbar, boleh saya tahu berapa harganya?
Ceo: Hello. Nama Tuan siapa ya. Tuan buat panggilan dari mana?
Prospek: Saya Ahmad. Dari Ipoh.
Ceo: Wah. Suara Tuan ceria hari ini. Umur Tuan berapa?
Prospek: Ish mana ada. Umur dah tua ni. 55 tahun dah.
Ceo: Kelihatan suara Tuan lebih muda dari umur. Mesti ada rahsia ini.

Bermula dengan bina hubungan. Cari peluang untuk memuji pemanggil. Beri mereka seronok dengan kita.

Ceo: Tuan sayang Isteri?
Prospek: Mesti sayang.
Ceo: Tuan sanggup bayar Rm5 untuk gembirakan Isteri?
Prospek: Boleh. Takde masalah.
Ceo: Jika bayar Rm5 sehari Tuan & pasangan gembira & bahagia. Setuju?
Prospek: Setuju.
Ceo: Harga produk ini bernilai Rm150 untuk kegunaan 30 hari. Sehari Rm5 sahaja. Setuju?
Prospek: Ok. Tolong beri nombor akaun bank. Saya nak bankin sekarang. Beli 2 botol ada diskaun?
Ceo: Saya sms nombor akaun & ada diskaun jika beli lebih. Terima kasih.

Selepas ubah skrip bercakap, jualan terus mencanak naik. Faham apa keperluan pelanggan menjadikan kita cekap untuk mengunci jualan. Jurujual berilmu berbeza dengan jurujual yang biasa. Mereka terdesak untuk menjual. Yang berilmu pula, mereka lebih seronok untuk berkongsi. In Shaa ALLAH. Amin. '

Ada belajar sesuatu di sini?

Ps : Ilmu ini yang nak Ceo kongsi kepada anak murid Ceo. Ada yang nak jadi anak didik Ceo?
  

No comments:

Post a Comment