20140710

TIP BISNES DARI RUMAH: MERANCANG





Orang yang tidak merancang untuk berjaya secara automatik merancang untuk gagal. Ianya berlaku tanpa sedar. Untuk menjadi seorang Jutawan Bisnes Dari Rumah kita juga mesti bijak merancang. Tulis rancangan yang hendak di lakukan esok hari sebelum masuk tidur. Tulis di atas kertas dengan jelas & ikut perancangan itu dengan teliti. Mesti siapkan apa yang di tulis itu. Contoh, kita baru hendak mulakan satu perniagaan. Malam itu kita tulis apa yang hendak di buat esok hari. Berikut contohnya:


  1. Daftar Syarikat di Ssm.
  2. 3 nama yang sesuai sudah di tulis.
  3. Buat cop bisnes.
  4. Buat name card.
  5. Beli resit sementara.
  6. Pergi bank untuk daftar akaun semasa. Intoducer di perlukan bagi setengah bank. Jumpa introducer dahulu untuk cop & tanda tangan borang.
  7. Laminate sijil Ssm.

Jangan terkejut. Perkara ini boleh disiapkan dalam tempoh sehari. Ada Usahawan perlu masa berbulan - bulan untuk siapkan perkara di atas. Mereka suka bertangguh. Usahawan mesti ikut gerak kerja Jutawan. Mereka bergerak mengikut perancangan harian, bulanan & tahunan. Mereka bergerak pantas & tahu bila berhenti. Ambil pen & kertas sekarang. Tulis apa yang hendak di buat esok. Apa yang di tangguh selama ini. Buat. Buat. Buat.Buat. Buat. Hingga siap. Pesaing terlopong melihat kita jauh di depan. Turbo ini mesti di buat. Turbo ini mesti di amalkan. Turbo ini mesti di kuasai jika ingin bergelar Jutawan Dari Rumah. In Shaa ALLAH. Amin. '

Boleh ke boleh? He2 kopi satu! 
  

No comments:

Post a Comment